Ovarian cysts atau sista rahim

Wanita perlu menjaga rahim mereka. Terdapat beberapa penyakit yang berkaitan dengan rahim seperti ovarian cysts, endometriosis dan fibroid.

Ovarian cysts terbentuk akibat pengumpulan cecair dan dilapisi dinding nipis. Ovarian folikel yang lebih besar dari 2 cm dipanggil ovarian cysts. 95% ovarian cysts adalah bukan jenis kanser. Ovarian cysts ini terjadi kepada semua wanita tidak kira usia. Jika pesakit mempunyai ahli keluarga yang pernah alami kanser ovari perlu jalani pemeriksaan lanjut jika alami cysts yang berlanjutan.

Tanda alami ovarian cysts. Tanda ini mungkin berbeza mengikut individu. Mungkin ada tidak alami ini.

-          Sakit secara mengejut dan terasa menyucuk atau rasa tidak selesa di ari-ari, pelvis, vagina atau peha.

-          Perubahan kekerapan membuang air atau hadapi masalah membuang air besar

-          Period tidak teratur dan perdarahan yang luar biasa atau spotting

-          Perut terasa penuh, berat, membengkak dan berangin

-          Penat

-          Tidak subur

-          Berat badan bertambah

-          Sakit kepala

-          Muntah atau loya

Pemeriksaan melalui ultrasound atau CT scan dilakukan untuk memeriksa ovarian cysts ini. rawatan bergantung kepada saiz dan simpton yang dialami. Doktor akan meminta melakukan pembedahan jika melebihi 5 cm. Ovarian cysts ini adalah penyakit yang akan berulang.

Saya pernah mengalami ovarian cysts 2 kali. Kali pertama tahun 1998 dan saya jalani pembedahan. Kali kedua tahun 2008 sebesar  5 cm x 3cm. Sepatutnya perlu jalani pembedahan juga, namun saya mencuba produk NR. Alhamdulillah cysts kecut dan hilang dalam masa 3 bulan. Tidak perlu jalani pembedahan.

Sebenarnya pemakanan kita turut mempengaruhi pertumbuhan cysts. Banyak makanan yang menggunakan hormon sebagai suntikan terutama pada ayam dan lembu yang menyebabkan masalah cysts ini.

Rahim rendah, turun atau terkeluar

Alami kencing tidak lawas, tidak selesa dan kadang kala kerap kencing.  Susah untuk buang angin. Sering buang angin melalui faraj. Lama-kelamaan mula terasa lenguh atau sakit pinggang, sakit betis dan tumit. Dan peringkat yang lebih serius, lutut terasa sakit dan bengkak. Ini mungkin tanda ada kaitan dengan rahim anda.

Mereka yang tidak menjaga pantang dan mengalami di atas mungkin sedang mengalami prolaps, atau dalam bahasa bidan melayu keluluran rahim atau rahim turun. Keadaan ini mungkin berlaku selepas habis pantang atau mungkin selepas beberapa bulan ke tahun. Sepatutnya selepas pantang bersalin, rahim akan kembali ke asalnya secara semulajadi jika dijaga dengan sempurna. Pengabaian penjagaan pantang akan menyebabkan rahim tidak kembali ke tempat asal. Ini menyebabkan rahim berada di saluran faraj dan lebih teruk terkeluar.

Ada 3 tahap iaitu

1. Rahim rendah (first degree prolapse)

2. Rahim tersangkut (second degree prolapse)

3. Rahim terjelir (third degree prolapse)

Rahim rendah ini boleh jadi dalam keadaan rahim timbul atau rahim terbenam.

Terdapat rawatan secara perbidanan melayu untuk masalah ini. Ia perlu dilakukan oleh mereka yang mahir agar masalah tidak menjadi semakin buruk. Bidan atau tukang urut akan kenalpasti kedudukan rahim. Selepas itu rawatan akan dilakukan mengikut kedudukan rahim.

Maklumat lengkap mengenai ini boleh diperolehi dalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy.

Rambut gugur lepas bersalin dan tip lebatkan rambut

Beberapa bulan pertama selepas bersalin, ramai ibu muda terkejut rambut gugur dengan luar biasa. Ini adalah perkara normal dan tidak perlu panik. Anda tidak akan botal. Rambut akan tumbuh semula dan kembali ke asal pada ulang tahun pertama anak.

Kebiasaan 85 ke 95 peratus rambut tumbuh dan memanjang, dan 5 ke 15 peratus dalam keadaan ‘resting’. Selepas tempoh ‘resting’, rambut akan gugur kebanyakannya ketika sikat atau shampoo. Rambut gugur ini akan diganti dengan rambut baru. Secara purata rambut gugur 100 helai sehari.

Semasa hamil, peningkatan estrogen akan memanjangkan tempoh rambut memanjang. Kurang rambut dalam keadaan ‘resting’ dan kurang rambut gugur. Jadi rambut jadi tebal.
Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan lebih banyak rambut akan ke peringkat ‘resting’. Jadi bila mandi dan sikat, lebih banyak rambut gugur. Keguguran yang keterlaluan akan berhenti dan kembali ke rambut asal dalam masa 6 ke 12 bulan selepas bersalin

Namun tidak semua alami begini. Dan ada yang tidak menyedari keadaan ini berlaku.

Kita tidak mampu elak rambut gugur. Jadi ketika tempoh ini rambut tetap gugur. Apa yang boleh dibuat, potong rambut pendek. Ini pun memudahkan penjagaan rambut, terutama dengan kehadiran bayi baru.

Namun jika selepas tempoh itu rambut masih belum tumbuh semula atau masih kurang, boleh cuba kaedah-kaedah tradisional di bawah ini untuk galakan pertumbuhan rambut. Boleh pilih salah satu. Lakukan 2 ke 3 bulan sehingga mula nampak hasil.

Penggunaan shampoo yang baik juga turut membantu. Saya sudah lama bertukar menggunakan shampoo herba. Harga lebih mahal, namun kesan memuaskan.

Selain itu jangan sikat ketika rambut masih basah dan gosok kulit kepala dengan kuatnya semasa shampoo. Ini menyebabkan rambut lebih mudah gugur.

1. Sapu minyak kelapa (saya guna minyak berubat herba NR) di kulit kepala dan rambut. Kemudian sapukan telur di kulit kepala. Balut dengan tuala dan biar 1 jam. Lepas tu shampoo. Lakukan 2 ke 3 kali seminggu.

2. Jika alami kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran. Jadi boleh guna limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kemudian boleh gunakan santan untuk suburkan rambut. Santan perlu dilumurkan ke kulit kepala dan keseluruhan rambut. Balut rambut dengan tuala dan biar setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Atau jika tidak suka berminyak, boleh shampoo.

3. Gunakan beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh kemudian kisar daun bunga raya dan lidah buaya sehingga hancur. Lumur atas kulit kepala dan rambut. Biarkan selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.

4. Guna kacang hijau. Kacang hijau direndam semalaman. Tapis dan ambil airnya, sapu atas kulit kepala sambil urut secara perlahan-lahan.

Alahan susu atau produk tenusu ibu hamil dan menyusu susu ibu

Bahan tenusu iaitu daripada susu adalah bahan yang mengandungi sumber protein dan kalsium yang baik dan dipromosikan sebagai makanan yang terbaik. Walau bagaimanapun tenusu mempunyai masalah dan sebenarnya tidak dicadangkan untuk kebanyakan ibu. Ramai ibu alami alahan susu yang menyebabkan masalah.

Ramai orang dewasa kekurangan intestine enzyme lactase yang diperlukan untuk menghadam gula susu iaitu laktos. Bagi anak-anak, enzim ini wujud namun protein susu, casein menjadi masalah samada pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Casein adalah protein yang paling sukar dihadam dan jika tidak dihadam dengan sempurna oleh ibu akan masuk ke susu ibu dan sampai kepada bayi. Apabila sampai ke perut dan usus bayi, ini akan memberi kesan atau menyebabkan proses peradangan dalam saluran usus atau bahagian badan lain. Simpton ini adalah kolik atau kembung perut.

Perlukah ibu mengelak ambil susu? Akan sentiasa ada kesan pada bayi yang menyusu susu ibu yang minum susu atau bayi yang menyusu susu formula.

Orang Afrika, Cina dan mereka yang tidak mempunyai budaya minum susu akan menghadapi masalah alahan pada susu berbeza dengan orang eropah atau Caucasian yang biasa dengan susu kerana budaya mereka banyak bergantung kepada tenusu. Begitu juga berkaitan kacang, orang Asia dan Afrika tiada masalah alahan pada kacang berbanding orang eropah. Jadi untuk mereka yang menghadapi masalah alahan pada susu atau tenusu ini perlu mengurangkan pengambilan susu atau tenusu. Ramai ibu yang mengalami masalah anak kembung, mendapati keadaan bayi semakin baik bila tidak ambil susu.

Ada pendapat mengatakan susu mengandungi kalsium dan mengelak osteoporosis. Namun terdapat kajian di Mediterranean yang kurang ambil tenusu dan mereka tiada menunjukan symptom kurang kalsium. Ada juga kajian menunjukkan kaitan ambil tenusu menyebabkan osteoporosis.

Ada mengatakan susu rendah lemak bagus, namun sebenarnya diet yang mengandungi protein yng tinggi yang menyebabkan kekurangan kalsium. Yang lebih teruk,  kandungan susu yang tinggi kalsium dan kurang mineral lain menyebabkan masalah metabolisme mineral yang tidak seimbang.

Tanda alahan pada ibu mungkin alami sakit perut, kejang, angin, kembung, cirit birit atau sembelit, masalah pernafasan seperti sinusitis, berhingus, asma, bersin, jangkitan telinga. Jika anda rasa ada alahan, kurangkan pengambilannya ketika hamil dan ketika penyusuan susu ibu.

Apa yang penting, ibu yang elak ambil susu, perlu mendapatkan sumber kalsium dari sumber pemakanan lain. Walaupun ada masalah, susu adalah pilhan yang baik untuk mereka yang tiada masalah alahan.

PROMOSI HUJUNG TAHUN.

Bengkung Mia pada harga diskaun, sila layari www.mybengkung.com atau www.mamadamia.com untuk maklumat lanjut…

Bayi kembung perut menyusu susu ibu?

Bayi kembung perut atau colic, semua ibu pasti risau. Bayi pasti menangis kuat, menendang-nendang dan dengan jelas tidak selesa kerana alami kembung perut. Selalu dengar bayi menyusu susu ibu tidak alami kembung. Tetapi sebenarnya akan berlaku kembung perut juga

Apa puncanya kembung perut bayi ini?

Penyebab utama kembung perut, bayi lahir terus diberikan susu lembu. Sepatutnya berikan susu ibu yang mengandungi kolostrum sebagai pelindung usus. Pastikan bayi mendapat susu anda dahulu untuk melindungi usus.

Penyebab kedua kembung perut , rasa sensitif bayi ketika dalam rahim akibat diet ibu ketika ini. jadi perlu jaga diet ketika hamil.

Makanan diambil ketika menyusu. Ada ibu yang makan makanan tertentu akan alami angin atau alergi. Ada pendapat kata ini akan boleh sebabkan masalah pada bayi. Ada betul, ada tidak betul. Sebagai langkah selamat, cuba elak makanan ini sehingga anda rasa selamat untuk makannya. Biasanya kobis, bunga kobis, sayuran kekacang dan bawang. Boleh cuba ambil, tetapi jika nampak kesan tidak elok, hentikan.

Bayi mungkin mendapat terlebih foremilk. Foremilk mengandungi gula semulajadi, vitamin, protein, mineral dan air, tetapi tidak cukup lemak. Hindmilk, susu selepas foremilk baru mengandungi lemak. Hindmilk akan mengenyangkan bayi. Jika terlebih foremilk, maknanya terlebih manis menyebabkab perut bayi tidak selesa. Bayi juga akan cepat lapar. Pastikan bayi menyusu sebelah payudara sehingga susu habis sebelum tukar ke sebelah. Jika bayi masih lapar baru tukar ke sebelah.

Jika masih ada masalah, ibu perlu elak ambil gula atau elak minuman berkafein seperti kopi. Ini termasuk gula semulajadi seperti gula tebu, madu, sirap maple, malt, sirap jagung. Anda boleh Nampak kesan segera bila elak ini. boleh ambil, tetapi dalam jumlah kecil.

Atau bayi mungkin ada penyakit gastroesophageal reflux (GERD). Penyakit ini menyebabkan bayi alami pedih ulu hati. Bayi akan kerap muntah.

Tawaran istimewa Breast Pump Spectra

  • Spectra 3 RM388 lepas diskaun RM310.40
  • Spectra Dew 300 RM438 lepas diskaun RM350.40
  • Spectra Dew 350 RM548 lepas diskaun RM438.40

Sila layari www.mamadamia.com

Masalah jantung bayi

Tadi dalam perjalanan dengar di radio IKIM.FM, tentang penyakit jantung dikalangan kanak-kanak. Tertarik untuk berkongsi tentang masalah jantung bayi

Penyebabnya adalah samada kemungkinan genetik atau faktor persekitaran.

Amat penting ibu hamil ketika trimester pertama menjaga kesihatan kerana ketika ini pendedahan kepada persekitaran atau sesuatu yang diambil oleh si ibu memberi kesan kepada pembentukan jantung bayi.

Ibu yang menghidap rubella ketika hamil boleh menyebabkan masalah ini. Di Malaysia, ramai kaum wanita telah disuntik dengan suntikan rubella ketika di sekolah menengah sebagai langkah kawalan.

Selain itu, ubatan yang diambil boleh juga menyebabkan masalah ini. Kena pastikan ubatan yang diambil didiskripsikan oleh doktor dan selamat untuk ibu hamil. Begitu juga ibu yang mengambil dadah, minum alkohol atau menghisap rokok mungkin memberi kesan kepada pembentukan jantung bayi.

Ibu yang hamil selepas umur 40 tahun berisiko mempunyai anak down sindrom. Anak-anak ini berpotensi mempunyai penyakit jantung. Namun tidak semua anak down sindrom akan alami penyakit jantung.

Ketika hamil boleh buat pemeriksaan dengan mengambil air ketuban untuk diperiksa. Dan mungkin juga dapat dikesan dengan menggunakan scan.

Masalah jantung bayi dapat dikesan ketika bersalin. Doktor perlu membuat pemeriksaan menyeluruh selepas bayi dilahirkan. Namun jika tidak dapat dikesan ketika ini, boleh perhati beberapa simpton pada bayi itu. Selepas beberapa bulan dilahirkan tekanan darah rendah dan kulit bayi bertukar biru menunjukan darah tidak mengalir dengan lancar. Selain itu bayi akan menghadapi masalah pernafasan mudah tercungak-cungak, masalah untuk menyusu dan berat yang kurang.

Jika anda dapati sebarang masalah-masalah di atas pada bayi, bawa jumpa doktor segera. Mungkin bukan masalah jantung. Namun jika benar, langkah seterusnya boleh diambil segera.

Anak tidak tahu membaca walau dah sekolah setahun, mungkin Dyslexia

Anak saya masih belum boleh mengenal huruf dan tidak tahu membaca selepas berada setahun di tadikanya. Tahun ini dah masuk 6 tahun dan masih sama keadaannya. Berbeza dengan abang-abang dan kakaknya. Sudah boleh membaca ketika 5 tahun. Perangainya juga amat berbeza.

Saya rasa sesuatu kelainan pada dia. Dia tak suka ke sekolah, bising katanya. Selalu bila suruh tulis dia jawab tak tau. saya sangka dia malas dan tak suka sekolah, jadi saya biarkan saja umur 5 tahunnya untuk dia biasa dengan sekolah. Umur 6 tahun baru pastikan dia tau membaca. Kini dah 2 bulan, Nampak tiada perubahan. Saya pernah bertanya doktor kanak-kanak, anak saya ada masalah ke, mungkin autism. Menurut doktor anak saya normal. Namun saya rasa ada tak kena.

Atas rasa ingin tahu betul ke anak saya normal atau tak, saya jumpa psikologi kanak-kanak. Baru 2 hari lepas saya bawa. Memeranjatkan, anak saya mungkin dyslexia. Saya pernah dengar perkataan ini, teringat lakonan Ako Mustapha dalam drama Dyslexia. Terkejut dan tidak sangka. Ciri-ciri yang ada padanya memang banyak menunjukan dia mengalami dyslexia. Namun untuk pastikan saya perlu hantar dia untuk ujian lanjut.

Dyslexia adalah mereka yang ada masalah untuk membaca. Nampak normal, boleh bercakap seperti biasa. Cuma masalahnya tidak boleh membaca dengan kaedah biasa. Perlu kaedah tertentu untuk bantu dia membaca. Cara biasa, dia sukar belajar membaca.

Saya berkongsi di sini masalah saya sebab mungkin ada ibu bapa luar sana alami masalah sama. Ada kala kita ingat anak kita malas, jadi kita akan kerap suruh rajin membaca atau mungkin kita akan marah kerana sifat anak kita. Sedangkan anak kita perlu bantuan. Mungkin anak itu tidak ada motivasi untuk belajar. Jalan terbaik perlu cari doktor atau psikologi yang dapat tentukan apa masalah anak kita.

Ada juga ibu bapa tidak mahu ambil tindakan eg bawa jumpa doktor sebab takut nanti dah label anak tu camtu, anak tu akan bertambah teruk.

Pada saya, bila kita tahu masalahnya lebih mudah untuk uruskan dia. Kita tidak akan paksa dia buat suatu yang normal pada orang lain kerana kita nak dia jadi normal. Kita perlu ikut dan beri bantuan pada dia supaya dia jadi normal. Contohnya Dyslexia ini, jika tidak dibimbing, dia akan ketinggalan dan membesar sebagai insan yang rendah diri kerana kekurangan diri mereka.

Tip jaga anak demam

Seminggu 4 orang anak saya demam, silih berganti seorang demi seorang demam. Seorang je tak demam. Dah pesan jangan duduk dekat. Ummm lagi pergi tidur ramai-ramai 1 bilik.

Demam biasa dialami oleh anak-anak kecil. Mungkin ada ibu bapa ambil ringan saja. Nanti baik le.

Tau tak demam panas yang keterlaluan boleh menyebabkan sawan dan boleh menyebabkan anak kita cacat?

Apa sebenarnya demam? Sebenarnya suhu badan anak tidak kekal pada suhu normal iaitu 37 C. Ia akan turun atau naik bergantung kepada cuaca. Biasa pagi paling rendah dan tengahari paling tinggi. Namun beza suhu tidak terlalu tinggi. Suhu badan akan naik jika lepas berlari-lari ke 37.8 C.

Bagi bayi baru lahir ke 3 bulan, suhu 38 C atau lebih tanda sakit dan perlu di bawa jumpa doktor. (Jika bayi anda dibedung, cuba buka bedung dan ambil suhu semula). Anak lebih besar suhu 38.3 C atau lebih tanda sakit. Lebih tinggi suhu badan, mungkin sakitnya teruk, ada jangkitan serius bukan sekadar demam biasa. Tapi ada yang jangkitan ringan namun tinggi suhunya, ada yang jangkitan teruk tapi suhu demam rendah. Demam amat berbahaya bila telah mencecah 41.1 C. Anak berumur sehingga ke 5 tahun boleh alami suhu sehingga 40 C.

Demam merupakan respon badan kepada infeksi dan sesetengah penyakit. Demam mungkin sebenarnya membunuh infeksi kerana ada setengah kuman akan mati pada suhu tinggi.

Untuk merawat anak demam, boleh berikan ubat demam seperti paracetamol atau ibuprofen(biasa boleh baca kat botol ada tulis ni.) Jangan ambil aspirin, akan sebabkan penyakit lain. Dos bergantung kepada umur dan berat. Biasa doktor akan nasihat berapa perlu beri. Jadi pastikan sentiasa ada ubat demam simpan di rumah. Adakala demam dan sukar cari klinik atau mungkin cuti umum. Pastikan simpan tempat yang selamat, anak kita tak boleh ambil.

Boleh juga mandi atau lap badan anak untuk turunkan panas. Tujuannya untuk bawa darah ke kulit dengan mengelap dan sejukkan dengan resapan air ke kulit. Namun ini hanya sementara kerana termostat badan telah ditentukan pada suhu tinggi dan dengan cepat demam datang semula.

Pakaikan pakaian yang nipis.

Anak ke 4, Daiyan pernah alami sawan kerana demam terlalu panas. Semua anak yang lain tidak pernah kena. Pertama kali jadi, saya dah tidurkan dia, dan tinggalkan dia seorang. Sedangkan ketika tu panasnya tak tinggi. Bila masuk semula, saya nampak dia dah tak bergerak. Terus bawa ke hospital. Dia jenis demam yang  naik dengan mendadak. Makan ubat demam, hanya turunkan sedikit suhu badan dia. Jadi perlu lap badannya.

Kali kedua jadi, waktu pagi. Sepanjang malam saya berjaga. Jadi di waktu pagi, agak penat dan mengantuk, tertidur. Suami dah pergi kerja. Mujur saya menyusu badan, sedang beri susu pada dia, tiba-tiba rasa dia kejang. Terus saya angkat dan mandikan dia. Alhamdulillah hilang dan dia menangis. Doktor ada beri ubat untuk masukkan dalam punggungnya jika kena sawan. Saya dalam keadaan panik lupa ubat tu. Fikir nak kena turunkan panas badan dia. Aha dengan saya sekali mandi.

Ada beberapa yang saya kenal, anaknya kena sawan sehingga jadi terencat akal. Saya memang risau bila anak demam. Yang penting kena tau cara jaga anak demam supaya tidak memudaratkan. Namun biasanya demam tidak begitu memudaratkan, cuma jangan ambil mudah. Kita tak nak sesuatu buruk jadi baru menyesal.

 

Produk baru di www.mamadamia.com, Set tilam dan bantal bayi kekabu dan tungku Moden Eletrik. Sila layari www.mamadamia.com untuk maklumat lanjut…

Bertangas atau mandi wap

Apa keperluan bertangas ni. Semasa berpantang anak sulung, ibu saya dah tekankan supaya bertangas. Namun dengan masa yang terhad terutama selepas mempunyai anak-anak lain, saya juga abaikan. Namun sejak menceburi bidang penjagaan ibu berppantang ini, pengetahuan saya mula meluas. Banyak kebaikannya yang dapat menghindari pelbagai masalah terutama kepada wanita.

Bertangas ni dikenali juga sebagai mandi wap. Tidak terhad kepada kaum ibu saja dan bukan untuk kaum Melayu saja. Bertangas bagus untuk wanita dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps.

Terdapat pelbagai cara dan ramuan rawatan bertangas. Biasanya terdapat samada bertangas kering dan basah. Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Caranya gunakan batu sungai yang telah dipanaskan dan dicampurkan atau renjis ramuan tertentu atas batu sungai yang telah dipanaskan tadi. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke 30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering . Rawatan ini dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid boleh dilakukan selepas hari ke 6, selama 3 ke 7 hari.

Bertangas basah pula guna dengan merebus ramuan rempah ratus dan herba. Ketika dalam berpantang bersalin, mula rawatan selepas hari ke 40 iaitu selepas tangas kering, dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga. Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan.

Ketika rawatan bertangas basah, amalkan juga senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim. Bertangas dibuat dengan menyelubungi seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada keseluruhan badan.

Menyedari keperluan ini, saya telah usaha mencari set bertangas untuk kegunaan semua. Alhamdulillah dapat mencari set ini yang diperbuat daripada kayu. Mungkin harganya sedikit mahal jika dibandingkan bahan diperbuat daripada plastik. Biasanya bahan plastik akan bertindak balas dengan kepanasan dan mengeluarkan toksik pula, jadi mungkin menimbulkan isu kesihatan lain pula. Jadi pilihan sama ada set sauna atau tangas sebaik-baiknya cari dari sumber semula jadi seperti kayu.

Bangku Tangas

Set bertangas ini, mengandungi bangku tangas, periuk tanah, batu sungai dan ramuan tangas. Boleh didapati di www.mamadamia.com atau untuk bertanyaan lanjut boleh email sales@mamadamia.com.

Rujukan – Ensiklopedia Perbidanan Melayu oleh Datin Sharifah Anisah

Cyst hilang dengan Nona Roguy II

Sejak saya ceritakan mengenai pengalaman saya tentang ovarian cyst dan pengamalan NR, saya banyak mendapat pertanyaan mengenai rawatan untuk ovarian cyst dan endometriosis.

Siapa pernah atau sedang alami memang rasa tertekan. Ia akan mengganggu hormon badan, period jadi tidak teratur dan paling teruk adalah sukar untuk hamil. Saya sendiri dulu alami endometriosis dan amat risau tidak akan dapat anak. Tapi saya percaya walau apa kepercayaan perubatan moden, tidak akan dapat melawan ketentuan Allah.

Keluarga saya memang ada masalah dengan rahim. Adik saya ada PCOS. Menurut doktor sukar untuk dia mengandung. Dia amat tertekan, ada juga jururawat yang memperkecilkan usaha dia untuk mengandung. Ada kata tak ada harapan untuk ada anak.. Jawapan saya senang, sedangkan Mariam yang tidak ada suami Allah mampu lahirkan Nabi Isa a.s, jadi tak perlu risau dengan kata-kata orang. Usaha dan doa banyak-banyak. Tekanan akan menyebabkan lebih sukar mengandung. Dan jawapan kepada semua nya, saya kini mempunyai 4 anak dan mengandung anak ke 5, adik saya telah mempunyai seorang anak dan sedang mengandung anak ke-2.

Perubatan moden vs tradisional.

Ummp. Saya sendiri pertama kali alaminya, cuba perubatan moden dulu. Ini kerana ketika itu tidak mengetahui mengenai ada rawatan tradisional yang berkesan. Lagipun mudah jumpa doktor pakar yang banyak. Saya jalani laparoscopy, dan lepas itu ambil pil-pil tertentu. Saya alami kesan sampingan yang menyakitkan selama beberapa bulan sepanjang ambil ubatan tu. Dan ada mereka yang hubungi saya mengenai masalah ini mengalami masalah yang sama.

Sejak beberpa tahun saya amal pakai NR untuk kegunaan harian, jadi saya percaya keberkesanannya. Bila doktor sahkan saya alami ovarian cysts, saya tak teragak-agak cuba amal NR. Mungkin jika amal makan Phytox, ovarian cysts tidak ada. Ketika tu saya menyusu anak jadi saya tidak amal makan Phytox takut susu kering. Lepas berhenti menyusu tak teringat nak makan. Mula-mula amalkan untuk cysts tu kesannya agak teruk dari segi pembuangan air besar. Perut terasa memulas beberapa hari. NR pun memang dikenali dengan sistem begini. Semakin lama semakin baik. Saya ada beritahu doktor saya, saya ingin cuba NR. Dia suruh datang semula lepas 3 bulan. Betul memang hilang.

Biasanya dalam perubatan moden ni, tiada pantang larang dari sudut pemakanan. Seingat saya lepas pembedahan, doktor tidak nasihatkan diet yang betul. Sebenarnya diet yang betul juga penting. Penyakit ini juga boleh berpunca dari pemakanan yang tidak sihat atau betul. Jika perubatan tradisional akan ada pantang larang dari pemakanan harian. Penting dapatkan nasihat dari mereka yang arif. Jangan dengar atas orang. Nanti patut boleh tidak boleh makan 3 jenis makanan jadi tidak boleh makan 30 jenis makanan pula. Atas sebab begini menyebabkan orang tidak percaya kepada rawatan secara tradisional. Tiada keseragaman.

Menurut konsultan NR, telah ramai yang mencuba dan berjaya. Mungkin mereka perlu kumpul testimonial. Produk mereka ini telah berada lama di pasaran namun kurang pendedahan untuk rawatan masalah dalam rahim. Saya yakin produk NR ini boleh menjadi alternatif kepada perubatan moden untuk mereka yang ingin mencuba. Dapatkan nasihat dengan konsultan. Tidak semua stokis/agensi NR yang arif.

Berikut stokis-stokis saya. Jika berminat untuk menjadi stokis di Lembah Klang, boleh hubungi saya.
Stokis NR Putrajaya – Pn Norazleen 013-2776305 ,
Shah Alam/Klang Pn Siti Zurinah 019-3553595

Perhatian!
Terdapat banyak pertanyaan mengenai produk untuk hilangkan cysts. Boleh hubungi konsultan NR Pusat Rawatan Taman Tun Dr Ismail di talian 03-77100137. Untuk pertanyaan mengenai pengalaman saya boleh email ke sales@mamadamia.com. Saya terpaksa disable sebarang komen atas sebab terdapat gangguan pada blog saya.