Perkenalkan makanan pejal

Minggu depan cukup 6 bulan baby Dafinah saya. Dah boleh mula makan makanan pejal. Tip hari ni berkenaan memperkenalkan makanan pejal pada bayi.

 

Kebetulan saya ada dapat daripada EnfaMama Club (MeadJohnson), booklet yang berguna untuk saya kongsi bersama. Boleh join secara percuma kelab-kelab begini. Semasa dari anak sulung, saya ada masuk kelab begini. Terbaru untuk Dafinah ni, ummm tak pasti mana diaorang dapat maklumat saya ada bayi. Tetapi tiada masalah, bagus pun dapat pelbagai info. Tengah tunggu free sample untuk susu saya, untuk ibu menyusu badan.

Dahulu, makanan pejal mula diperkenalkan pada usia 4 bulan. Melalui buku yang saya terima ini, kini mula pada usia 6 bulan. Di pasaran pun hanya dinyatakan untuk umur 6 bulan ke atas. Tujuan bermula 6 bulan adalah untuk mengelak masalah alergi pada bayi. Aha mesti ada mak kita kata, dulu 1 bulan je dah campur nestum, elok je besar. Memang membesar, namun tidak sihat. Saya pernah jumpa bayi 3 bulan alami masalah kulit jadi kemerahan. Soalan saya pada ibu dia, dah bagi makan ke? Memang pun dah bagi masa 1 bulan. Selain masalah alergi, boleh sebabkan masalah pada usus.

Mula perkenalkan makanan, perkenalkan dalam jumlah yang sedikit dahulu. Biasanya bayi tidak biasa dengan makanan pejal. Ada yang akan menolak. Mula dengan 1 sudu besar untuk 3 hari pertama, kemudian tambah 1 sudu besar lagi, sehingga ke beberapa sudu mengikut cadangan pemakanan. Makanan baru diberikan itu perlu 1 jenis sahaja untuk selama 4 hari. Kemudian baru perkenal jenis lain pula. Ini untuk mengetahui samada bayi ada masalah toleransi atau tak pada makanan tersebut. Tak perlu tambah garam atau gula.

Masalah memberi makanan pejal, bayi sering tidak mahu makan makanan yang selalu dimakan dan digemarinya selepas beberapa ketika. Tip mudah sahaja, sering tukar menunya setiap hari. Bayangkan kita makan nasi lauk kari ayam dan sayur kangkung sebulan. Tengok ayam dan kangkung pun nak termuntah, tak lalu nak makan dah.;)

Minggu depan saya akan kongsi lagi tip hidangan untuk bayi mengikut peringkat umurnya.

Selamat Berpuasa

Hari ini hari ke-2 berpuasa. Selamat berpuasa! Moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelum ini. Dan mendapat rahmat dan berkat dari Allah.

Biasa pertanyaan buat bakal ibu yang mengandung dan ibu yang sedang menyusu badan,terutama mereka yang pertama kali menghadapinya agar bertenaga dan dapat berpuasa. Persediaan perlu untuk menghadapi Ramadan agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Pastikan amalkan diet pemakanan yang baik ketika berbuka puasa dan bersahur.

Pengalaman saya mengandung atau menyusu badan ketika berpuasa, dengan menjaga diet yang betul, tiada masalah untuk berpuasa. 3 kali mengandung ketika berpuasa, saya tiada masalah berpuasa. Begitu juga menyusu badan. Semua saya mampu menyusu badan penuh tanpa perlu berbuka puasa. Bayi saya, Dafinah sudah mencecah 5 ½ bulan. Alhamdulillah, susu mencukupi untuk bayi saya. Cuma biasanya ketika petang agak kurang sedikit.

Tip yang penting, persediaan dari segi diet pemakanan. Pastikan makanan ketika berbuka dan bersahur mempunyai diet yang seimbang iaitu nasi, ikan/ayam atau daging dan sayur serta buah. Kurma bagus kerana mempunyai pelbagai khasiat. Sunat berbuka dengan kurma bagus untuk ibu hamil dan menyusu badan. Dapat memberi tenaga segera. Minum air seperti jus buah-buahan jadi dapat khasiat dari air dan buah-buahan juga. Lewatkan waktu bersahur.

Saya juga percaya kepada pengambilan pil tambahan. Dapatkan nasihat doktor pil yang sesuai untuk keadaan anda. Pengalaman saya jika ambil pil ini, badan lebih bertenaga.

Alhamdulillah walau ketika hamil, saya dapat juga melakukan solat terawih di rumah. Selagi mampu dan larat buat lah. Tetapi jika terlalu letih jangan pula paksa buat, dah mudaratkan.

Sempena Ramadan ini, kami di Mama N Damia menawarkan promosi dengan belian Set Bersalin NR. PERCUMA 2 helai Barut Bayi Damia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.nonaku.com