Episiotomi

Episiotomi adalah potongan surgikal yang dibuat sebelum bersalin disekitar kawasan otot di antara vagina dan anus (kawasan ini dipanggil perineum) untuk membesarkan pembukaan vaginal anda ketika bersalin. Doktor akan memotong untuk mempercepatkan bersalin dan mengelakan vagina daripada terkoyak, terutama semasa bersalin vaginal kali pertama.  Ramai pakar percaya luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka terkoyak sendiri. Tetapi banyak kajian sejak 20 tahun kebelakangan ini tidak bersetuju dengan teori ini dan ramai pakar kini bersetuju prosedur ini tidak dijadikan sebagai rutin.

Kajian menunjukkan wanita yang mengalami koyakan dengan sendiri sembuh sama atau kurang dan biasanya kurang masalah komplikasi berbanding dengan episiotomi. Wanita yang menjalani episiotomi lebih mudah mengalami kehilangan darah ketika bersalin, lebih sakit ketika dalam proses penyembuhan dan menunggu lebih lama untuk mengadakan hubungan kelamin dengan selesa.

Wanita yang menjalani episiotomi juga lebih banyak  berakhir dengan masalah terkoyak yang serius sehingga ke anal sphincter atau sehingga ke rectum (dikenali sebagai tahap ke 3 atau ke 4 koyakan) berbanding mereka yang bersalin tanpa potongan. Koyakan yang serius ini menyebabkan lebih kesakitan perneal selepas kelahiran, memerlukan tempoh penyembuhan yang lebih panjang dan berkemungkinan memberi kesan kepada kekuatan oto-otot lantai pelvik. Dan koyakan yang merosakkan anal sphincter meningkatkan risiko kelemahan kawalan pada anal – masalah mengawal pergerakan usus dan angin.

Dalam situasi tertentu episiotomi adalah perlu untuk anda dan bayi anda:

  • Jika jantung bayi adalah lemah dan tidak dapat bertahan saat akhir bersalin dan perlu dilahirkan dengan segera
  •  Jika bayi anda terlalu besar dan memerlukan lebih ruang untuk bayi keluar
  •  Jika memerlukan sedikit ruang untuk menggunakan forcep bagi membolehkan bayi keluar
  •  Jika tisu anda mula berdarah atau seperti akan koyak di beberapa tempat apabila kepala bayi anda mula keluar. Tujuannya adalah untuk mengelakkan koyakan lebih dari 1 tempat.

Bagaimana untuk mengelak menjalani episiotomi yang tidak perlu?

Berbincang dengan doktor anda lebih dahulu mengenai perasaan anda mengenai prosedur ini. Bertanya berapa kerap dan dalam keadaan apakah perlu menjalani episiotomi dan bagaimana doktor anda boleh membantu mengelakkan koyakan.

Bagaimana episiotomi dijalankan

Jika doktor anda perlu melakukan episiotomi, dia akan memberi suntikan dan menggunakan gunting pembedahan untuk membuat guntingan kecil pada perineum anda. (Kadang-kadang, jika perineum anda telah kebas dan menipis akibat tekanan kepala bayi, episiotomi dibuat tanpa perlu ubatan. Ini dipanggil episiotomi tekanan).Selepas itu anda akan diberi sekali lagi suntikan untuk memastikan anda kebas sebelum doktor menjahit potongan itu.

Bagaimana cara penyembuhan?

Jika anda menjalani episiotomi (atau koyakan) anda akan dijahit dikawasan yang lembut dan memerlukan tempoh untuk sembuh. (Jahitan itu akan tertanggal sendiri dalam beberapa minggu selepas bersalin dan tidak perlu ditanggalkan.) Setengah wanita mengalami ketidakselesaan untuk sebulan atau lebih, terutama mereka yang mengalami tahap ke 3 atau ke 4 koyakan. Gunakan pek ais  pada kawasan perineal dengan segera selepas bersalin dan bersela-sela selama 12 jam supaya kawasan itu kebas dan mengelakkan atau mengurangkan bengkak.

Bilakah boleh mengadakan hubungan kelamin semula?

Perineum anda akan sembuh sepenuhnya dalam masa 4 ke 6 minggu selepas bersalin, jika doktor anda mengatakan anda telah sembuh anda boleh mencuba selepas tempoh ini. Anda mungkin berasa sedikit ketidakselesaan dan ketegangan. Bertenang sebanyak mungkin dan gunakan pelincir larutan air (water solution) yang baik untuk membantu hubungan kelamin yang lebih selesa. Ini juga akan lebih membantu jika anda menyusu badan, kerana laktasi akan merendahkan paras estrogen yang mengurangkan jumlah pelincir yang dihasilkan oleh vagina anda. Ramai wanita terus mengunakan pelincir ketika hubungan kelamin sehingga berhenti memberi susu badan.

Berpeluh ketika pantang

Anda berpeluh ketika pantang tanpa berhenti, apakah yang telah terjadi?

Ia adalah perkara biasa untuk berpeluh ketika pantang dengan banyak dalam beberapa minggu, terutama pada waktu malam. Berpeluh adalah satu cara badan anda membuang air berlebihan yang tersimpan ketika mengandung.

Ginjal anda bertanggungjawab kepada kebanyakan pembuangan, iaitu bermakna anda akan kerap membuang air kencing dari biasa dalam 1 minggu pertama bersalin. Tetapi puri anda juga juga bekerja keras untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Tekanan emosi ibu-ibu yang baru juga mungkin boleh menyebabkan anda berpeluh dengan banyak. Dan kemungkinan penurunan estrogen yang mendadak selepas bersalin turut menyumbang perkara ini.

Walau berat air telah hilang, anda mungkin akan berterusan mengalami peluh dengan banyak jika anda menyusu bayi. Penyebabnya tidak dikaji atau dapat difahami, tetapi terdapat teori perubahan hormon dan metabolik yang berkaitan dengan penyusuan.

Walaupun peluh selepas bersalin ini adalah normal, tetapi jika diikuti dengan demam, anda mungkin mengalami jangkitan. Ia juga boleh menjadi petanda kepada masalah lain seperti tiroid yang terlebih aktif. Jumpa doktor anda jika anda mendapati anda berpeluh terlalu berlebihan.

Berapa lama peluh ketika pantang akan berakhir?

Ianya akan berlarutan sehingga beberapa minggu selepas bersalin, dan akan lebih panjang bagi wanita yan menyusu bayi

Apa yang boleh anda lakukan?

Jangan kurangkan pengambilan minuman untuk mengurangkan berpeluh. Minum banyak minuman tidak berkafein akan membantu mempercepatkan proses pembuangan air berlebihan dan mengelakkan anda menjadi kekeringan.

Sakit belakang selepas bersalin

Mengapa belakang badan saya sakit selepas bersalin? Sakit belakang selepas bersalin ini disebabkan oleh beberapa faktor. Semasa mengandung, rahim yang membesar menyebabkan otot-otot abdominal anda lemah dan mengubah posisi badan, mengakibatkan tekanan kepada belakang badan anda. Ini akan berterusan sehingga otot-otot perut kuat semula

Sakit belakang selepas bersalin boleh juga disebabkan oleh kesan proses bersalin yang lama. Semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda yang biasanya tidak digunakan dan anda akan rasa kesan ini untuk beberapa ketika.

Ramai ibu muda membuatkan sakit belakang semakin teruk menyusu bayi. Ini berlaku kerana anda terlalu fokus memastikan bayi menyusu dengan betul yang akhirnya menyebabkan anda terlebih membongkok ketika duduk, menegangkan leher dan otot-otot bahagian atas belakang anda ketika anda memandang ke bawah.

Kepenatan adan dan tekanan akibat penjagaan bayi anda 24/7 membuatkan sukar untuk pulih dari kesakitan belakang selepas bersalin termasuk sakit belakang. Dan biasanya ibu yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa mengandung akan lebih berisiko untuk mengalami ketika selepas bersalin.

Berapa lamakah ianya akan berakhir?

Adalah biasa mengalami sakit belakang selepas bersalin in untuk beberapa bulan pertama selepas bersalin. Berapa lama kesan ini akan hilang bergantung kepada beberapa faktor seperti sejarah masalah sakit belakang, terlebih berat badan dan berapa cepat anda mula bersenam untuk menguatkan otot-otot abdominal anda.
Apa yang boleh saya buat?

- Berjalan-jalan. Senaman begini dapat membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan dengan segera selepas bersalin samada bersalin secara normal atau caesarean. Buat secara perlahan-lahan dan sekejab untuk beberapa minggu pertama

- Perhatikan posisi anda dan berdiri tegak. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusu bayi anda samada menyusu botol atau menyusu badan. Jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah, gunakan kerusi kaki(footstool) untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat meletak tangan dan gunakan banyak bantal untuk memberikan sokongan kepada belakang dan tangan anda. Belajar cara posisi yang betul ketika menyusu, pastikan anda membawa bayi anda ke payudara bukan sebaliknya. Cuba juga posisi penyusuan yang berbeza. Jika anda mengalami sakit di bahagian bahu atau di bahagian atas belakang, menyusu secara berbaring mengiring mungkin lebih selesa

- Selalu bengkokkan lutut ketika angkat objek atau anak untuk kurangkan tekanan pada belakang anda. Jangan membongkok. Jika objek berat suruh orang lain mengangkatnya(Jika bersalin secara caesarean pastikan anda tidak mengangkat sesuatu yang lebih berat dari bayi anda sekurang-kurangnya sehingga 8 minggu.)

- Berurut. Ini tidak menyebabkan punca kesakitan hilang tetapi dapat membantu anda relax dan melegakan otot-otot dan kesakitan. Jika tidak dapat berurut, minta seseorang untuk mengosok badan anda.

- Mandi air suam untuk kurangkan kerengsaan dan tekanan

- Balut dengan pad pemanas dikawasan berkaitan. (tutup badan anda)

-Apabila anda mula boleh melakukan senaman, mulakan dengan senaman menguatkan belakang dan otot abdominal, dan buat ‘pelvic titts’ sebagai rutin harian anda.

- Perhatikan badan anda. Jika senaman atau aktiviti yang anda lakukan menyebabkan anda kurang selesa, berhenti lakukannya. Jika sakit belakang anda semakin sakit atau anda mula hilang rasa pada kaki, punggung, bahagian kemaluan, usus atau anus atau tiba-tiba tiada koordinasi atau lemah hubungi doktor anda.

Tanda bersalin

Apakah tanda bersalin?

Terdapat empat tanda bersalin iaitu kontraksi, turun darah dan keluar air ketuban. Sebelum itu anda sudah mula alami Braxton Hick, iaitu tanda kontraksi palsu. Ianya semakin kerap frekuensi tetapi tidak tetap. Lendiran daripada vaginal semakin meningkat dan perasaan keibuan anda dapat merasai perlu membuat persiapan dan rasa saat bersalin semakin hampir.

Tanda bersalin – Kontraksi

Kontraksi adalah jangka masa antara otot-otot rahim tegang dan kembali tenang. Otot rahim adalah otot yang paling besar dalam badan wanita. Agak sukar untuk tentukan bila kontraksi sebenar akan berlaku. Rasanya seperti alami kejang atau tegangan atau sakit di belakang yang dibawa ke hadapan. Perut mengeras, jika ditekan akan rasa keras. Tujuan kontraksi ini adalah untuk mengeluarkan bayi dengan cara menegang dan menipis bahagian atas rahim sementara servik dan bahagian bawah rahim meregang dan tenang.

contraction

Kontraksi berlaku dalam sela waktu yang memberi masa untuk ibu dan bayi berehat. Untuk mengira sela waktunya, kontraksi dikira bermula saat datang rasa tegang dan perut mengeras, kemudian tenang dan kemudian datang semula kesakitan. Sela datang semula kesakitan ini adalah jangka untuk kiraan sela berlaku kontraksi

Kontraksi yang berlaku semakin kerap menunjukan tanda akan bersalin. Jika tanda itu hilang, itu hanya tanda palsu.

Tanda kemungkinan kontraksi yang betul.

  • Mungkin pada permulaan tidak tetap kemudian semakin tetap
  • Semakin kuat dan lama kontraksi
  • Bila berbaring rasa sakit itu tidak hilang
  • Mula rasa sakit di belakang kemudian sakit di depan

Jika terdapat tanda-tanda di atas, segera buat pemeriksaan untuk kepastian samada ini tanda bersalin atau tidak.

Pantang bersalin ikut hari

Pantang bersalin amalan yang baik untuk ibu-ibu. Namun tanpa mengetahui cara dan amalan ang betul,  boleh memudaratkan. Terdapat pelbagai amalan, pastikan dapatkan amalan yang betul dan mereka yang mahir melakukannya

Tip pantang

Tip pantang bersalin

Carta ringkas ini memudahkan untuk melihat bilakah masa untuk melakukan sesuatu amalan itu. Terdapat juga perbezaan antara bertuam dan bertungku. Begitu juga urutan, tidak boleh dilakukan urutan seperti sengkak dan menekan rahim terlalu awal. Bertangas dimulakan dengan tangas kering dan diikuti dengan tangas basah. Jikamembuat awal dari sepatutnya, mungkin akan timbul kesan yang tidak memuaskan dan punca penyakit wanita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tip pantang bersalin

Rancang masa pantang bersalin

Ibu dalam pantang kalau buat kerja banyak dan memenatkan boleh kena demam atau di panggil bentan urat. Badan lemah terpaksa buat kerja. Jadi masa sebelum bersalin rancang bagaimana hendak berpantang. Bagus jika ada yang menjaga kita.

Tetapi ada kala kita terpaksa menjaga sendiri. Perancangan akan memudahkan kita menjaga pantang walau seorang diri. Oleh itu rancang masa pantang bersalin. Berbincang dengan suami. Pertolongan suami diperlukan. Sebelum dia ke tempat kerja bantu sediakan keperluan kita dan bayi.  Untuk makan, sekarang banyak yang menyediakan penghantaran ke rumah contoh http://www.mangkuktingkat.com/07/ .

Beli juga peralatan yang memudahkan kita. Letak barang kerpeluan berhampiran kita agar kurang perlu berjalan-jalan. Ada peluang berehat. Pasti ramai yang akan bertanya khabar untuk ucap tahniah atau melawat. Kawan-kawan atau saudara-mara ini kalau telefon cuba singkatkan masa berbual, atau melawat jangan sampai ibu dalam pantang kena buat air pula pada tetamu. Bagi ibu dalam pantang berehat.

Surirumah yang mempunyai anak kecil, cuba cari orang untuk menjaganya seperti hantar ke taska. Anak kecil seperti ini akan inginkan perhatian yang lebih kerana dapat adik. kita akan kepenatan melayan kehendaknya.

Rancang masa pantang bersalin agar cepat kembali pulih dan sihat.

Mandi herba lepas bersalin

Salah satu cara amalan ketika berpantang adalah mandi herba. Amalan mandi herba selepas bersalin dan sepanjang tempoh berpantang dapat memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan angin serta lendir dan melawaskan darah nifas yang tersekat.

Mandi aura herbaMandi herba selepas bersalin ini dilakukan selepas rawatan berurut, bertuam dan bertungku. Boleh berlulur sebelum mandi. Atau boleh juga berlulur selepas mandi herba, bergantung kepada ibu.

Curah dari leher ke bawah dengan pelahan-lahan. Tujuannya agar air meresap ke liang roma. Bilas juga alat sulit dengan air mandian herba ini.

Di larang membasuh rambut dengan air panas atau air herba panas kerana boleh menyebabkan sakit kepala dan keguguran rambut. Basuh dengan air biasa.

Mandi herba aura di www.mamadamia.com

Bengkung melangsingkan badan

Amalan memakai bengkung mempunyai kebaikan menyokong perut yang menggeleber akibat pengembangan ketika mengandung. Memakai bengkung dapat mengelak kemasukan angin sejuk ke liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Bengkung Roda MiaBengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul sertaakan tertinggal seperti terlebih isi dan akanpotongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.

Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih).

Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

Sebelum berbengkung, boleh sapu dengan ubat barut. Sapukan juga minyak berubat sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan rahim, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang. Terdapat ramuan ubat barut yang mengempiskan namun akan meninggalkan kesan seperti parut di perut jika digunakan berpanjangan. Pastikan ramuan ini sesuai untuk anda. Ramuan barut dan minyak juga biasanya disediakan di dalam set bersalin.

Pelbagai pilihan bengkung tradisional dan moden di www.mybengkung.com atau www.mamadamia.com.

Ovarian cysts atau sista rahim

Wanita perlu menjaga rahim mereka. Terdapat beberapa penyakit yang berkaitan dengan rahim seperti ovarian cysts, endometriosis dan fibroid.

Ovarian cysts terbentuk akibat pengumpulan cecair dan dilapisi dinding nipis. Ovarian folikel yang lebih besar dari 2 cm dipanggil ovarian cysts. 95% ovarian cysts adalah bukan jenis kanser. Ovarian cysts ini terjadi kepada semua wanita tidak kira usia. Jika pesakit mempunyai ahli keluarga yang pernah alami kanser ovari perlu jalani pemeriksaan lanjut jika alami cysts yang berlanjutan.

Tanda alami ovarian cysts. Tanda ini mungkin berbeza mengikut individu. Mungkin ada tidak alami ini.

-          Sakit secara mengejut dan terasa menyucuk atau rasa tidak selesa di ari-ari, pelvis, vagina atau peha.

-          Perubahan kekerapan membuang air atau hadapi masalah membuang air besar

-          Period tidak teratur dan perdarahan yang luar biasa atau spotting

-          Perut terasa penuh, berat, membengkak dan berangin

-          Penat

-          Tidak subur

-          Berat badan bertambah

-          Sakit kepala

-          Muntah atau loya

Pemeriksaan melalui ultrasound atau CT scan dilakukan untuk memeriksa ovarian cysts ini. rawatan bergantung kepada saiz dan simpton yang dialami. Doktor akan meminta melakukan pembedahan jika melebihi 5 cm. Ovarian cysts ini adalah penyakit yang akan berulang.

Saya pernah mengalami ovarian cysts 2 kali. Kali pertama tahun 1998 dan saya jalani pembedahan. Kali kedua tahun 2008 sebesar  5 cm x 3cm. Sepatutnya perlu jalani pembedahan juga, namun saya mencuba produk NR. Alhamdulillah cysts kecut dan hilang dalam masa 3 bulan. Tidak perlu jalani pembedahan.

Sebenarnya pemakanan kita turut mempengaruhi pertumbuhan cysts. Banyak makanan yang menggunakan hormon sebagai suntikan terutama pada ayam dan lembu yang menyebabkan masalah cysts ini.

Tuam atau tungku

Bertuam dilakukan dua minggu pertama selepas bersalin. Ketika ini tidak perlu bertungku. Dua minggu pertama rahim tidak boleh ditekan sama seperti berurut. Lakukan tuaman secara lembut. Tujuan tuaman adalah untuk mengeluarkan darah bantal(ketul) dan angin toksin. Bertuam dapat mengecutkan rahim. Selain itu juga, ia dapat melembutkan urat yang tegang. Jika dilakukan rawatan berurut tanpa bertuam boleh menyebabkan berlaku kejutan pada urat. Ini akan menyebabkan terjadi demam urat iaitu badan terasa seram sejuk, sendi dan otot terasa sakit. Badan jadi lemah dan tidak bermaya.

Sapu minyak pada badan. Tuam badan dengan batu sungai atau batu tanah yang telah dipanaskan. Alas batu ini dengan daun mengkudu hutan dan letakan campuran herba untuk bertuam. Balut batu ini dengan kain yang sesuai. Lakukan secara lembut, tidak perlu ditekan.

Tuam sering disalah tafsir sama seperti tungku.Perbezaan tuam dan tungku, tuam dilakukan lebih lembut. Selepas bersalin amalan yang betul adalah melakukan tuaman dahulu, kemudian baru dilakukan bertungku.

Tungku besi dan tungku moden boleh didapati di www.mamadamia.com