Pendidikan anak-anak

Minggu ini minggu peperiksaan anak kembar saya. Cuba luang masa ajar mereka. Bercerita mengenai peperiksaan, masa kini telah berubah, pendidikan sekarang bukan sekadar pendidikan IQ, namun perlu secara keseluruhan.

Jika mengikut Dr Howard Gardner tahap kecerdasan kanak-kanak terbahagi kepada 7
1. linguistik – menguasai bahasa
2. kebolehan logical/matematik – mencari sebab musabab
3. ruang – membuat persepsi berkaitan dunia dan persekitaran dengan tepat
4. kinistik badan – kemahiran mengerakkan badan, bersukan dan koordinasi motor
5. muzikal – irama, pitch bunyi, intonasi
6. interaksi sosial – memahami dan berkomunikasi dengan orang lain
7. hubungan dalaman – mengenalpasti emosi diri sendiri dan orang lain

Jika berdasarkan tahap kecerdasan ini, pendidikan bukan semata-mata kepada pelajaran subjek tertentu sahaja. Ada kala anak kita tidak pandai matematik, tetapi bagus dan bijak berkomunikasi. Kita boleh asuh kemahirannya itu sesuai dengan tahap kecerdasannya. Jika kita terusan memaksa belajar matematik mungkin kita telah mengalih kepintarannya yang sebenar dan tidak membina potensi yang ada ke arah yang betul untuk dirinya.

Ibu bapa ada kala cenderung memilih pendidikan untuk anak-anak mengikut keinginan kita sendiri. sebenarnya cara terbaik adalah memilih pendidikan mengkut potensi pada anak-anak. :)

Perkembangan bayi – faham perkataan, perbuatan dan konsep

Bayi baru lahir tidak boleh bercakap atau faham sepenuhnya apa kita kata, tapi mereka cepat belajar. Dari dalam Rahim dah mula mendengar suara ibu bapa mereka. Bila lahir, mereka boleh faham emosi gembira, sedih, sayang, risau dan marah.

Baru lahir ke 1 bulan

Setiap masa, bayi gunakan derianya untuk dapatkan data baru, bina pengetahuan setiap hari. Bayi dapat faham bagaimana kita rasa dan apa kita fikir melalui suara, pernafasan, rasa kulit dan gerak mata kita. Bayi akan membentuk realiti versinya dari cara kita respon, bila menangis kita datang, merenung dengan kasih sayang dan menyusu ketika lapar.

2 ke 3 bulan

Aktiviti kegemaran dia sekarang memerhati apa terjadi sekelilingnya. Dia mula faham kita akan pujuk, beri makan, bermain dengan mereka bila mereka perlukannya. Dia akan suka dengan reaksi bila dia semyum dan faham senyum adalah satu cara memberitahu dia puashati. Ketika 3 bulan dah mula ada bunyi ketika senyum

4 ke 7 bulan

Bayi mula kenal nama dia dan faham kita bercakap dengan dia. Dia akan berpusing member respon. Intonasi suara juga akan mempengaruhinya, jika bercakap dengan gembira dia juga akan membalas dengan gembira dan jika bersuara tinggi, dia akan jadi stress dan mungkin menangis.

8 ke 12 bulan

Mula faham permintaan ringkas. Cakap ‘tak’ bila dia nak sentuh sesuatu, dia akan berhenti dan pandang muka kita, dan mungkin dia pula akan mengeleng sebagai balasan. Dia juga mungkin menguji respon kita terhadap tindakannya. Contoh buang air ke lantai dan lihat apa reaksi kita, kemudian buang cawan pula dan lihat samada reaksi sama atau tak.