Tip Kesihatan

Perlu ke pemeriksaan kesihatan

Takde siapa nak sakit. Biasa dengar tiba-tiba kawan atau saudara mara dapat penyakit. Yang menakutkan kalau penyakit bahaya macam kanser. Tau2 dah stage 4. Minta jauh dari kita. Soalan mudah siapa nak sakit, semua akan jawab nak sihat. Tapi berapa ramai yang betul-betul jaga nak jadi sihat. Dan ramai tidak berminat untuk baca apa yg kene buat. Jangan biarkan sehingga terlewat. Teruskan membaca.

Apa nak kene buat? Pertama dapatkan pemeriksaan kesihatan berkala. Kadang kita mungkin tak ikut sepenuhnya. Tapi jangan abaikan langsung. Cari masa untuk lakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan ini dapat mengesan penyakit lebih awal dan ada masa untuk merawat.

~Berat dan tinggi (BMI) – 6 bulan sekali.

~Tekanan darah – 1 tahun sekali umur 20 ke 30, 6 bulan sekali umur 30 ke 49 tahun dan 3 bulan sekali 50 tahun ke atas

~Diabetes – Umur 20 ke 30 tahun – 2 tahun sekali, Umur 30 tahun ke atas – 1 tahun sekali

~Kolesterol – setahun sekali

~Tekanan darah – setiap 6 bulan.

~Pemeriksaan fizikal – setiap 2 tahun bagi umur 20 ke 49 dan setiap tahun bagi 50 tahun ke atas.

~Ketumpatan tulang – setiap 3 tahun umur 20 ke 35, setiap 2 tahun umur 35 ke 49 dan setiap tahun umut 50 ke atas

Wanita
~Pemeriksaan sendiri payudara – setiap hari. Mammogram setahun sekali umur 40 tahun ke atas.

~Pap smear – setiap tahun

Selain pemeriksaan kesihatan, pemakanan sangat penting. Ya ini yang lebih susah dari buat pemeriksaan. Setiap hari perlu makan. Makan ikut selera. Kadang mana yang sempat je. Tiada masa nak check ok ke tak makanan diambik, seimbang ke tak. Paling kurang elak makanan proses atau segera. Cuba ambik sayur dan buah setiap hari.

Bersenam. Ini pun sama jarang nak dibuat. Terutama bila ada anak kecik. Tak sempat nak bersenam. Cuba Zumba di rumah. Nak beli treadmill dah lah mahal, dah beli nanti jadi tempat sidai kain je. Zumba hanya perlu pasang lagu dan ikut rentak. Ada anak yang dah besar boleh Zumba dengan anak.

Elok juga ambik makanan tambahan terutama yang makan tak seimbang dan tak teratur. Ambil yang selamat dan sesuai. Contoh boleh ambil multivitamin.

Macamana dengan makanan seperti campuran jus, herba dan lain-lain. Pastikan selamat dan tidak berlebihan claimnya hingga cukup ambik makanan tu saja segala penyakit hilang. Pastikan cara ambil yang betul. Ambik tahu apa kandungannya.

Saya menulis untuk ingatan diri sendiri juga. Share untuk kebaikan semua. Saya suka amal makanan tambahan untuk jaga kesihatan tapi tak sehingga bergantung sepenuhnya kepada makanan tu semata. Sekarang amal makan madu kelulut. Alhamdulillah badan lebih sihat.

Untuk Madu Kelulut Bayu dan produk NR
Whatsapp 0122966224
Whatsapp 0122966224
Whatsapp 0122966224

1 thought on “Perlu ke pemeriksaan kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *