Makanan ibu hamil

Selera makan ibu hamil akan berubah kerana hormon yang ada ketika itu. Citarasa makanan ibu hamil mungkin berubah dan boleh mengalami kelaparan yang teramat dan perubahan secara tiba-tiba kepada cita rasa makanan dan minuman.

Ada ibu hamil berpendapat perlu makan untuk 2. Makanan ibu hamil perlu tambah tapi cukup mengikut kalori tertentu sahaja agar tidak berlebihan berat badan pula dan hadapi masalah untuk menurunkan berat badan

Apa cara untuk ibu hamil hadapi kelaparan dan dalam masa yang sama berat tidak naik terlalu banyak?

Kuncinya adalah memilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Kebanyakan ibu hamil dapati selera lebih terkawal dengan makan sedikit-sedikit sebanyak 6 kali sehari berbanding makan dengan banyak 3 kali sehari dan di sertai dengan snek. Dengan makan sedikit sepanjang masa, ibu hamil akan membekalkan tenaga berterusan untuk pembesaran untuk badan dan bayi . Ibu hamil juga akan dapat mengembalikan kadar metabolisme sepanjang waktu serta menyimpan tenaga. Jangan tinggalkan waktu makan.

Makanan ibu hamil yang berkhasiat perlu mempunyai pilihan mengandungi fiber yang tinggi serta makanan bernutrisi yang penuh dengan vitamin, mineral dan nutrien yang diperlukan. Makanan ibu hamil yang mempunyai fiber tinggi dapat mengelak sembelit. Ia juga membantu berasa kenyang lebih panjang. Jangan ambil berlebihan, jika terlebih fiber juga akan menyebabkan kembung dan lebihan angin dalam badan. Protein tanpa lemak, sayuran dan bijirin penuh adalah pilihan yang bagus ketika hamil. Ikan bagus untuk mendapatkan sumber protein, mineral, vitamin D dan asid omega-3 fatty. Pilihan ikan untuk ibu hamil, pastikan yang selamat yang tidak mengandungi merkuri.

Minum dengan banyak untuk kekal segar. Kadangkala badan kita tertipu mengatakan kita kelaparan sedangkan sebenarnya kita dahaga. Mekanisme menyatakan lapar dan dahaga sama. Jadi jika ini kes nya, anda akan makan sedangkan anda dahaga.

Bersenam juga bagus untuk memotivasikan ibu hamil kekal mengambil makanan yang sihat

Ada kala, ibu hamil akan berasa lapar ketika terjaga dari tidur pada waktu malam. Pastikan ibu hamil tidak tidur dalam keadaan lapar. Jika kelaparan tengah malam, makan makanan seperti bijirin, roti atau biskut.

Namun jangan pula ibu hamil terlalu mengawal pemakanan sehingga kekurangan khasiat yang diperlukan. Ibu hamil dan bayi memerlukan khasiat untuk pembesaran bayi dan pastikan ibu dalam keadaan sihat.

Kelas Antenatal

Bagi ibu yang hamil terutama pertama kali bakal bersalin digalakkan menghadiri kelas antenatal untuk mempelajari dan membuat persediaan berkenaan mengandung, proses bersalin, penjagaan bayi dan mengenai penyusuan badan. Kelas antenatal terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelas antenatal ini boleh didapati di hospital-hospital dan jika di bandar-bandar besar terdapat perkhidmatan mengenai kelas antenatal persendirian. Biasanya perlu membayar. Boleh dihadiri bersama pasangan masing-masing. Ia bertujuan juga agar anda dan suami mendapat kemahiran dan keyakinan untuk melalui proses kelahiran dengan pengalaman yang positif. Boleh mula menghadiri kelas ini pada minggu ke 28 hamil.

Keperluan kelas antenatal ini sebenarnya selain menumpukan kepada kehamilan dan kelahiran bayi, ia juga menjadi tempat untuk berjumpa bakal ibu bapa yang lain dan bertukar-tukar fikiran.

Di dalam kelas akan diajar berkenaan semasa kehamilan, maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi-posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, aspek penjagaan bayi dan penyusuan

Kelas berbeza mengikut terma dan masa. Terdapat pelbagai sesi berbeza, biasanya antara 3 ke 6 sesi. Waktu sama ada pada tengah hari atau petang dan pada hari-hari tertentu. Kelas persendirian akan dilakukan oleh pengajar terlatih. Manakala kelas di hospital biasanya pula dijalankan oleh jururawat, bidan hospital, doktor atau ahli fisioterapi. Jika kelas di hospital, bakal ibu bapa akan turut dibawa melawat di sekeliling bilik bersalin. Jadi anda akan biasa dengan susunan dan mengetahui apa yang berlaku nanti.

Anda perlu tempah untuk menghadiri kelas ini dan membuat perancangan bila anda boleh hadir kelas ini. Namun bergantung pada anda. Ada mengatakan ada dipelajari di kelas berbeza dengan sebenar berlaku. Tentu sekali berbeza kerana ketika bersalin, kesakitan adalah benar-benar terjadi tetapi dengan teknik yang betul memudahkan bersalin. Jika tidak ketika itu baru anda diajar minta tarik nafas dan lain-lain untuk meneran. Dalam keadaan kesakitan mungkin kita tidak mendengarnya dengan jelas.

Bayi Pramatang

Tentu tiada ibu bapa yang ingin anaknya dilahirkan tidak cukup bulan. Namun 7% daripada bayi dilahirkan adalah bayi tidak cukup bulan. Dengan teknologi sekarang sebanyak 9 daripada 10 orang bayi akan membesar menjalani kehidupan yang normal. Adik ipar saya yang bongsu dilahirkan tidak cukup bulan, tetapi sekarang dia adalah yang paling tinggi dalam keluarga suami saya seramai 11 orang. Makcik saya juga dilahirkan tidak cukup bulan. Kini dah berumur 50-an dan mempunyai 3 anak.

Bayi dikategorikan sebagai pramatang jika lahir sebelum 37 minggu. Ini kerana pada ketika ini bayi ini masih tidak mencapai perkembangan yang membenarkan ia hidup di luar rahim. Biasanya sesetengah organ akan matang antara minggu ke 34 dan 37 dan matang sepenuhnya pada minggu ke 37. Organ terpenting yang memberi kesan kepada bayi pramatang adalah paru-parunya. Kerana itu bayi dimasukkan ke ventilator.

Tanda dan simpton kelahiran pramatang adalah berlaku kontraksi 4 atau lebih dalam masa 1 jam sebelum 37 minggu. Berbanding tanda palsu, tanda kelahiran sebenar akan disertai dengan pemendekan dan penipisan servikal. Pendarahan vaginal, tekanan berat pada pelvis atau kesakitan pada abdomen atau belakang atau pengeluaran air dari vaginal. Dalam sesetengah kes, berlaku pengempangan serviks tanpa kesakitan atau kontraksi, jadi ibu tiada tanda sehingga saat akhir untuk bersalin

Penyebabnya biasanya berlaku kepada ibu yang mengalami keadaan di bawah
- terlalu muda atau terlalu tua.
- kekurangan nutrisi pada ibu
- mengalami diabetes atau hypertension
- yang pernah mengalami kelahiran pramatang sebelumnya
- kelahiran kembar
- mengalami jangkitan kuman

Bayi akan dibenarkan pulang apabila dia mula menyusu dengan baik, beratnya bertambah serta dapat meyakinkan staf di unit rawatan mengenai statusnya. Mungkin selepas 36 minggu mengikut tarikh asalnya atau beratnya melebihi 1,800 gram. Namun jika lahir sebelum 30 minggu mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang.

Susu ibu adalah bagus untuk memberi khasiat kepada bayi anda. Biarkan dia menyusu dengan kerap dan kejutkan jika dia terus tidur melebihi 3 jam pada waktu malam. Biasanya digalakkan menyusu sehingga 6 bulan, untuk bayi pramatang digalakan lebih lama berbanding bayi normal.

Mungkin ada bayi yang memerlukan oksigen tambahan semasa di rumah untuk beberapa ketika. Pastika terdapat pantauan daripada doktor bayi anda.
Apnoe iaitu amaran berhenti pernafasan dipasang disesetengah negara untuk mengesan jika pernafasan bayi terhenti. Namun negara kita tidak mengalakan pemasangan alat ini kerana hanya membuat ibu bapa lebih risau.

Anda juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan cot death. Kerana kemungkinan adalah tinggi bagi bayi yang dilahirkan berat yang kurang
- biarkan tidur bersama anda di bilik yang sama. Di Malaysia kebanyakannya mengamalkan tidur bersama bayi jadi tidak menjadi masalah.
- Pastikan suhu badannya tidak terlalu panas ketika tidur. Mungkin boleh letakkan termometer untuk menyukat suhu bilik sekitar 24 C.
- Jangan tidurkannya menelentang muka ke bawah kecuali atas nasihat pakar anak anda
- Pastikan selimut tidak longgar
- Jika tidak sihat hubungi doktor dengan segera
- Jangan biarkan dia tidak menyusu melebihi 3 jam pada waktu malam
- Jangan merokok di rumah. Asap rokok akan menyebabkan bayi mengalami asma dan jangkitan pada telinga dan dada

Tentu ramai juga yang datang melawat bayi anda. Jadi jika pelawat mengalami selesema, batuk atau jangkitan minta berhati-hati, mudah berjangkit pada bayi. Terutama bayi yang menyusu susu formula.

Langkah terbaik buat pemeriksaan atau ikut nasihat diberikan oleh doktor untuk elak berlaku kelahiran pramatang ini. Ketika mengandung anak kembar dahulu, dengan mengambil langkah berjaga-jaga saya dapat teruskan kehamilan sehingga minggu ke 37 dan bersalin anak secara normal. Ketika itu telah mula berlaku kontraksi kuat ketika minggu ke 33. Namun jika tidak dapat dielak, pastikan anda juga telah bersedia.

Memperkenalkan produk baru Mama N Damia, Barut Bayi Melengkung Damia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mybengkung.com/bayi.html . Kini juga berlangsung tawaran istimewa di www.mamadamia.com sehingga 15 Januari 2010

Ajar anak ke bilik air

Kebanyakan ibu bapa tidak sabar menanti untuk melatih anak ke bilik air, iaitu langkah seterusnya perkembangan anak anda juga sebab untuk tidak memakai lampin lagi. Namun berapa ramai ibu bapa yang bersedia menghadapi tempoh yang diperlukan. Mungkin beberapa hari, namun biasa berbulan-bulan. Anda akan berjaya mengajarnya jika anda mengetahui asas latihan dan menjadikan proses ini lancar kepada anak anda.

1. Kesediaan anak. Kebanyakan ibu bapa mula melatih ketika anak berumur 2 tahun, namun ada anak-anak yang belum bersedia sehingga mereka berumur 4 tahun. Lihat tanda-tanda kesediaan anak anda.
- pembuangan najis yang tetap, lembu dan terbentuk
- dapat menarik seluarnya naik dan turun
- meniru habit ke bilik air contoh suka melihat anda ke bilik air, ingin memakai seluar dalam.
- Membuat demonstrasi fizikal ketika membuang seperti mencangkung atau memberitahu anda
- Ada perkataan untuk najis dan air kencing
- Boleh ikut arahan mudah seperti berikan saya mainan
- Faham tanda fizikal iaitu perlu memberitahu anda sebelum ia berlaku
- Tidak suka rasa berada dalam keadaan lampin kotor
- Berada dalam keadaan kering sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam iaitu menunjukkan otot pundi kencingnya telah mula kuat untuk menahan air kencing dan menyimpannya
- Menunjukkan keinginan untuk tidak bergantung

2. Beli barangan yang sesuai dengan anak anda. Contohnya kerusi ‘potty’ atau kerusi tanda khas yang boleh diletakkan di atas mangkuk tandas. Pastikan anak anda selesa dan stabil berada dia atasnya. Boleh juga belikan buku penerangan untuk menerangkan kepadanya

3. Buat rutin. Dudukkan anak anda dalam keadaan berpakaian di atas kerusi potty sekali sehari, contohnya selepas sarapan, sebelum mandi atau bila-bila dia ingin membuang. Ini adalah untuk membiasakannya. Jika dia tidak mahu tidak mengapa jangan paksa. Boleh cuba semula selepas beberapa minggu atau sebulan. Boleh cuba letakkan di tempat yang dia selesa. Tidak perlu terangkan mengapa buat demikian

4. Dudukkan anak anda dalam keadaan tanpa lampin. Biarkan dia biasa dengan keadaan ini. Ketika ini baru terangkan ini adalah cara ibu, ayah atau adik beradik lain lakukannya setiap hari. Jangan paksanya sehingga dia bersedia

5. Terangkan proses untuk menunjukkan kepada anak ke mana najis pergi. Bila dia membuang, bawa dia ke potty, dudukkan dia dan kosongkan lampin ke dalam mangkuk di bawahnya. Ini membantunya membuat kaitan antara duduk dan membuang. Selepas mengosongkan potty ke dalam tandas, biarkan di flush jika dia mahu. Ajar dia pakai baju sendiri dan basuh tangannya

6. Mendidik tidak bergantung pada lampin. Galakkan dia guna potty bila dia perlu. Pastikan dia tahu untuk memberitahu anda dan bawa dia ke bilik air bila dia inginkan. Jika boleh biarkan dia tidak memakai apa-apa sama ada lampin atau seluar dan letakkan potty berhampiran. Bagi tahu dia boleh gunakan bila dia nak dan ingatkannya sekali sekala jika dia perlukannya

7. Anda boleh cuba guna training pants. Ada anak sukakannya. Ia berbeza dari lampin. Atau boleh galakkan pakai seluar dalam

8. Anak anda akan beberapa kali secara tidak sengaja membuang, jangan marah atau hukum anak. Ototnya akan mengambil masa untuk biasa. Ajarnya gunakan potty untuk lain kali

9. Walaupun anak anda telah pandai pada siang hari, untuk waktu malam ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun untuk berlatih tidak memakai lampin di waktu malam. Badannya belum matang untuk membangunkannya tengah malam untuk ke bilik air. Anda boleh kurangkan anak anda minum air sebelum tidur. Anda boleh juga tinggalkan potty berhampiran katil anda.

Anak-anak ini berbeza caranya. Anak sulung dan kedua saya, dia tidak mahu pakai lampin semasa berumur 2 tahun. Jadi saya ajarnya dan ambil masa beberapa minggu. Anak ke3, saya cuba ajar ketika 2 tahun. Lama juga ambil masa, beberapa bulan. Mungkin silap saya sebab ingat sama seperti abang-abangnya. Yang ke 4, dia nak membuang tetapi tidak suka di bilik air. Terpaksa bersabar, kencing di mana dia nak. Namun sampai masanya dia sendiri beritahu dia nak kencing atau berak. Bila dia sedia, keadaan lebih mudah dan tidak pernah kencing merata lagi. Keluar berjalan pun tidak pakai. Jika dahulu anak-anak saya yang lain, keluar jalan saya pakaikan juga lampin untuk beberapa bulan awal.