Tip Bersalin dan Berpantang

Kesan tak jaga pantang

Ramai antara kita, ibu kitalah orang yang banyak bentuk kita. Sama juga saya. Nak update blog ni teringat arwah mama. Teringat masa pantang dulu. Disebabkan arwah mama, saya terpaksa jaga pantang. Kesannya mengubah keseluruhan hidup saya.

Macamana saya boleh lompat dari dunia seorang akauntan ke dunia jaga orang pantang pula. Terjun dari dunia yang sangat berbeza. Masa tu saya berhenti keje dan mencari idea untuk buat bisnes. Allah takdirkan saya pregnant anak no 4. Dari situ timbul idea nak jual barang pantang secara online.

Kenapa? Sebab saya menjaga pantang dan nak share dengan orang lain. Kebaikan menjaga pantang dan kesannya. Masa bersalin anak sulung, macam orang muda lain saya tak suka nak berpantang. Rasa menyusahkan. Kononnya mat salleh tu relaks je tak jaga pantang pun, ok je. Tapi disebabkan arwah mama ni sangat tegas, jadi terpaksa dengar kata dia. nak tak nak, jaga pantang ikut amalan orang dulu-dulu. Dia usaha cari dan sediakan barang. Panggil orang mengurut. Mandi herba, bertangas, bertungku. Dah berapa kali bersalin, nampak kebaikannya.

Ada cerita sebalik kenapa arwah mama sangat tegas. Ni semua kerana apa dia alami yang jadi pengajaran. Saya anak no 2. Masa pantang bersalin abang dan saya, arwah sangat jaga pantang. Saya tengok gambar lama, nampak macam anak dara lagi masa dukung saya. Kecil molek.

Masa dalam pantang bersalin anak no 3, arwah nenek saya meninggal. Mama sangat sedih dan tak jaga pantang. Melayan perasaan sedih. Kesan tak jaga pantang badan tak kembali ke asal especially part perut. Masa bersalin anak no 4, dia cuba jaga. Tapi dah tak berkesan, dah susah nak jadi macam dulu semula.

Saya tau cerita dia, tapi liat jaga pantang. Buat sebab kene dengar kata mama. Bagus juga dia tegas masa tu. Sekarang saya dapat lihat kesannya pada saya selepas punyai 5 org anak. Tahun ni usia pun dah masuk 45 thn. Alhamdulillah.

Kesan tak jaga pantang mula dirasai bila umur makin meningkat. Berapa ramai yang masuk usia 40 dah macam usia 50. Umur 30 tahun dah alami rahim jatuh. Bayangkan semakin berumur nanti macamana keadaannya. Macamana nak layan suami, nak bertenaga jaga anak dan buat keje harian.

Hingga sekarang saya amal makan herba dan ambik madu. Bersenam pun penting. Sampai satu tahap kadar metabolism badan dah tak macam dulu. Otot-otot pun dah lain. Bersenam bantu kuatkan badan. Jangan sampai stretch sikit dah tergeliat. Tu tanda otot-otot dan urat badan dah lemah. Cuba makan seimbang. Make sure makan sayur dan buah setiap hari. Paling mudah kurma. Kat ofis boleh letak atas meja je. Kalau makan tak teratur ambik suplemen multivitamin.

Badan kita anugerah tak ternilai. Andai kita sendiri pun tak menjaga siapa lagi nak menjaganya. Untuk diri kita juga semuanya. Jagaan ni pun bukan terhenti bila dah habis pantang. Teruskan selagi kita bernyawa. Bila rasa sihat tak bermakna tak perlu teliti jaga. Jaga dan jaga mengikut keperluan badan kita.

 

Madu kelulutĀ  – www.mamadamia.com

Bengkung Mia – www.mamadamia.com

Tungku besi – www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *