Tip Pemakanan

Bertenaga di bulan puasa dengan madu kelulut

Hari ni dah masuk hari ke 11 berpuasa. Tahun ini cuti sekolah, jadi mudah anak-anak nak belajar puasa di rumah. Penat boleh rehat. Yang penting nak bagi tahan berpuasa, masa berbuka dan sahur kita beri makanan yang beri tenaga. Boleh bagi madu kelulut.

Kebaikan madu ramai dah tahu. Cuma amal atau tak. Sebelum ni saya tak tahu ada lebah ada banyak jenis. Sangka saya semua sama. Rupanya ada jenis-jenis lebah termasuk lebah kelulut. Asalnya madu dari kelulut ni tak dikomersialkan.

Lepas Mardi buat kajian dan dapati madu kelulut ni lebih baik dari madu lebah lain, madu kelulut diperkenalkan. Hingga dijadikan Superfood Malaysia. Dah nama “superfood”, menunjukan khasiatnya sangat banyak.

Apa kelebihan madu kelulut

  • Madu kelulut kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa.
  • Asid fenolik, antioksidan mudah serap terdapat dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import
  • Asid p-koumarik yang mempunyai aktiviti antioksidan tertinggi dan asid fenilpropionik berkesan untuk turunkan kolesterol.

Bagaimana madu kelulut boleh bantu beri tenaga?

Madu kelulut mengandungi karbohiderat dan juga antioksidan, enzim, mineral, vitamin dan asid amino. Ini semua cukup sebagai pembekal tenaga.

Nak cuba madu kelulut ketika berpuasa, boleh hubungi kami atau buat pesanan madu kelulut di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *