Amalan makanan semasa berpantang

Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami. Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus, tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat.

Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak sesuai? Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan, menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri sendiri. Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalam kuantiti yang sedikit.

Namun makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ikan pari atau ikan cencaru tidak sesuai untuk ibu dalam pantang.

Makanan yang sihat adalah makanan kurang minyak dan tidak pedas. Kerana itu biasanya makanan ibu dalam pantang dibakar atau direbus.

Amalan dalam pantang bersalin, melarang minum air terlalu banyak dalam satu masa. Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan ½ ke 1 cawan sekali minum.

Minum terlalu banyak sekali minum, terutama minum air sejuk boleh menyebabkan urat kembang dan melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar dan menyebabkan perut buncit. Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

Tanda bayi mungkin alami sensitif atau alahan susu ibu

Sensitif atau alahan susu ibu pada makanan ibu akan menyebabkan bayi alami kembung, kerap menangis, enggan menyusu susu ibu dan tidak suka dipeluk atau dimanjakan, resah, terlalu aktif, berjalan awal, masalah tidur, masalah penghadaman dan ruam merah di alat sulit.

Tanda lain sensitif atau alahan susu ibu termasuk mata bengkak dan terdapat lingkaran keliling mata atau garisan di bawah mata, kerap alami jangkitan pada telinga. Jangkitan telinga ini biasa disebabkan alahan pada tenusu.

Bayi yang alami masalah tidur dan kerap bangun di waktu malam biasanya disebabkan oleh samada perutnya kecil jadi perlu minum kerap atau simpanan susu ibu sedikit jadi bayi perlu kerap minum atau bayi sedang membesar dan perlukan lebih banyak susu atau pengeluaran susu ibu sedikit. Sebab lain mengapa bayi tidak tidur ialah kerana sensitif atau alahan susu ibu pada makanan ibu.

Untuk atasi masalah ini, cuba elak ambil makanan penyebab alahan seperti produk tenusu, daging, ikan dan kacang. Elak makan 1 jenis sehari dan perhatikan perubahan pada bayi. Jika ada perubahan bayi semakin baik, bermakna makanan itu yang memberi kesan pada bayi. Cuba satu persatu sehingga mengetahui mana yang memberi kesan alahan pada bayi.

 

Promosi di Mama N Damia sedang berlangsung. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mamadamia.com

Bayi kembung perut menyusu susu ibu?

Bayi kembung perut atau colic, semua ibu pasti risau. Bayi pasti menangis kuat, menendang-nendang dan dengan jelas tidak selesa kerana alami kembung perut. Selalu dengar bayi menyusu susu ibu tidak alami kembung. Tetapi sebenarnya akan berlaku kembung perut juga

Apa puncanya kembung perut bayi ini?

Penyebab utama kembung perut, bayi lahir terus diberikan susu lembu. Sepatutnya berikan susu ibu yang mengandungi kolostrum sebagai pelindung usus. Pastikan bayi mendapat susu anda dahulu untuk melindungi usus.

Penyebab kedua kembung perut , rasa sensitif bayi ketika dalam rahim akibat diet ibu ketika ini. jadi perlu jaga diet ketika hamil.

Makanan diambil ketika menyusu. Ada ibu yang makan makanan tertentu akan alami angin atau alergi. Ada pendapat kata ini akan boleh sebabkan masalah pada bayi. Ada betul, ada tidak betul. Sebagai langkah selamat, cuba elak makanan ini sehingga anda rasa selamat untuk makannya. Biasanya kobis, bunga kobis, sayuran kekacang dan bawang. Boleh cuba ambil, tetapi jika nampak kesan tidak elok, hentikan.

Bayi mungkin mendapat terlebih foremilk. Foremilk mengandungi gula semulajadi, vitamin, protein, mineral dan air, tetapi tidak cukup lemak. Hindmilk, susu selepas foremilk baru mengandungi lemak. Hindmilk akan mengenyangkan bayi. Jika terlebih foremilk, maknanya terlebih manis menyebabkab perut bayi tidak selesa. Bayi juga akan cepat lapar. Pastikan bayi menyusu sebelah payudara sehingga susu habis sebelum tukar ke sebelah. Jika bayi masih lapar baru tukar ke sebelah.

Jika masih ada masalah, ibu perlu elak ambil gula atau elak minuman berkafein seperti kopi. Ini termasuk gula semulajadi seperti gula tebu, madu, sirap maple, malt, sirap jagung. Anda boleh Nampak kesan segera bila elak ini. boleh ambil, tetapi dalam jumlah kecil.

Atau bayi mungkin ada penyakit gastroesophageal reflux (GERD). Penyakit ini menyebabkan bayi alami pedih ulu hati. Bayi akan kerap muntah.

Tawaran istimewa Breast Pump Spectra

  • Spectra 3 RM388 lepas diskaun RM310.40
  • Spectra Dew 300 RM438 lepas diskaun RM350.40
  • Spectra Dew 350 RM548 lepas diskaun RM438.40

Sila layari www.mamadamia.com

Jaga pantang bersalin dan lepas habis pantang

Para ibu, adakah anda jaga atau tidak semasa dalam pantang bersalin? Ada orang tidak jaga sebab lihat mereka yang tidak jaga pantang sihat.  Golongan muda jarang ambil berat tentang perkara ini. Termasuk saya juga masa bersalin anak sulung. Mujur mak saya ada. Kerap kena tegur. Rasa sihat, jadi tak kisah sangat. Bila kena tegur, kena le buat juga. Bertungku, bertangas, bengkung, berurut dan amal herba.

Lepas berhenti kerja dan cebur bisness berkaitan bersalin & berpantang ni, banyak ilmu dapat. Syukur mak saya ada, jaga masa pantang dan tak banyak masalah sekarang. Ada pelanggan saya datang mengadu sakit badan, masuk angin sebab tak jaga pantang. Dah masuk anak ke-3 ke atas (ada baru masuk anak ke-2), mula rasa badan tak sebab itu tak sedap ini. Bayangkan badan kita alami perubahan 9 bulan, tetiba berubah pula selepas bersalin dan kita abaikan saja. Kesannya tak dirasai serta merta. Bila makin berumur (belum tua),  rasa sakit sendi, banyak angin dan ada dah alami lemah tenaga batin (bukan laki saja yang kena!)

Jadi jagalah pantang bersalin kita. Amalan turun temurun kita mempunyai kebaikan. Namun pastikan cara yang betul. Dapatkan maklumat yang betul. Sebab ada juga amalan yang buruk.

Amalan ini sebaiknya berterusan walau dah habis pantang.

Saya ingin kongsi amalan selepas berpantang dengan produk NR (Nona Roguy). Banyak produk lain dipasaran boleh digunakan. Saya amalkan produk NR (Nona Roguy), jadi saya kongsi di sini.

Untuk proses pembersihan badan, amal minum Akar Herbanika Nona Roguy setiap hari. Kemudian amalkan samada Phytonatal, Phytocleanse atau Phytocleanse Plus mengikut keperluan badan. Amalan ini dapat membuang lemak berlebihan dan toksin dalam badan. Ini juga satu cara untuk menurunkan berat badan. Badan terasa sihat.

Untuk membantu kesegaran dalaman badan, amalkan Madu Tenaga Segar Nona Roguy dan Madu Nona Harmonis Nona Roguy. Madu Nona Harmonis ini bagus untuk para isteri dan mereka yang telah berumur 35 tahun ke atas. Untuk ibu lepas bersalin, mampu membantu merapatkan saluran faraj dan memperbaiki hubungan suami isteri. Untuk amal produk ini, perlu lakukan proses pembersihan badan terlebih dahulu.

Secara luaran, boleh bersihkan badan setiap hari dengan Sabun Dhia. Untuk atasi masalah keputihan boleh guna Barragel. Cuci alat sulit selepas setiap kali buang air. Barragel juga boleh digunakan untuk mereka yang alami masalah kulit. Boleh guna seperti sabun.

Untuk maklumat lanjut produk ini boleh layari www.nonaku.com atau www.mamadamia.com

Selamat hari raya & jagalah pemakanan di bulan Syawal

Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut hari kemenangan iaitu hari raya. Pasti ramai telah membuat persediaan. Kepada yang belum, masih ada beberapa hari lagi untuk membuat persediaan. Saya selalunya membeli keperluan sebelum puasa. Bulan puasa, ramai membeli belah dan keadaan menjadi kurang selesa. Terlalu ramai orang. Lagipun bulan puasa, saya tidak suka keluar membeli belah.

Ibu yang baru mendapat cahayamata tentu seronok dapat menyambut hari raya dengan orang baru. Ibu yang masih dalam tempoh berpantang, pastikan berpantang dengan elok. Tentu ter’goda’ dengan pelbagai juadah di pagi raya. Penjagaan ibu dalam pantang penting untuk kesihatan jangka panjang.  Kecantikan luar dan dalaman wanita bergantung kepada penjagaan waktu pantang dan  perlu dijaga berterusan. Jika tidak dijaga, selepas beberapa kali bersalin, badan mudah keletihan, masuk angin dan mungkin alami arthritis.

Selepas sebulan berpuasa, bulan Syawal pasti penuh dengan jemputan rumah terbuka. Berat yang telah turun, naik semula. Jagalah pemakanan. Juadah hari raya masyarakat melayu banyak berlemak, kolesterol tinggi.  Elok semua penyakit berkurang ketika Ramadan, semua datang semula ketika Syawal.  Banyak penyakit berpunca dari makanan yang tidak sihat. Ambil dalam kuantiti sedikit atau lebih baik tidak ambil langsung makanan tidak sihat tu.

Alhamdulillah dapat menempuh bulan Ramadan kali ini. Moga datangnya Syawal, kita telah diampunkan oleh Allah s.w.t. Ibadah  yang kita lakukan di bulan Ramadan, istiqamah kita lakukan selepas berlalunya Ramadan.

Masak juadah berbuka puasa yang sihat

Alhamdulillah kini telah hari ke 5 kita berpuasa. Pasti ibu-ibu sibuk memikirkan apa juadah berbuka puasa yang nak dihidangkan setiap hari.

Ramai yang bekerja dan tidak sempat menyediakan sendiri, jadi jalan termudah beli di pasar Ramadan. Terutama ibu yang terpaksa balik lewat dan ibu hamil yang tidak larat untuk masak juadah berbuka puasa. Namun adakala masakan ini cepat basi atau rosak atau juga dah tercemar. Kesannya ahli keluarga alami sakit perut dan keracunan makanan. Pernah terjadi kematian akibat keracunan makanan di bulan puasa beberapa tahun dulu.

Sebenarnya ibu bekerja juga sempat masak dengan membuat perancangan. Jika sampai ke rumah 1 ke 2 jam sebelum berbuka, masih sempat masak. Ada bahan yang boleh disediakan lebih awal. Sekarang banyak juga pasar yang boleh bantu kita siang bahan mentah ikan, ayam dan daging masa kita beli.Jadi dah jimat masa kita nak sedia bahan.

Buat perancangan apa yang hendak dimasak. Jadi bila balik, tidak ambil masa memikirkan apa yang ingin dimasak. Memandangkan masa singkat jadi masak masakan yang cepat dan senang dimasak. Mungkin di hari minggu, berkelapangan boleh masak menu istimewa. Bahan yang sejukbeku letak di bahagian bawah peti sejuk, jadi cepat boleh dicairkan.

Jika masih ada masa boleh sediakan kuih muih yang ringkas dan mudah. Contohnya sardin roll, bihun goreng, mee goreng, tahu sumbat dan banyak lagi resepi mudah disediakan.

Makanan yang kita masak sendiri lebih terjamin bersih. Kita juga boleh pastikan menu yang berkhasiat.

Saya kongsi resepi buat ‘twister’ sendiri dan sardin roll ranggup. Mudah disediakan.

Twister

4 keping Tortilla – original (sy guna brand Mission Wraps)

Beberapa ketul Popcorn chicken(dalam ½ paket, if nak pakai popcorn nugget pun boleh)

Beberpa helai Salad

1 biji Tomato

Mayonis

Sos cili

Minyak untuk goreng popcorn

Goreng popcorn chicken dalam minyak. Angkat. Tortilla dipanaskan. Kalau guna kuali panas1 ke 2 minit. Tidak perlu minyak. Kalau guna microwave 20 saat. Kemudian susun salad, tomato yang telah dihiris dan popcorn chicken tadi. Letak mayonis dan sos cili. Dah sedia dimakan. Boleh juga tambah cheese.

 

Sardin roll ranggup

1 tin sardin

½ Bawang besar

8 keping roti

2 biji telur

Lada sulah

Garam

Minyak masak untuk mengoreng

 

Sardin dihancurkan. Bawang besar potong dadu. Campurkan dengan sardin tadi. 2 keping roti dibakar dan dihancurkan untuk dijadikan serbuk roti. 6 keping roti dileperkan. Letakkan sardin tadi di atas roti yang telah dileperkan dan gulung. Telur dipukul rata. Campurkan sedikit lada sulah dan garam.

Roti yang telah digulung tadi dimasukkan ke dalam telur. Kemudian masukkan ke serbuk roti. Goreng sehingga kekuningan emas. Angkat dan hidang.

Dah makan, teringin makan lagi

Ramai yang teringin makan sesuatu makanan, samada manis, masin, ais atau sesuatu yang tidak berkhasiat pun. Biasa terjadi kan. Sudah makan, terasa nak makan cokelat atau asam boi ke.

Kenapa teringin?
Ramai yang teringin untuk makan antara pukul 3 ke 4 ketika duduk di meja. Teringin makan makanan bukan kerana bermakna anda lapar atau ‘buruk lantak’ tetapi sebenarnya cara badan memberitahu badan anda perlu sesuatu yang spesifik, vitamin, nutrisi terutama jika anda tidak lapar.

Manis
Mungkin dalam bulan itu atau pukul 4 tu, anda telah mencapai hari yang paling ‘maksimum’ dan hanya inginkan cokelat bar untuk membantu anda. Sebenarnya apa yang diperlukan adalah magnesium, di mana cokelat banyak mengandunginya. Contohnya tahap magnesium wanita akan menurun semasa period, jadi suka makan cokelat kerana ada magnesium.

Lemak
Ramai teringin makanan berlemak masa stres dan di bawah tekanan perasaan. Ini mungkin tandanya anda perlukan kalsium sebab stres memberi kesan terhadapnya. Makanan berlemak membuat sistem penghadaman berkerja keras dan proses ini memerlukan banyak tenaga. Jadi ini akan menarik perhatian dari perasaan stres yang dialami.

Masin
Bila teringin makan masin biasanya memerlukan sodium klorida atau dipanggil garam. Mineral ini diperlukan badan untuk menyeimbangkan proses tertentu atau kimia lain yang badan perlukan. Namun, garam akan tingkat rasa mengidam dan menjadi makin teruk

Ais
Setengah orang terutama wanita mengandung teringin makan ais. Habit ini mungkin tanda badan memberitau anda kurang zat besi. Jika buat ujian darah, selalunya akan ada tanda mengalami anemia. Saintis percaya mulut rasa terbakar bila seseorang alami kekurangan zat besi dan ais bantu redakannya.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Tak ramai mengidam makanan sihat. Tapi kalau ingin makan oren atau salad, mungkin tanda badan perlukan vitamin.

Teringin makan secara umum
Teringin nak makan sesuatu tapi tak pasti apa, itu tanda mungkin tak cukup tidur. ini kerana badan melepaskan hormone selera ghrelin bila anda penat. Dapatkan tidur yang cukup, badan lepaskan leptin untuk bantu kurangkan keinginan makan tadi.

Jika biasa terjadi salah satu di atas, cuba cari alternatif yang sesuai terutama teringin makan tidak berkhasiat dan mungkin boleh sebabkan gemuk pula…;)

Anak tak mahu makan?

Bayi saya dah 10 bulan lebih. Bayi terakhir saya ni paling mencabar untuk memberi makan makanan pejal. Anak-anak yang lain, biasanya bulan pertama memang agak sukar. Masuk bulan kedua makan dengan banyak, bulan ketiga saya pelbagaikan rasa dan masih makan dengan banyak. Sehingga setahun lebih bila dia dah mula memilih makanan, makan agak kurang.

Saya suka bagi anak saya makanan yang dimasak sendiri. Masa anak sulung, saya masih bekerja. Saya bangun awal untuk masak bubur untuk anak saya. Kali ni, saya masak bubur seperti biasa, tak nak makan. Terpaksa saya bagi bijirin segera. Tu pun masih kurang makan. Saya selang suap dengan air, baru makan banyak sikit. Saya cuba buat pelbagai masakan untuk dia. Akhir sekali buat sup sayur dan nasi masak lembik , saya lenyekkan. Baru makan banyak. Fuh mencabar sungguh nak menjaga anak.

Biasa anak-anak memang ada masalah untuk makan terutama makanan berkhasiat. Saya dapati selepas beberapa tahun, baru dia makan. Dulu agak risau anak-anak kurang makan. Dah melalui beberapa kali, mula faham perkara ni biasa. Sampai satu masa dia akan makan.

Apa perlu buat?
1. Jadikan waktu makan waktu menarik. Jangan bercakap tentang makan, paksa atau pujuk. Bila kita sendiri dapat berhenti fikir mengenai nya, anak kita juga tidak rasa tertekan. Jadi dia akan dapat tumpukan pada selera makannya.

2. Terima apa anak hendak makan. Memang sukar untuk buat. Perlahan-lahan kurangkan makanan kurang berkhasiat dan pelbagaikan kombinasi. Tambah sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Semasa ni bagi pil multivitamin. Dalam pasaran ada pelbagai dalam bentuk tablet boleh kunyah berperasa dan sirup.


Anak-anak saya, saya bagi tablet. Sirup dia rasa macam kena makan ubat, jadi semua tak nak minum.

3. Hidang kurang bukan lebih. Jika letak lebih, dia akan fikir dia makan tak habis. Jika kurang dia akan fikir itu tak cukup, dan biarkan dia bertanya nak tambah makanan. Hidang sedikit dalam pinggan yang kecil bukan pinggan besar.

4. Bergantung kepada keadaan anak iaitu samada perlu ibu bapa berada bersama atau tidak.

5. Jangan paksa atau rasuah anak untuk makan. Sebab dalam jangka panjang akan menjadi lebih teruk selera makannya

6. Lengahkan waktu makan dan beri makan ketika dia lapar.

Sebagai ibu kena kreatif nak memberi anak makan. Namun setiap anak berbeza cara makan. Yang akhir ni, jenis makan sedikit. Jadi kena cari jalan agar dia makan, contohnya tunggu sehingga dia lapar.

Promosi di www.mamadamia.com
Sekarang terdapat tawaran istimewa di www.mamadamia.com.
~ Set NR 44 hari(Nona Roguy) pada harga ahli RM383 (harga ahli biasa RM403, bukan ahli RM493)
~ Breast Pump Medela & Spectra – diskaun 10%

Selamat Berpuasa

Hari ini hari ke-2 berpuasa. Selamat berpuasa! Moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelum ini. Dan mendapat rahmat dan berkat dari Allah.

Biasa pertanyaan buat bakal ibu yang mengandung dan ibu yang sedang menyusu badan,terutama mereka yang pertama kali menghadapinya agar bertenaga dan dapat berpuasa. Persediaan perlu untuk menghadapi Ramadan agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Pastikan amalkan diet pemakanan yang baik ketika berbuka puasa dan bersahur.

Pengalaman saya mengandung atau menyusu badan ketika berpuasa, dengan menjaga diet yang betul, tiada masalah untuk berpuasa. 3 kali mengandung ketika berpuasa, saya tiada masalah berpuasa. Begitu juga menyusu badan. Semua saya mampu menyusu badan penuh tanpa perlu berbuka puasa. Bayi saya, Dafinah sudah mencecah 5 ½ bulan. Alhamdulillah, susu mencukupi untuk bayi saya. Cuma biasanya ketika petang agak kurang sedikit.

Tip yang penting, persediaan dari segi diet pemakanan. Pastikan makanan ketika berbuka dan bersahur mempunyai diet yang seimbang iaitu nasi, ikan/ayam atau daging dan sayur serta buah. Kurma bagus kerana mempunyai pelbagai khasiat. Sunat berbuka dengan kurma bagus untuk ibu hamil dan menyusu badan. Dapat memberi tenaga segera. Minum air seperti jus buah-buahan jadi dapat khasiat dari air dan buah-buahan juga. Lewatkan waktu bersahur.

Saya juga percaya kepada pengambilan pil tambahan. Dapatkan nasihat doktor pil yang sesuai untuk keadaan anda. Pengalaman saya jika ambil pil ini, badan lebih bertenaga.

Alhamdulillah walau ketika hamil, saya dapat juga melakukan solat terawih di rumah. Selagi mampu dan larat buat lah. Tetapi jika terlalu letih jangan pula paksa buat, dah mudaratkan.

Sempena Ramadan ini, kami di Mama N Damia menawarkan promosi dengan belian Set Bersalin NR. PERCUMA 2 helai Barut Bayi Damia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.nonaku.com

Pemakanan ketika pantang bersalin

Amalan pemakanan ketika pantang ni mengikut moden dan tradisional terdapat pencanggahan. Jika mengikut doktor perubatan, boleh makan apa sahaja. Namun jika mengikut amalan tradisional Melayu ada banyak pantang larangnya. Percanggahan antara moden dan tradisional ini sebenarnya banyak berpunca daripada amalan yang salah seperti mengambil herba tanpa pengetahuan yang betul mengenainya atau amalan berpantang yang keterlaluan sehingga menyebabkan masalah pula seperti amalan minum 2 ruas jari dan makan nasi berlauk ikan masin setiap hari.

Saya sering mendapat pertanyaan mengenai bolehkah minum banyak. Minum banyak takut ‘kembang’. Pengalaman saya, saya minum mengikut keperluan badan saya. Jika kurang minum, susu akan kurang dan badan terasa letih. Jika secara tradisional amat digalakan minum rebusan akar kayu. Rebusan air ini dapat membantu membersihkan darah, mengeluarkan angin kotor, membersihkan sistem perkumuhan serta tingkatkan fungsi hati. Namun perlu berhati-hati apa yang diambil. Contohnya manjakani dan kacip fatimah memang bagus untuk mengecutkan rahim. Tetapi bilakah masa yang sesuai mengambilnya? Ada menyangka boleh terus diambil semasa pantang. Sebenarnya mula diambil selepas darah nifas kering atau lebih kurang selepas 30 hari.

Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

Dari segi pemakanan , ulam-ulaman sesuai untuk dimakan kerana sifatnya yang antioksidan dan mengandungi fiber, mineral dan pelbagai vitamin. Ulaman adalah termasuk daun dan ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun pegaga, ulam raja, daun lemuni dan daun kaduk. Untuk sumber protein boleh diperolehi daripada ayam hitam, ayam didik , burung merpati dan burung puyuh. Daripada sumber ikan pastikan ikan yang segar, tidak berbisa dan mengandungi merkuri. Ikan yang perlu dielak adalah ikan bawal hitam, terubuk, pari parang, kembung, tamban dan cecaru. Makanan laut seperti udang, sotong, kerang perlu dielakkan sama sekali. Peraturan pemakanan ini tertakluk sama ada alah pada pemakanan tersebut atau tidak. Jika alah dengan ayam sebelum atau semasa mengandung, tentu sekali anda tidak boleh ambil ketika berpantang juga.

Pemakanan untuk ibu yang menyusu badan, ada sesetengah herba menyebabkan susu kering. Sebaik-baiknya bertanya untuk dapat kepastian. Ibu juga perlu menjaga tidak minum minuman berkafein dan bercokelat untuk elak bayi kembung. Perlu elak makan bawang besar, bawang putih dan makanan pedas kerana ini menjejaskan kualiti susu. Tingkatkan pengambilan omega-3 fatty acid (DHA) yang banyak terdapat dalam minyak ikan.

Tentu kita juga tidak sabar untuk menurunkan berat badan. Tetapi pastikan jangan turun dengan drastik dengan mengawal secara ketat pengambilan makanan seharian. Badan memerlukan khasiat untuk pastikan proses pemulihan akibat bersalin dan perlukan tenaga untuk menguruskan hidup seharian. Selain itu penurunan drastik mendatangkan kemudaratan jika menyusu badan iaitu menyebabkan toksin dilepaskan dan masuk ke susu badan.

Walau apa pun pemakanan yang baik dan betul amat penting untuk memastikan badan cepat sembuh dan sihat kembali. Selain itu tujuan penjagaan pemakanan yang betul dapat mengembalikan semula bentuk badan yang asal. Ada kala dapat pula bentuk badan yang ideal, sedangkan sebelum mengandung badan agak berisi. Untuk mengekalnya , tentu sekali perlu juga mengekalkan cara pemakanan yang sihat ini berterusan. Jika tidak menjaga berat akan naik semula kerana badan kita dipengaruhi sepenuhnya oleh amalan pemakanan dan jagaan kesihatan kita. Sebaiknya perlu bersenam juga.:)

Produk Nona Roguy selamat diamalkan ketika berpantang bersalin samada untuk mereka yang bersalin normal atau pembedahan. Juga sesuai untuk mereka yang menyusu badan. Untuk dapatkannya sila layari www.nonaku.com