Ibu ayah inspirasi anak

Biasa dengarkan dalam satu keluarga, ayah/ibu dan anak-anak profession kerja sama. Contoh ibu/ayah akauntan, anak pun akauntan, ibu/ayah tukang masak, anak pun sama. Ibu/ayah pelakon, anak pun pelakon.

Kenapa selalu  jadi macam ini? ini kerana ibu/ayah jadi inspirasi atau ikutan kepada anak-anak. Anak-anak lihat kerjaya ibu/ayahnya dan ingin jadi seperti mereka. Minat dipupuk sejak kecil. Pada mereka ibu dan ayah mereka hebat dan ingin jadi seperti mereka. Atau ada kala, kerana kebiasaan dalam hidup, jadi mereka juga akan ikut seperti  ibu dan ayah walau mereka tidak suka kerja itu.

Pentingnya… pengaruh kita sebagai ibu ayah dalam menentukan masa depan anak-anak. Adakala kerjaya anak kita dipengaruhi oleh minat kita. Contohnya kita mungkin seorang petani, tak berpeluang jadi doktor, tapi minat sangat nak jadi doktor. Kita pasti bagi galakan pada anak kita. Kemungkinan besar anak itu akan jadi doktor sebab kita dah tanamkan semangat dalamnya.

Namun jangan pula terlalu tekan anak-anak jika tidak berminat dengan apa kita sukakan. Pastikan kita selalu berikan galakan yang baik. Kadang dalam kesibukan kita bekerja kita lupa untuk didik diri kita untuk menjadi contoh terbaik untuk anak. Kita tenggelam dalam emosi kita sendiri, apatah lagi zaman sekarang serba mencabar.

Pastikan kita menjadi contoh yang baik kerana pelajaran anak-anak berterusan selagi mereka bersama kita, memerhati dan mengikut apa kita lakukan. Jika anak buat sesuatu kita tidak suka, lihat dulu apa kita buat. Mungkin kita jumpa jawapannya pada diri kita. Jadi jika ingin anak buat sesuatu yang kita suka, kita kena buat dulu. :)

Tip kawal anak 1 Tahun

Mungkin ada antara kita mempunyai anak umur 1 ke 2 tahun. Anak saya bakal masuk 2 tahun pada bulan Feb ini. Biasa anak umur 1 ke 2, banyak yang dia ingin belajar. Jadi proses eksplorasinya pun mencabar kita sebagai ibu bapa. Contoh kita ke kedai, semua barang ingin dicapainya. Lagi kita larang, lagi dia buatnya. Ummm macamana nak membeli ya ;) Ada masalah ke anak kita ni, tak nak mendengar kata?

Sebenarnya mereka ini bukan mempunyai masalah perangai. Mereka pada peringkat ingin mencuba. Dalam fikirannya nampak tangga nak panjat, nampak pinggan mangkuk kita nak pegang apatah lagi ada keluar bunyi. Lebih seronok dia nak teroka.

Kita kena fikir alternatif. Kita tak boleh beri arahan pada anak kita dengan harapan dia dengar. Contohnya ke kedai, letakkan dalam strollernya. Jika boleh jangan ambil masa yang lama, sebab nanti dia mula bosan.

Jika dia ingin mencuba sesuatu, melarangnya tidak akan mengubah apa-apa. Jadi boleh biarkan dia seketika sambil perhati agar tiada apa-apa yang merbahaya. Jika perkara yang dibuat bahaya contoh naik tangga rumah kita, jaga dibelakangnya. Memenatkan, tapi lebih cepat hilang keinginan mencuba tu berbanding kita tutup tangga tak bagi dia naik. Bila ada peluang apa lagi tak lepas peluang lah dia.

Jangan memarahinya, lebih memburukan keadaan. Sepanjang dia main/cuba tu, sebut bye,bye atau sesuatu yang dia faham sekejab lagi kena pergi atau berhenti main tu. Bila tiba masa boleh bye, bye terus pergi dengan gembira tanpa memaksanya. Mungkin ada masalah jika kita ingin segera beredar. Boleh juga cuba umpan dengan mainan kegemaran dia, kena stand by dalam beg kita. Semua kena buat dengan cara baik yang menggembirakan mereka tanpa marah, pasti ok!

Tip kerusi kereta bayi/baby car seat

Minggu lepas sibuk urus anak masuk sekolah. Damia dah darjah 1, si kembar darjah 6. Daiyan tadika. Tinggal bongsu je baru 2 tahun. Damia minta teman dia di sekolah waktu sebelum masuk kelas dan waktu rehat. Tak sempat nak menulis. Seronok tengok keletah budak-budak. Comelnya.

Kerusi kereta bayi/ baby car seat jadi keperluan bagi ibu atau ayah bekerja yang perlu bawa bayi ke pusat jagaan terutama memandu sendirian. Memudahkan sebab kita boleh letak di kerusi bayi tanpa perlu risau dia jatuh atau bahaya jika  brek mengejut.

Kadang kita rasa tidak jadi masalah, letak saja atas kerusi  kereta. Namun kemalangan ini bukan boleh diduga. Pernah terjadi kepada kawan pejabat saya dulu. Anaknya berusia 18 bulan meninggal terpelanting keluar kereta akibat kemalangan masa pulang ke kampung. Ibu ayahnya hanya cedera ringan. Kami semua macam tak percaya, sedih. :(

Bayi  boleh diajar duduk di kerusinya sejak lahir lagi. Jika bercadang gunakannya, elok ajar sebelum dia 2 bulan. Bila sudah jadi kebiasaan, tidak menangis bila letak. Sebenarnya jika sudah besar boleh juga ajar, kena sabar melatihnya.

Ada 2 jenis yang biasa digunakan iaitu saiz kecil sesuai untuk bayi baru lahir ke 2 tahun, bergantung kepada berat. Saiz besar pula untuk bayi 6 bulan ke 5 tahun. Pemilihan bergantung kepada berapa lama ingin pakai. Jika bercadang guna untuk tempoh lama, boleh pilih saiz besar. Cuma semasa sebelum 6 bulan, perlu ubahsuai cara letak di kereta, lebih rendah agar sesuai dengan bayi yang masih belum boleh duduk.

Untuk saiz kecil pula ada yang boleh diletakkan ke kereta sorong/ stroller bayi. Biasanya disediakan adapter untuk letakan pada kereta sorong. Boleh guna bersama kerusi bayi atau stroller biasa. Ini mudah kita guna jika bayi dah tidur, angkat sekali dengan kerusi bayi, tak perlu angkat bayi. Jadi dia dapat terus tidur lena.

Masa anak sulung sampai anak no 4, saya guna saiz besar. Anak-anak saya suka duduk atasnya sampai dah besar. Letak untuk adiknya, adiknya tak duduk dia pula yang duduk. :) Selesa, bila berjalan jauh tidur lena sebab selesa. Anak no 5 saya cuba saiz kecil dan boleh diletak atas stroller. Bagusnya bila dia tidur, mudah saya angkat baby car seat saja. Dia terus tidur.

Baby CarseatCuma yang bongsu ni kurang suka duduk baby car seat dia tu bila dah 1 ½ tahun. Tak pasti sebab saiz kerusi kecil atau sebab tengok abang kakaknya tak duduk atas kerusi tu. Tapi bila jalan jauh, dia masih suka tidur atas baby car seat tu. Bagus, tak lenguh tangan saya nak pangku. ;)

 

 

Promosi di Mama N Damia masih berlangsung sehingga 15 Jan 2012. Maklumat lanjut sila layari www.mamadamia.com