Penting pantau perkembangan anak-anak

Perkembangan anak mengikut umur penting dipantau. Perkembangan yang lewat mungkin menandakan masalah pada anak-anak.

Biasa masyarakat kita ini kurang mengambil berat tentang kelewatan perkembangan pada anak-anak. Sering diabaikan dengan alasan ‘nanti baik le’, ‘nanti pandai le’, ‘itu perkara biasa, budak lain pun begitu’.  Malah ada kala mereka yang berkaitan seperti doktor juga mengabaikan perkara ini dengan memberi alasan yang sama. Anak bermasalah ini dibiarkan begitu sahaja.

Sebenarnya kelewatan perkembangan pada anak-anak jika dipantau dari awal dapat mengesan masalah yang dihadapi. Terdapat simpton-simpton tertentu yang menjadi petunjuk kepada apa jenis penyakit atau masalah dialami. Pengesanan diperingkat awal penting untuk membantu kanak-kanak supaya mampu membesar seperti biasa atau tidak menjadi  mangsa label seperti  malas, bodoh, dengil.

Selain itu, ini juga dapat membantu kanak-kanak ini membentuk jati diri mereka jika mereka melalui kehidupan yang sepatutnya mengikut keperluan mereka. Kesilapan diperingkat awal terutama sebelum 6 tahun bakal membentuk diri kerana ketika ini otak kanak-kanak menyerap 90% informasi dan persekitarannya. Ahli keluarga dan orang sekeliling yang tidak memahami keperluan anak ini akan mengalami kesukaran untuk menjaga dan mendidik anak ini. Sedangkan masalah ini jika diketahui dan belajar cara menghadapinya, keadaan akan berubah 360 darjah.

Bila kita lihat anak kita sakit, kita akan bawa jumpa doktor. Jika berkaitan dengan kelakuan atau perangai anak yang berbeza atau perkembangan kurang daripada umur sepatutnya, berjumpalah dengan pakar psikologi atau pakar kanak-kanak yang mahir dengan perbezaan altitude anak-anak. Tak semua pakar kanak-kanak dapat mengesan kelainan. Biasanya jika rasa terdapat kelainan mereka mungkin perlu rujuk pakar lain yang berkaitan. Seperti pakar psikologi juga tidak dapat meneka masalah kanak-kanak. Mereka perlu lakukan ujian tertentu untuk mengetahuinya.

Ada ibu bapa rasa kelainan pada anak-anak mereka namun terus abaikan sehingga telah terlewat untuk membantu anak-anak kita. Kita sebagai seorang dewasa, jika terdapat kekurangan akan rasa rendah diri dan stres, apa tah lagi anak-anak ini. ditambah pula dilabel macam-macam oleh ahli keluarga, guru dan orang keliling sebagai seorang bermasalah. Pada saya bila kita sedar kesalahan kita itu, jangan terus biarkan, cari penyelesaian. Selagi ada waktu, selagi itu belum terlewat.

Saya tulis ini untuk pihak anak saya, Daiyan. Dia akan masuk 6 tahun 25 Sep ini. Syukur saya sedar masalah dia dan ambil tindakan. Perangai dia berubah 100%. Mama sayang Daiyan…

7 thoughts on “Penting pantau perkembangan anak-anak

  1. hi mama damia…sy mempunyai anak sebaya Daiyan.sejak kebelakangan ni saya semakin risau dan bimbang tentang perkembangan anak sulung saya ini.Sebab sudah 2tahun pergi ke sekolah tp perkembangannya agak menghampakan saya.Cuma sejak kebelakangan ni naluri keibuan saya semkin bimbang dan risau dan berfikir mungkin anak saya ini Dyslexsia.Tapi orang disekeliling menidakkannya.Tapi selepas saya mambaca n3 mama damia saya jd bersemangat untuk membantu anak saya keluar dari kepompong ini..Hope mama damia sudi share lebih info…

    Salam perkenalan dari saya…

    • Guna naluri keibuan kita tu. memang sy pun ramai nasihat tak ada apa2. Terbaik kita cari punca masalah bukan kita sedapkan hati tiada masalah dan biarkan sahaja. Kena jumpa pakar psikologi. tapi prosesnya panjang, kena banyak sabar. Bukan macam jumpa doktor, cepat tau sakit apa. Jika betul tiada masalah, Alhamdulillah, jika betul kita tak menyesal sebab sempat buat sesuatu. Saya pergi Pusat Dyslexia, kesian ada dah besar baru tau kenapa dia lain dari orang lain.
      Saya sekarang mengajar sendiri daiyan. Nampak perubahan. dah boleh kenal huruf dan perkataan. tapi dia tak boleh belajar lama dan bila hilang tumpuan, memang dia tak ingat apa2 dia belajar. Saya sedang cuba nak cari support. Sebelum ni sibuk dgn abang2 dia UPSR.
      Jangan putus asa, jumpa mereka yg pakar, baru tau apa masalah sebenar. Jgn dengar kata2 org yg sekadar nak ambil mudah. InsyaAllah anak kita akan berjaya.

  2. mungkin benar naluri ibu itu penting dan benar.saya sudah membuat pemeriksaan anak saya dan ternyata ia benar.cuma saya agak keliru bilu masa pemeriksaan pihak hospital suruh saya mengisi borang JKM untuk mendapatkan kad OKU.Betul ke kanak2 dyslexsia ini perlu ada kad OKU?

  3. maaf kalau saya banyak bertanya sbb skrg saya sedang mencari orang yang mempunyai masalah yang sama seperti saya dan disini dapat bertukar2 pendapat dan idea bagi memantau masalah anak2 ini…saya tahu banyak cabaran yang perlu dilalui bagi medidik anak ini yang memang kurang tumpuan pada pelajaran.

  4. baru 1st time sy tau anak begini OKU. So far sy tak penah lagi ke hospital kerajaan. Dan sepanjang sy jumpa doktor & pakar psikologi tak pernah dinyatakan hal ni. Melalui pembacaan saya, anak2 ni org selalu salah tafsir. Tapi mungkin le prosedur hospital begitu, sy tak pasti. Apa kepentingan buat kad tu. If memudahkan prosedur tak jadi masalah. Jgn kita label anak kita bermasalah. Sy anggap anak sy istimewa, perlu layanan istimewa, akan membesar sebagai seorang yg istimewa, dan yakin dia akan berjaya dlm hidupnya. Pemikiran mereka ini lain dari biasa. jadi kene faham cara pemikiran mereka. Cara fikir anak ni straight forward, tak faham kias2 or kita bergurau dia anggap serius. If dpt faham anak ni akan memudahkan kita layan dan bentuk diri anak2 ni. Sy yakin, mereka ini akan berjaya seperti anak biasa jika dididik cara yg betul. Tingkatkan self esteem anak2 ni.

  5. saya minta maaf kalau pertanyaan saya sebelum ni membuatkan puan kurang selesa.saya cuma ingin tahu dan meminta pandangan puan.sebab kalau melalui hospital kerajaan dia menyuruh kami mengisi borang OKU.Hal ni membuatkan saya dan suami agak buntu memikirkannya.sbb pada logiknya anak ini bukan ada kekurangan sehingga kad OKU diperlukan.semasa pemeriksaan di paed baru2 ni pun saya ada bertanya kepada pakar tentang kad OKU.mereka pun agak terkilan sbb kanak2 dyslexsia ni perlu ada kad OKU,sbb mereka ini bukan ada kekurangan tp cuma masalah pembelajaran sahaja.

    Pada masa ini puan merujuk anak puan dimana yer?

  6. Sy tadi telefon pusat dyslexia Ampang. Menurut diaorg betul ada kena buat kad tu. tapi bergantung kepada kita. Nanti kad tu akan kekal dgn anak kita sebagai OKU. Lebih kepada pandangan org. Takut nanti anak kita akan lebih rasa rendah diri. Sy pun tak jadi nak refer ke hospital goverment. Sy cadang puan call pusat dyslexia ni, utk bertanya lanjut. Ampang 03-42515618 atau Titiwangsa 03-40255109.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>