Cerai susu ibu

Dah beberapa minggu tidak menulis. Saya luangkan masa untuk belajar tentang Dyslexia. Saya juga sedang dalam proses cerai susu ibu anak saya. Jadi tip hari ini adalah tentang macamana nak cerai susu ibu ini.

Jika anda ingin hentikan susu ibu atau mengurangkan susu, tuam guna ais tetapi jangan perah. Perah akan menyebabkan susu bertambah semula.

Anak anda telah mencapai usia untuk cerai susu atau anda mungkin hamil dimana puting terasa sakit dan sensitif.  Proses ini patut dibuat secara berperingkat dan lembut. Paksaan akan menyebabkan masalah untuk kedua pihak. JIka ada masa beberapa bulan, proses ini boleh dilakukan beransur-ansur..

Lebih mudah jika cerai susu ini berlaku kerana anak sudah tidak ingin menyusu lagi. Namun biasanya waktu awal pagi atau malam sebelum tidur pasti dia ingin menyusu. Waktu ini paling susah untuk ditinggalkan

  • kurangkan 1 waktu penyusuan. Lakukan untuk 1 atau 2 minggu. Kurangkan 2 waktu pula minggu seterusnya.
  • Boleh kurangkan jangka waktu menyusu. Contoh hanya benarkan menyusu beberapa minit sahaja.
  • Bila kurangkan penyusuan, ganti dengan aktiviti tertentu untuk alih perhatian. Contohnya bawa berjalan-jalan, baca buku atau bagi makanan ringan.
  • Berpakaian yang menyukarkan anak buka baju kita.
  • Ayah juga boleh membantu. Boleh bacakan buku kepadanya sehingga tertidur, bukan ibu menyusu hingga tertidur
  • Anak mungkin cari ganti dimana dia mungkin suka menghisap puting, jari atau suka pada selimut. Jangan pandang negatif perkara ni. dia perlukan sesuatu untuk pujuk diri dia
  • Setengah anak tidak mahu lepaskan jadi mungkin dia akan meragam, menjerit atau memukul. Terpaksa lalui. Jangan terasa dengan perangai anak ini. anak kita sedang cuba terbaik untuk atasi masalah dia.
  • Cara terakhir dan kurang menarik. Letak sesuatu berbau atau tidak sedap di payudara. Jadam atau cuka. Mungkin Berjaya namun ini akan memberi memori terakhir yang tidak menarik kepada anak anda, tidak seperti asalnya, memori manis.

Bercerai susu mungkin mencabar, tetapi ini proses semulajadi. Ambil langkah yang berperingkat untuk pastikan berjalan tanpa trauma.

PROMOSI ULANGTAHUN MAMA N DAMIA

Sila layari www.mamadamia.com atau www.nonaku.com atau www.mybengkung.com untuk maklumat lanjut

Set Bersalin NR 30 hari RM285 (pada harga ahli)

Bengkung Mia 10% diskaun

Barut Bayi Damia 15%

Bedung Bayi Yayan 15%

Baju Melayu Bayi 15%

Bayi Kurung Bayi 15%

Bra Penyusuan/hamil Fabulous mom 15%

dan pelbagai lagi….

2 thoughts on “Cerai susu ibu

  1. salam…saya ingin minta pendapat puan,adakah wajar cara saya memulakan proses cerai susu anak saya yg berusia 2thn 3bulan dgn cara menyapu sirap di breast saya…anak saya terus je tk nak hisap susu tetapi dia meragam sehingga tertidur…saya rasa sgt bersalah dan kesian padanya..adakah betul cara yg saya lakukan ini…

  2. Memang kena cerai susu walau apa pun. Anak akan menangis & meragam. Kena sabar, ambil masa beberapa bulan juga. if cara sapu tu ok, blh teruskan. kita akan rasa bersalah, tapi itu normal. Anak sy dah berapa bulan berhenti tapi suka selak lagi. Tapi bila bagi, dia tak nak dah pun. Dulu abang & kakak dia pun camtu. InsyaAllah nanti ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>