Bagaimana untuk memastikan bayi saya dapat susu ibu yang mencukupi?

Salah satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka mempunyai susu ibu yang cukup untuk bayi mereka. Ini adalah alasan yang biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga menceraikan susu ibu. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat segala-galanya dan kebanyakkan kita (terutama ibu kita) adalah menyusu dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu yang diambil oleh bayi setiap penyusuan.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan masalah ini dapat diperbetulkan.

Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.

Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda
mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.

Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu anda:

* Susu anda akan ‘ada’ selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 – 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu ‘keluar’) adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan mendapat 7 – 14 ml setiap penyusuan.

Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa ‘lain’, lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.

* Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu
* Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 – 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam – bayi anda tidak akan bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejukan bayi anda untuk menyusu.
* Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda ‘keluar’. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa minggu.
* Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.

Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan ‘najis susu’ berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

* Kebanyakan ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal penyusuan. Ketidakselesaan ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap buat kali pertama. Jika sakit berterusan ketika penyusuan, puting pecah atau berdarah, atau sakit melebihi 1 minggu ini bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul. Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa tetapi juga menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.Periksa berat bayi anda dan hubungi mereka yang arif mengenai penyusuan badan yang dapat menilai teknik penyusuan anda. Cara menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.
* Satu cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah dengan memeriksa berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang berat badan 5-7 % dari berat asal dalam beberapa hari pertama (tetapi jika melebihi 10% perlu pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi anda ketika keluar dari hospital kerana ini adalah berat yang perlu anda perhatikan untuk mengira pertambahan berat badannya bukan berat ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir adalah 7 lbs 8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda adalah 7 lbs 1 oz. Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah 1 auns setiap hari untuk beberapa bulan pertama. Kebanyakan bayi akan kembali ke berat ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk melihat peningkatan berat, boleh membuat pemeriksaan selepas 2 minggu. Sepatutnya bayi juga akan mempunyai air kencing dan najis yang elok. Masalah penyusuan susu ibu lebih mudah diperbaiki jika dikenalpasti dan dirawat awal.

Kenapa anda perlu pemeriksaan selepas bersalin?

Ini adalah merupakan pemeriksaan yang terakhir bagi siri-siri pemeriksaan yang bermula dari pertemuan pertama. Kebanyakan doktor akan minta berjumpa semula dalam masa 6 minggu selepas bersalin untuk memastikan anda benar-benar sembuh, fizikal dan emosi. Jika anda mengalami pembedahan, anda mungkin perlu berjumpa doktor anda beberapa minggu awal untuk memastikan luka sembuh dengan baik.

Anda mungkin mempunyai bayak soalan mengenai bagaimana badan anda berubah dan mengalami kesakitan berkaitan kelahiran. Buat nota sebelum berjumpa agar tidak lupa untuk bertanya mereka.

Apa yang perlu anda jangka ketika pemeriksaan selepas bersalin

Ketika pemeriksaan ini,

* Berat dan tekanan darah akan diperiksa
* Abdomen dan payudara akan diperiksa. Perut anda diperiksa untuk memastikan dalam keadaan baik dan payudara diperiksa untuk memastikan tiada benjolan atau cairan yang luarbiasa dari puting. Jika anda menyusu, doktor anda akan memastikan tiada efeksi atau tersumbat pada payudara anda.
* Perineum anda diperiksa, membuat spekulum dan pemeriksaan dalaman. Ketika permeriksaan spekulum, doktor akan memeriksa bagi memastikan sebarang lebam, calar atau koyakan pada serviks atau vaginal sembuh sepenuhnya dan dia mungkin juga akan melakukan pap smear. Ketika pemeriksaan ini dia juga akan memeriksa rahim dan ovari, dan otot vaginal. Dan mungkin juga melakukan pemeriksaan rectal
* Mungkin doktor juga akan memberi kebenaran untuk anda melakukan hubungan kelamin semula. Tetapi jangan risau, jika anda belum bersedia. Kebanyakan ibu-ibu baru tidak akan berasa untuk melakukan hubungan kelamin untuk beberapa bulan selepas bersalin. Doktor anda juga akan bercakap mengenai pilihan-pilihan untuk menjarakan kelahiran.
* Anda boleh bercakap mengenai apa-apa sahaja perkara yang berkaitan. Jika anda mengalami masalah emosi beritahu doktor anda. Adalah perkara biasa mengalami masalah perasaan, tetapi jika anda fikir anda mengalami kemurungan, minta rujuk kepada ahli terapi

Sembelit

Walaupun anda tidak pernah mengalami sembelit semasa mengandung, tetapi masa ini akan mungkin mengalaminya. Jika anda pernah ada enema, proses bersalin yang lama tanpa makan atau tiada pergerakan dalam perut ketika bersalin, anda mungkin tidak mengalaminya selama 1 atau 2 hari kerana tiada apa di dalam usus anda. Dan jika anda menjalani pembedahan, ia akan mengambil 3 ke 4 hari untuk usus anda berfungsi secara normal semula.

Jika anda terus mengalami masalah usus anda selepas itu, penyebabnya adalah seperti berikut:

* Narkotik systemic yang diambil ketika mengurangkan kesakitan semasa atau selepas bersalin boleh melambatkan sistem penghadaman anda
* Mengalami luka pada perineum kerana buasir, episiotomi, atau terkoyak boleh menyebabkan sembelit jika takut kesakitan pada jahitan jadi anda menahan tidak membuang najis.

Kebanyakan sembelit akan hilang dalam beberapa hari jika anda mengambil langkah- langkah berikut:

* Tidak membiarkan keinginan untuk membuang walau anda berasa tidak selesa untuk beberapa kali yang pertama. Lagi lama anda tunggu, lagi keras najis itu dan menyebabkan sakit yang lebih buruk.
* Makan makanan yang tinggi fiber seperti bijiran ‘whole grain’, roti ‘whole grain’ dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
* Minum banyak air – sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas air sehari.(lebih air diperlukan jika anda menyusu badan). 1 gelas jus buah-buahan sehari terutama jus prun. Setengah orang mendapati memulakan pagi dengan meminum air suam pada setiap hari turut membantu.
* Berjalan-jalan, mungkin sakit pada mulanya terutama yang menjalani pembedahan atau episiotomi, tetapi pergerakan yang sedikit dapat membantu pergerakan usus anda.
* Tanyalah doktor jika anda memerlukan ubat untuk melembutkan najis. Ia juga patut anda lakukan jika anda mengalami buasir atau anda mengambil pil yang mengandungi zat besi yang tinggi untuk anemia atau narkotif untuk melegakan kesakitan kerana sembelit juga boleh berpunca dari kesan ubat-ubatan ini.

Teknik Menyusukan Bayi dengan Susu Ibu

Saya sertakan teknik penyusuan susu ibu yang betul sebagai panduan

1. Kedudukan badan
* Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
* Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
* Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan

2. Cara memegang bayi
* Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
* Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
* bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu

3. Cara memegang payudara

o Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
o Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

Posisi Penyusuan

1. Posisi mendukung/buai
* Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
* muka dan kepala bayi menghadap payudara

2. Posisi mendakap/di sisi
1. ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
2. ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
3. pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya

3. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai

o Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
o Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap

4. Posisi baring
* bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat

Penyusuan pasangan kembar

* Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak

Pelekapan

Cara yang betul menyusukan bayi

* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
* gerakkan badan bayi ke arah payudara
* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul

* mulut bayi terbuka luas
* dagunya mencecah payudara
* bibir melekup keluar
* pipi gelembung
* payudara nampak penuh dan bulat
* terdengar nada hisapan – hisap -telan-hisap-telan

Cara pelekapan yang salah

* dagu bayi jauh
* tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
* dagu tidak menyentuh payudara
* ibu rasa sakit
* payudara bolehbengkak dan puting luka

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: “Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:

* Berniat aqiqah ketika menyembelih.
* Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
* Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
* Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
* Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
* Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

- Biri-biri – 1 tahun atau lebih
- Kambing – 2 tahun atau lebih
- Lembu/kerbau – 2 tahun atau lebih
- Unta – 5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:

* Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
* Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
* Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
* Memberi nama yang baik kepada bayi
* Berdoa ketika hendak menyembelih
* Daging dimasak manis.
* Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
* Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah
* Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
* Menggalakkan amalan sedekah.
* melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
* Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
* Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
* Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
* Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
* membiasakan berkorban bagi orang tua