Sifat anak dan cara melayannya

Tahun ni tahun meriah, ramai anak saudara dan cucu saudara baru lahir.:p Semua ada 7 orang, 6 anak saudara dan 1 cucu saudara. Anak saudara sebelah suami dah mencecah 38 orang dan cucu dah 10 orang, sebelah saya dah 13, tahun depan tambah seorang lagi.

Dah ada 5 anak, dan pemerhatian beberapa sifat anak dan anak-anak saudara, saya akui kebenaran mereka yang lahir tahun yang sama, mempunyai beberapa sifat yang sama. Dulu masa dengar dan baca pendapat Dr Fadzilah Kamsah, mengenai sifat anak- anak mengikut tahun, saya kurang percaya. Mana mungkin mereka mempunyai sifat yang hampir sama.

Saya dapati anak-anak yang lahir tahun yang sama, sifatnya lebih kurang. Selain sifat mengikut tahun, kedudukan anak dalam adik beradik juga turut mempengaruhi sifat anak-anak. Anak sulung mempunyai sifatnya yang lebih tegas dan mempunyai pendiriannya sendiri, dan anak seterusnya mengikut kedudukannya.

Mengapa penting kita mengetahui mengenai ini? Aha sebabnya, setiap anak dengan sifatnya yang tersendiri perlukan layanan yang berbeza. Jika anak yang suka dipuji dilayan dengan cara tegas, jawab sampai sudah le bermasalah nak melayannya. Memang letih kerja nak kena puji, tetapi itu yang sesuai jadi kena ikut cara anak itu. Anak yang lain, mungkin berbeza pula..

Terdapat 4 jenis sifat anak dan cara melayannya. Ini saya petik dari buku Children from Heaven.

1. Anak yang sensitif ingin didengari dan difahami – mereka kerap komen. Mereka akan suka bila mereka berpeluang berkongsi masalah mereka. Kita perlu mengiyakan kata-kata mereka, tidak boleh memujuk menerangkan mereka tidak perlu atau tidak boleh bersedih. Mereka perlu tahu, bukan mereka sahaja alami perkara itu. Tidak suka dipaksa menjalinkan persahabatan baru. Namun bila dah terjalin, mereka akan setia dan jika dikhianati mudah terluka. Bila ibu bapa mendengar permasalahan mereka, mereka akan dapat ubah kekecewaan dan meningkatkan kebolehan memaafkan menjadi seorang yang penyayang dan banyak membantu.

2. Anak yang aktif perlu penyediaan dan perancangan– mereka lebih mementingkan apa jadi, tindakan dan keputusan. Bermotivasi dan lebih bekerjasama jika mereka tahu apa yang perlu dan ada perancangan. Buat perancangan dengan menyediakan had, peraturan dan arah tujuan yang jelas. Mereka suka perhatian dan mendominasi serta sentiasa hendak menang. Jika diberi peluang mereka akan menjadi ketua yang baik. Mereka juga tidak suka duduk diam dan mendengar sahaja. Suka membantah. Dan penting pastikan mereka tahu siapa boss – iaitu ibu bapa.

Sifat ini ada pada anak kembar saya, terutamanya yang sulung ni. Untuk menyuruh mereka bekerjasama masa cuti sekolah ini, saya bagi arahan untuk aktiviti seharian mereka. Perlu makan, buat latihan, solat dan bermain pada sekian waktu. Setakat ini tiada masalah, mereka dengan sendirinya mengikut tanpa disuruh. Upahnya – bermain, yang mana saya tentukan terakhir sekali selepas selesai semua.

3. Anak yang responsif – perlukan perhatian dan arah tujuan. Mereka jenis yang social dan outgoing. Bermotivasi untuk mendengar, melihat, merasa dan alami semua yang ada dalam kehidupan. Mereka akan bertindak pada perkara baru. Walau suka berubah, namun sukar untuk fokus. Suka melakukan dengan cara mereka. Mereka jarang menyiapkan kerja dibuat dan akan melompat membuat perkara lain yang baru pula. Mereka ini mudah dialih perhatian kepada perkara lain. Contohnya jika anak berusia ke 3 tahun sedang mengamuk, boleh alih perhatian kepada perkara lain.

Anak saya Damia semasa bayi, boleh dipujuk begini. Bila dia menangis, saya tunjuk burung kat luar, lampu cantik, dia akan diam. Tetapi bila saya cuba pada Daiyan, tidak menjadi, dia tak heran le.;)

4. nanti update…

Kenali lah anak kita, jangan layan semua sama. Ada dengan alasan sebab kena bagi sama rata. Ummm tentu bermasalah jika semua sama cara layanan sedangkan sifat anak berbeza.

Apa yang mempengaruhi pengeluaran susu ibu ?

Hari ini hari jadi ibu saya. Buat mama

Happy birthday!
Moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan berkati hidup mama.

Saya baru beli dan baca buku The breastfeeding mother’s guide to making more milk. Buku ni patut dibeli oleh ibu yang merancang untuk menyusu ibu. Banyak ‘mitos’ yang kita sangka betul rupanya salah.

Apa yang mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ini penting. Dulu saya selalu fikir, tiada masalah untuk menyusu susu ibu. Semua ibu boleh menyusu. Namun bila kita faham beberapa perkara, lebih memudahkan proses penyusuan susu ibu yang berjaya.

Kelenjar tisu, saluran saraf dan saluran susu yang cukup

Terbentuk ketika akil baligh. Jika tidak sempurna semasa ini, akan mempengaruhi semasa penyusuan. Ada sempurna tetapi tidak berkembang ketika hamil. Dan ada mengalami masalah akibat pembedahan pada payudara. Susu banyak atau sedikit tidak bergantung kepada berapa besar saiz payudara. Bergantung kepada kelenjar yang terbentuk. Jika kecil, perlu kerap menyusu.

Hormon dan penerima hormon (receptors) yang cukup.

Kedua-duanya perlu untuk memastikan penghasilan susu berjalan berfungsi. Bergantung juga kepada faktor lain contohnya seperti diabetes tahap 2 (diabetes ketika hamil), menyebabkan insulin tidak menerima penerima insulin.

Banyak hormon terlibat dalam proses penghasilan susu. Prolactin adalah hormon stimulasi susu yang penting. Terdapat sedikit dalam badan, namun masa hamil meningkat dan mencapai kemuncak semasa bersalin. Semasa hamil, tidak banyak susu dihasilkan kerana uri menghasilkan progesterone yang tinggi, mengganggu penerima prolactin dalam sel penghasilan susu, menghalang prolactin berfungsi. Hanya menghasilkan kolostrum. Ini dikenali lactogenesis I.

Bila uri telah keluar ketika bersalin, progesterone akan turun mendadak dan prolactin mula berkerja. Dalam 30 ke 40 jam, perubahan pengeluaran ke susu penuh bermula. . Ini dikenali lactogenesis II, iaitu susu dah mula keluar.

Kekerapan, berapa cekap susu dikeluarkan dan distimulasikan.

Hari pertama sehingga beberapa minggu pertama penting untuk memastikan bekalan susu ibu akan terus cukup. Dalam masa beberapa minggu selepas bersalin, badan akan bersihkan hormon dari badan, prolactin akan berkurang. Di peringkat bebreapa minggu awal, semakin kerap prolactin diterja kesan stimulasi hisapan bayi dan payudara dikosongkan, semakin tinggi tahap peredarannya. Pada masa sama penerima prolactin akan bertambah berganda-ganda.

Sampai satu tahap prolactin akan menurun dan penerima telah stabil, proses penghasilan susu akan berubah daripada, bermula kerana dipengaruhi hormon (endocrine) kepada dikawal sendiri oleh payudara (autocrine), bergantung kepada permintaan bayi.

Bayi hisap, saraf di puting dan areola akan hantar isyarat ke otak. Hormon oxytocin akan di lepaskan. Hormon ini menyebabkan otot alveoli menegang menekan saluran susu menyebabkan susu keluar. Proses ini dipanggil milk ejection/let down. Jika tiada reflex ini, susu ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila tidak dikosongkan, payudara akan hantar isyarat untuk potong bekalan susu.

Sebenarnya susu sentiasa dihasilkan. Tidak perlu tunggu penuh. Jika bayi sedang menyusu, susu sedia ada telah habis, susu baru dihasilkan. Bayi mungkin menangis kerana susu ibu sedikit, dan kita sangka susu telah habis. Sebenarnya bayi menangis kerana nakkan susu ibu yang banyak.

Saya pun sebelumnya ni sangka susu habis. Bila rasa susu “habis”, saya minum air masa tu juga untuk tambah susu. Susu akan bertambah. Rupanya betul kerana susu sentiasa dihasilkan.

Ini bab pertama dalam buku tu. Insyallah sambung lagi nanti.