Produk Ibu Tradisional

Tungku besi dan moden

Pilihan tungku samada diperbuat dari besi yang lebih kuat dan tahan atau tungku moden berbentuk bantal mudah digunakan.

Fungsi tungku:

  • Mengelakkan artritis.
  • Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
  • Melegakan masalah sengugut (period pain)
  • Membantu mengurangkan berat badan.
  • Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
  • Mengurangkan masalah perut kembung.

Set Tangas

Set bangku tangas semasa berpantang. Untuk kegunaan hari ke 30 pantang.

Tujuan bertangas adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. ia juga membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan.

Set tangas in lengkap untuk keperluan bertangas

  • bangku tangas
  • periuk tanah
  • ramuan tangas
  • batu

Diperbuat daripada kayu balau. Tahan lama.

 

Mandian Aura Herba

Dirumus untuk digunakan secara tradisional bagi menghilangkan bau badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melanarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf, mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot serta menyegarkan badan terutama kepada ibu selepas bersalin.

Ramuan
Daun serai wangi, chapa(sembung), pandan, inai, meringan, lamuni hitam dan pisang kelat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>