Kuasa minda untuk menambah susu ibu

Fikirkan secara positif, kuasa minda anda sebenarnya mampu membantu anda menghasilkan susu ibu dengan lebih banyak.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menggunakan kuasa minda anda ini.

Persekitaran memainkan peranan yang penting agar rasa selamat dan selesa ketika menyusu bayi atau memerah susu ibu. Jadi cuba buang elemen-elemen yang menyebabkan timbul perasaan negatif. Mungkin pergi ke bilik yang lebih senyap tanpa ahli keluarga terutama jika ada ahli keluarga yang tidak membantu dan mengalakkan susu ibu ini. pasang muzik atau ayat al Quran yang memberi ketenangan pada anda. Tarik nafas secara pelahan dan mendalam untuk membersihkan fikiran dan badan daripada perasaan tegang.

Faktor persekitaran ini boleh berubah suatu masa nanti apabila tahap keyakinan meningkat dan minda anda tidak akan terpengaruh lagi dengan persekitaran yang sibuk.

Jika terasa susah untuk bertenang, cuba cari sesuatu yang anda suka untuk manjakan diri anda. Mungkin mandi yang menyegarkan diri anda, minum minuman yang sedap sementara seseorang menjaga sekejab bayi anda. Mungkin boleh berjalan-jalan seketika diluar sambil menyedut udara luar rumah. Ada kala walau beberapa ketika sahaja, mampu memberi kesan tenang kepada anda.

Ada kala ejeksi pengeluaran susu ibu terjadi disebabkan keadaan tertentu. Mungkin bila minum minuman tertentu secara atomatik susu akan keluar yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan kuasa minda. Bila minum susu akan keluar atau kadang hanya memikirkannya juga mampu mengeluarkan susu. Anda boleh belajar untuk mengaktifkan pengeluaran susu ibu dengan memikirkan dan mengambarkan perkara itu berlaku.

Contohnya bayi menangis boleh menyebabkan berlakunya ejeksi susu ibu. Mungkin ada yang membayangkan sesuatu yang menyamankan seperti taman bunga yang indah mampu memberi kesan. Jika anda bersungguh-sungguh membayangkannya untuk mencipta situasi sensasi secara fizikal dan emosi, lebih mudah menstimulasikan respon pada ejeksi susu ibu.

 

Promosi masih berlangsung sehingga 30 Jun 2012. Sila layari website kami atau hubungi kami 03-6141 8544 (waktu bekerja)

www.mamadamia.com

www.mybengkung.com

Ibu…

Sekarang semakin banyak hari untuk diraikan. Sampai lupalah nak rai hari apa pula. :) Minggu ni sahaja kita rai hari ibu dan hari guru. Orang-orang yang terlalu banyak berjasa pada kita. Tanpa ibu tiada lah kita. Tanpa guru siapalah kita, abc pun tak kenal.

 

Dunia semakin mencabar dengan pelbagai kemudahan yang banyak memberi kebebasan tanpa bantasan. Saya bersyukur saya berpeluang bekerja sendiri sambil mendidik dan membesarkan anak-anak. Saya rapat dengan anak-anak saya, namun dalam masa yang sama tegas dengan mereka.

Anak sulung dah 12 tahun. Masa yang perlu mereka anggap saya sebagai ‘kawan’. Usia begini, usia remaja yang baru hendak kenal dunia, mereka perlu rasa mempunyai ‘ibu bapa’. Jika mereka tidak mempunyai perasaan begini, saat ini mereka akan lebih mempercayai orang lain. Jadi pasti susah untuk membentuk mereka. Pasti apa sahaja kata-kata kita tidak diendahkan.

Tertarik saya menulis isu ini, sebab saya dapat tau dari anak saya, kawan-kawan mereka seusia 12 tahun telah mula melihat sesuatu yang tidak sepatutnya di internet. Merisaukan. Ramai kedua ibu dan bapa bekerja, tiada masa untuk pantau aktiviti anak. Dulu tiada banyak teknologi yang canggih seperti sekarang, pemantauan lebih mudah. Dengan pelbagai kemudahan sekarang, ketegasan ibu bapa perlu lebih untuk mendidik anak-anak.

Bayangkan generasi apa yang akan kita lahirkan dengan anak-anak yang masih mentah telah didedahkan dengan perkara buruk. Adakah anak ini akan mempunyai akhlak yang baik. Melihat kemaksiatan menyebabkan mereka keras hati, denggil dan pasti melawan kita sebagai ibu bapa. Timbul kesukaran kita mendidik anak-anak. Khuatir kita akan mengalah untuk mendidik anak-anak dan akhirnya anak akan hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Kesibukan kerja bukan alasan abaikan tanggungjawab. Saya akui saya bekerja sendiri pun terlalu sibuk, lebih-lebih lagi saya tiada pembantu rumah. Jadi saya bahagikan dan rancang masa sebaik mungkin. Mengemas, memasak, bekerja, masa untuk anak dan untuk suami juga. Tiada alasan sebenarnya, tapi semua ini perlukan pengorbanan. Korbankan masa berborak, masa tengok tv atau apa yang kita rasa tidak berfaedah pada kita.

Ketegasan mendidik anak bukan bermakna perlu merotan mereka. Kita buat peraturan dan kita tegas laksanakan. Pastikan kita kota kata-kata kita. Biasa kita rasa kesian dan ubah peraturan kita. Sukar didik anak, sebab anak tau nanti pasti kita berubah fikiran.

Sempena hari ibu (pada saya setiap hari pun hari ibu), ‘check’ semula diri kita. Adakah kita telah jalankan tanggungjawab kita. Pengorbanan kita hari ini, hasilnya akan kita tuai semasa kita tua kelak. InsyaAllah.

 

Promosi ulangtahun Mama N Damia ® …

Dapatkan harga istimewa, sila layari

www.mamadamia.com

www.mybengkung.com

www.nonaku.com

Cerai susu ibu

Dah beberapa minggu tidak menulis. Saya luangkan masa untuk belajar tentang Dyslexia. Saya juga sedang dalam proses cerai susu ibu anak saya. Jadi tip hari ini adalah tentang macamana nak cerai susu ibu ini.

Jika anda ingin hentikan susu ibu atau mengurangkan susu, tuam guna ais tetapi jangan perah. Perah akan menyebabkan susu bertambah semula.

Anak anda telah mencapai usia untuk cerai susu atau anda mungkin hamil dimana puting terasa sakit dan sensitif.  Proses ini patut dibuat secara berperingkat dan lembut. Paksaan akan menyebabkan masalah untuk kedua pihak. JIka ada masa beberapa bulan, proses ini boleh dilakukan beransur-ansur..

Lebih mudah jika cerai susu ini berlaku kerana anak sudah tidak ingin menyusu lagi. Namun biasanya waktu awal pagi atau malam sebelum tidur pasti dia ingin menyusu. Waktu ini paling susah untuk ditinggalkan

  • kurangkan 1 waktu penyusuan. Lakukan untuk 1 atau 2 minggu. Kurangkan 2 waktu pula minggu seterusnya.
  • Boleh kurangkan jangka waktu menyusu. Contoh hanya benarkan menyusu beberapa minit sahaja.
  • Bila kurangkan penyusuan, ganti dengan aktiviti tertentu untuk alih perhatian. Contohnya bawa berjalan-jalan, baca buku atau bagi makanan ringan.
  • Berpakaian yang menyukarkan anak buka baju kita.
  • Ayah juga boleh membantu. Boleh bacakan buku kepadanya sehingga tertidur, bukan ibu menyusu hingga tertidur
  • Anak mungkin cari ganti dimana dia mungkin suka menghisap puting, jari atau suka pada selimut. Jangan pandang negatif perkara ni. dia perlukan sesuatu untuk pujuk diri dia
  • Setengah anak tidak mahu lepaskan jadi mungkin dia akan meragam, menjerit atau memukul. Terpaksa lalui. Jangan terasa dengan perangai anak ini. anak kita sedang cuba terbaik untuk atasi masalah dia.
  • Cara terakhir dan kurang menarik. Letak sesuatu berbau atau tidak sedap di payudara. Jadam atau cuka. Mungkin Berjaya namun ini akan memberi memori terakhir yang tidak menarik kepada anak anda, tidak seperti asalnya, memori manis.

Bercerai susu mungkin mencabar, tetapi ini proses semulajadi. Ambil langkah yang berperingkat untuk pastikan berjalan tanpa trauma.

PROMOSI ULANGTAHUN MAMA N DAMIA

Sila layari www.mamadamia.com atau www.nonaku.com atau www.mybengkung.com untuk maklumat lanjut

Set Bersalin NR 30 hari RM285 (pada harga ahli)

Bengkung Mia 10% diskaun

Barut Bayi Damia 15%

Bedung Bayi Yayan 15%

Baju Melayu Bayi 15%

Bayi Kurung Bayi 15%

Bra Penyusuan/hamil Fabulous mom 15%

dan pelbagai lagi….