Pagi tadi dengar isu ayah saman anaknya sebab abai tanggungjawab. Nilai moral & agama makin luntur. Lebih teruk sebab anak tu abaikan anak-anaknya yang ditinggalkan dengan ayahnya itu.
Sebelum ni dengar cerita seorang ayah sakit dibiarkan di hospital dan akhirnya diletakkan di pusat jagaan orang tua. Bila dah meninggal anak-anak tak nak uruskan. Datang hanya untuk dptkan surat mati untuk tuntut harta.
Mungkin kerana didikan yang salah. Namun sebagai anak walau apa kesalahan orang tua, jangan lah sehingga jadi anak derhaka. Kita rasa kita tidak perlukan orang kerana kita masih sihat, kuat dan berduit. Tapi bila tak berdaya walau kaya mana, kita perlukan orang untuk bantu, biasanya ahli keluarga kita. Jika kita masih ada ibu ayah beri contoh baik, nanti anak akan ikut cara kita jaga orang tua. Ada anak-anak, berikan kasih sayang. bermain geletek anak pun dah gembirakan anak-anak, bukan belikan pelbagai permainan canggih dan biar anak main sendiri.
Pemandangan biasa pagi Ahad di taman permainan di kawasan rumah saya. Pembantu rumah menolak samada anak-anak kecil atau orang tua atas kereta sorong. Mana pegi ibu ayah anak-anak kecil tu atau anak kepada orang tua tu. Hari Ahad, sibuk bekeje juga ke? Pagi Ahad juga kedengaran deru motor besar tinggalkan rumah, sambil si ayah lambai anak yg ditinggalkan dengan pembantu rumah. Tak nafi kene bekerja tapi berpada-pada le. Dan hari Ahad cuba luangkan masa dengan anak drp bersama dengan kawan-kawan.
Sempena hari kemerdekaan esok, merdekakan lah diri kita dari belenggu terlalu keduniaan. Selamat menyambut kemerdekaan ke 55!
Monthly Archives: August 2012
Selamat hari raya & jagalah pemakanan di bulan Syawal
Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut hari kemenangan iaitu hari raya. Pasti ramai telah membuat persediaan. Kepada yang belum, masih ada beberapa hari lagi untuk membuat persediaan. Saya selalunya membeli keperluan sebelum puasa. Bulan puasa, ramai membeli belah dan keadaan menjadi kurang selesa. Terlalu ramai orang. Lagipun bulan puasa, saya tidak suka keluar membeli belah.
Ibu yang baru mendapat cahayamata tentu seronok dapat menyambut hari raya dengan orang baru. Ibu yang masih dalam tempoh berpantang, pastikan berpantang dengan elok. Tentu ter’goda’ dengan pelbagai juadah di pagi raya. Penjagaan ibu dalam pantang penting untuk kesihatan jangka panjang. Kecantikan luar dan dalaman wanita bergantung kepada penjagaan waktu pantang dan perlu dijaga berterusan. Jika tidak dijaga, selepas beberapa kali bersalin, badan mudah keletihan, masuk angin dan mungkin alami arthritis.
Selepas sebulan berpuasa, bulan Syawal pasti penuh dengan jemputan rumah terbuka. Berat yang telah turun, naik semula. Jagalah pemakanan. Juadah hari raya masyarakat melayu banyak berlemak, kolesterol tinggi. Elok semua penyakit berkurang ketika Ramadan, semua datang semula ketika Syawal. Banyak penyakit berpunca dari makanan yang tidak sihat. Ambil dalam kuantiti sedikit atau lebih baik tidak ambil langsung makanan tidak sihat tu.
Alhamdulillah dapat menempuh bulan Ramadan kali ini. Moga datangnya Syawal, kita telah diampunkan oleh Allah s.w.t. Ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadan, istiqamah kita lakukan selepas berlalunya Ramadan.
Bayi tidak nak menyusu susu ibu
Kadang-kadang bayi menyusu susu ibu tanpa masalah. Namun tiba-tiba tidak mahu menyusu susu ibu. penyebabnya seperti berikut
- Perubahan pada bau ibu. mungkin ibu tukar sabun, pewangi
- Perubahan pada rasa yang mungkin disebabkan oleh ubatan, perubahan diet atau infeksi payudara
- Kuantiti susu berkurang disebabkan pil perancang atau suntikan perancang
- Bayi takut contohnya ketika menyusu ibu menjerit atau hidung tertekan payudara dan tertutup
- Bayi alami hidung tersumbat
- Bayi alami sakit atau tidak selesa seperti hnak tumbuh gigi atau sakit dalam mulut
- Ibu dan bayi terpisah lama
- Bayi yang telah dewasa yang biasa minum susu ibu dalam botol telah biasa aliran yang laju
