Cemburu pada adik-beradik?

Bila ada adik beradik, akan wujud perasaan cemburu. Jika tidak teruk, ini dapat bantu kanak-kanak membesar dengan lebih bertolak ansur, tidak bergantung dan baik hati. Satu cara atasi cemburu, ialah melihat pada cara kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa. Dalam kebanyakan keluarga, ini akan bertukar jadi persaingan yang sihat , sokongan yang berterusan dan setia.

Ada juga yang membesar sebagai adik beradik yang tidak suka satu sama lain. ini berpunca dari cara ibu bapa membina hubungan. Ada adik beradik yang gembira ada teman. Ada pula yang mempunyai personaliti berbeza seorang suka bising dan seorang suak senyap. Jadi akan mempunyai masalah untuk bersama.

Secara umum, semakin kerap ibu bapa beri perhatian lebih kurang perasaaan cemburu. Jika setiap anak puas hati dengan perhatian yang dia dapat, jadi tiada alasan untuk cemburu perhatian ibu bapa dia bagi pada adik beradik lain. Apa yang membuat anak itu rasa selamat, ialah ibu bapa sayang dan terima dia seadanya.

Ibu bapa boleh sayang anak-anak secara sama rata tetapi tanpa melayan cara yang sama. Contoh anak yang kecil perlu tidur awal. Anak yang besar perlu bantu buat kerja rumah. Jika ibu bapa cuba layan sama rata bukan secara individu, ini akan membuah cemburu. Contoh berikan mainan kereta pada anak laki dan perempuan. Nampak adil, mainan sama, namun tentulah anak perempuan tidak suka. Dia mungkin lebih suka anak patung.

Elak membandingkan anak. Jangan kata jadi seperti abang, baik, rajin. Ketika anak-anak bergaduh, lebih baik ibu bapa tidak masuk campur menyebelahi sesiapa. Jika ada pihak bersalah, ini akan burukan perasaan cemburu. Jika perlu masuk campur, untuk elak kecederaan, minta berhenti gaduh dan jangan dengar rungutan atau perbuatan siapa betul atau salah (kecuali yang bersalah mengaku salah). Minta berjanji tidak bergaduh atau asingkan mereka ke tempat berlainan.

Namun jika pergaduhan adik beradik ini teruk dan semakin buruk, mungkin perlu bantuan/terapi.

 

Breast Pump Spectra 3 pada harga RM310.40 sehingga 3 Jan 2012. Maklumat lanjut surf www.mamadamia.com

Susu ibu kurang bila ibu mula masuk kerja

Bila bekerja, susu ibu mula kurang. Mulanya banyak, namun bila hujung minggu makin kurang. Ada juga makin kurang selepas 2 ke 3 bulan.

Penyebabnya…

1. kekerapan mengepam susu ibu – bila kurang pam, bekalan akan mula berkurang. Kadang pekerjaan ibu tak memungkinkan pam pada waktu yang sepatutnya. Patut 3 ke 4 kali sehari. Bila sibuk dah sekali saja. Satu cara boleh guna hand free kit untuk pam. Jika sibuk juga, cuba juga pam beberapa minit dari langsung tiada.

2.outstation – ini akan ganggu jadual pam susu ibu dan sukar untuk simpan susu ibu. Bawa pam, jika risau sukar cari bekalan letrik, bawa jenis manual. Atau jika jauh dan lama, pam dan buang. Dengar bazir, namun ini boleh kekalkan susu. Atau bawa anak sekali. Ummm mungkin mahal cara ini, perlu bawa penjaga sekali.

3. cara penjaga beri susu – ada penjaga beri susu sebab bayi meragam, bayi akan minum walau tidak lapar. Tukar puting ke saiz sesuai, jika tidak sesuai dengan aliran. Pastikan penjaga bayi tidak membesarkan saiz agar susu mengalir laju. Bayi menyusu badan dah biasa aliran pelahan. Letak susu dalam botol kecil, jadi tidak membazir.

4. perkembangan bayi-perlukan lebih susu ibu. Perlu pam lebih banyak. Bagusnya biasa dalam 2 ke 3 hari susu ibu ini akan kembali asal.

5. keberkesanan pam susu ibu– mungkin pam yang digunakan. Susu ibu perlu dikosongkan sepenuhnya. Perlukan pam yang bagus untuk tujuan ini.

6. jika semua di atas ok, semak samada hamil lagi atau mula ambil pil perancang.

“Semasa bersalin Damia, saya sempat kerja sehingga dia 4 bulan. Saya pam setiap hari 2 kali, waktu rehat dan petang. Semakin hari semakin bertambah. Hari pertama 1 botol sahaja. 2,3 hari selepas tu dapat sehingga 2 botol besar penuh susu ibu. Bila dah tau nak berhenti kerja sebulan kemudian, kurang pam, susu makin kurang. Bila dah berhenti kerja, saya sentiasa berikan, jadi susu bertambah. Saya dapat menyusu penuh dengan susu ibu.”

Faktor Rhesus (Rh) ketika hamil

Kebolehan untuk membezakan sesuatu bendasing dalam badan adalah asas pertahanan badan. Bila bendasing masuk badan, sistem pertahanan akan diaktifkan, antibodi akan bertindakbalas memusnahkan makluk asing itu

Apa rhesus ini? ini adalah protein yang hadir dalam darah merah. Mereka yang ada dipanggil Rhesus (Rh) positif. Jika tiada dipanggil Rh negatif. Ketidakserasian Rhesus adalah merujuk kepada ketidakserasian darah antara bayi Rh positif dan ibunya yang Rh negatif.

Ini akan berlaku jika ayahnya Rh positif dan ibu Rh negatif, anak boleh jadi Rh positif atau negatif. Biasanya ibu Rh negatif tiada sebarang antibodi terhadap faktor Rh. Jika bayinya Rh positif, semasa bersalin atau keguguran, sedikit darah bayi akan masuk ke aliran darah ibu.  Pemindahan Rh postif ini akan mengaktifkan pengeluaran antibodi terhadap faktor Rh dalam ibu Rh negatif. Antibodi ini boleh masuk ke uri. Jika bayi seterusnya adalah Rh positif, antibodi ibu akan menyerang sel darah merah bayi.

Jika bayi adalah Rh negatif tiada masalah. Bagi ibu Rh positif, tidak mempunyai masalah samada bayi Rh postif atau negatif.

Tahap antibodi akan menentukan tahap kerosakan kepada bayi Rh positif. Jadi bayi mungkin tiada kesan, mungkin akan jadi jaundis selepas bersalin. Kadang boleh menyebabkan hati dan limpa membesar dan bayi mungkin ada masalah jantung.

Anak sulung akan selamat dari masalah ini kecuali jika ibu secara tidak sengaja mengalami pemindahan darah yang melibatkan masalah ini. kehamilan yang berikutnya yang melibatkan bayi Rh positif akan memberi kesan kepada antibodi ibu, membuatkan semakin merosakan anak-anak yang lahir kemudian.

Masalah ini boleh diatasi dengan memberi antibodi Rh ketika hamil dan bersalin. Ini berkesan jika ibu belum pernah mengalami pengaktifan Rh. Dan perlu diberi setiap kali bersalin atau gugur.

Biasanya semua ibu mengandung akan diperiksa Rh. Ini amat penting.

Penukaran blog

Kepada pembaca blog Mama N Damia,

Makluman penukaran blog dari nonaku.com/blog ke mamadamia.com/blog.

Dengan menggunakan blog baru ini, di harap masalah yang saya hadapi dulu tidak dialami lagi. Banyak abuse.

Harapan agar tip diberi dapat memberi manfaat dan jika terdapat sesiapa yang ingin berkongsi mengenai topik ditulis, saya alu-alukan. Dulu saya terpaksa disable kerana masalah spam.

InsyaAllah saya akan terus menulis, seronok dapat berkongsi pelbagai tip. :)

Sifat Anak 2 tahun

Anak saya Dafinah akan masuk 2 tahun Feb depan. Biasanya antara 2 ke 3 tahun, saat mencabar sedikit, sebab dia tengah ‘explore’.

Masa ini masa anak mula belajar menjadi dirinya dan belajar bagaimana jadi orang yang tidak bergantung. Masa kemahiran bercakap dan imaginasi bertambah.

Anak 2 tahun hidup dalam 2 suasana iaitu bergantung dan tidak bergantung, penyayang dan benci, pemurah dan kedekut.

Anak 2 tahun belajar dengan cara mengajuk. Di rumah, dia akan ikut ibu bapanya, menyapu dengan penyapu bile mereka menyapu, berus gigi bila mereka berus. Dia buat dengan serius. Dia memahirkan dan memahami dengan mengikut secara tetap.

Jadi jika kita layan dia dengan lembut, anak 2 tahun juga akan belajar berlembut. Bagus untuk ajar anak ucap terima kasih atau tolong, tetapi lebih berkesan jika kita yang lakukan dulu dengan menggunakan perkataan-perkataan ini pada masa yang sesuai. Begitu juga jika ibu bapa guna perkataan yang tidak baik. Namun ini tidak bermakna ibu bapa tidak boleh langsung marah atau tidak bersetuju. Marah yang berterusan, ini memberi kesan tidak baik walau mereka hanya memerhati bukan kena marah.

Anak 2 tahun, bercakap 3 ke 4 perkataan ayat sementara ada yang dah mula sambung ayat. Jika anak 2 tahun hanya menyebut beberapa perkataan tertentu sahaja, perlu buat ujian pendengaran dan ujian perkembangan, walaupun kemungkinan mereka ini hanya anak yang lewat bercakap. Ini untuk memastikan jika terdapat masalah boleh dikesan awal.

Imaginasi dan percakapan berkembang seiring. Apa yang bermula dengan imaginasi yang mudah dan eksperimen akan menjadi make-believe play yang bagus. Untuk kembang imaginasi, biar anak main blok, anak patung, alat muzik, kasut lama dan banyak lagi objek yang boleh difikir. Dedahkan anak pada alam semulajadi walau hanya taman di kediaman kita.

Tv hanya akan menghadkan imaginasi anak kerana tv akan membuat semua benda dan memerlukan sedikit kerjasama dari anak. Hadkan menonton tv.

Anak 2 tahun masih tidak pandai berkerjasama untuk bermain bersama. Mereka mungkin suka melihat apa yang dimain oleh rakan sebaya, namun mereka lebih suka dapat bermain perkara yang sama secara bersebelahan, iaitu secara parallel. Tiada guna suruh mereka berkongsi, belum bersedia. Namun ini tidak bermakna anda menerima sikapnya yang tidak baik. Jika dia ambil barang kawan, anda boleh dengan tegas tetapi secara berhemah/bermain-main ambil barang dari dia dan pulang semula ke pemilik. Dengan pantas, alih perhatian ke objek lain yang dapat menarik perhatiannya.

Tawaran hujung tahun di www.mamadamia.com. produk berpantang, penyusuan, produk bayi dan lain-lain.