Berita & pengumuman

Kes dera Nur Aina, hilang sifat kemanusiaan

Kes dera anak, manusia dah lebih teruk dari binatang

Kes dera seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang berlaku di Port Dickson dilakukan oleh bapa dan ibu tiri mangsa. Kerusi dan tali pinggang antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa dera, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, sehingga menyebabkannya meninggal dunia, semalam.

“Aku boleh mati kena bunuh”, kenyataan ini benar-benar terjadi selepas kerap di dera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.

Mangsa dipukul dengan tali pinggang tentera, ditendang dan dipijak sehingga terkencing malah pernah dipukul dengan bangku plastik.

Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang. Nyawa anak seperti tiada nilai. Selagi nyawa tak melayang, selagi tu mendera. Allah nak permudahkan anak ini, hentikan penderaan yang mungkin tiada hujungnya. Tengok wajah anak tu pun rasa lembut saja, apa dosa anak tu.

Kebetulan kucing di rumah saya baru beranak. Betapa sayangnya pada anak. Pantang anak berbunyi duduk tempat lain cepat-cepat bangun tengok anak dan terus duduk sama. Tak boleh bayangkan manusia yang pukul anak tanpa belas kasihan. Haiwan pun sayangkan anak.

Kita sebagai masyarakat perlu buat sesuatu. Bila dengar atau nampak sesuatu yang pelik, ambik tau apa terjadi. kalau anak ada cerita tentang kawan dia kene dera, cuba korek info. Jum kita kembali seperti masyarakat dulu yang ambik berat jiran tetangga.


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *