Tip Bayi & Anak-anak

Tenang mendidik anak

Tahun ni anak-anak ada peperiksaan penting, 2 orang ambil SPM dan seorang UPSR. Saya pulak yang terlebih-lebih panik. Bila begini, saya suka bukak youtube dengar tip dari ustaz atau ustazah.

Ustazah favorite saya, Ustazah Norhafizah Musa. Suka dengar bicara dia sebab dia bercerita reality kehidupan yang dia pun lalui. Jadi kadang tu tak terasa teruk nya kita ni jadi mak sebab hakikatnya dia pun sama. Ustazah pun ada saat susah nak kena bersabar.

Bukak youtube, tip yang diberi cara didikan anak. Dan tip diberi macamana nak tenang dalam mendidik anak. Allah beri apa saya perlukan, Dia beri saya tergerak bukak you tube tu. Saya share di sini khas untuk ibu-ibu lain yang macam saya ni.

Dalam mendidik anak, ibu ayah perlu tenang. Bila tenang, aura lebih terserlah. Anak akan stress bila ibu ayah asyik marah-marah.

Untuk tenang, perlu urus emosi dengan baik. Bila hati tidak tenang, semua nampak tak betul. Semua yang anak buat ,kita akan nampak segalanya tak betul. Anak-anak tidak dilahirkan terus baik dan elok. Perlukan proses dan Ibu ayah perlu sabar dengan proses pembesaran anak.

Jangan ditegur anak setiap hari terutama anak remaja. Tegur perkara yang besar dan penting saja seperti bab solat. Walau kita ada 10 perkara yang ingin ditegur, sebut 1 atau 2 saja teguran. Selebihnya minta dengan Allah. Hati akan jadi tenang. Allah akan pimpin akal kita ke perkara baik. Dan kita dapat laksanakan dengan lebih baik

Tunggu waktu sesuai untuk menegur. Tegur selepas anak dah ibadat. Lebih baik solat berjemaah. Jangan ganggu masa dia makan, rehat atau belajar.

Hati tidak tenang kerana tidak tawakal kepada Allah. Bila kita bersandar kepada kepakarannya semata, kita rasa kita pakar dalam mendidik anak. Tetapi hakikatnya, hati anak itu milik Allah. Pakar macamana pun, andai kita tidak bergantung kepada Allah, kita akan kecewa.

Letak pergantungan kepada Allah. Konsep tawakal, kita semurnakan ikhitar, kita berusaha. Kita hantar tusyen, kita tunjuk kebaikan. Hasilnya kita bersandar kepada Allah. Semoga Allah memberinya.

Niat juga perlu betul. Didik anak kerana amanah, bukan kerana orang. Kadang kita mendidik untuk orang Nampak anak kita bagus dan hebat. Ini niat yang salah.

Ada masa anak perlu belajar dari dosa yang dibuat. Kita kena terima hakikat anak itu ada buat dosa. Kita harus berada disamping anak yang buat dosa untuk memimpin anak. Dosa ini, Allah ada rencananya. Allah mungkin hendak jadikan anak itu lebih berjaya bila menyedari dirinya ada membuat dosa, dia insaf dan bangkit semula. Jangan jadi ibu kepada anak yang berjaya saja. Jadi juga ibu ayah buat anak yang bersalah. Didik dan terus mendidik

Selain itu, jadi ibu bapa yang adil. Andai anak telah berusaha, hargai anak walau keputusan tidak memuaskan.

Baca surah Nuh ayat 10 -12, ayat-ayat ini formulasi ketenangan. Istighfar untuk meminta ampun. Ada kala bukan Allah suruh berfikir, tetapi Allah hendak banyak berzikir. Minta dengan Allah dengan berzikir. Kerana ada kala akal kita tidak mampu menyelesaikannya. Tetapi dengan izin Allah, kita akan dapat.

 

 

 

 

 

Dalam mendidik anak-anak kita harus memberi contoh teladan yang baik. Bila memberi nasihat, ibu ayah sendiri tidak amalkan, mana mungkin anak akan mengikut. Anak-anak melihat ibu ayahnya. Ibu ayah sendiri tidak berubah, jangan diharap anak akan ikut nasihat. Lihat terlebih dahulu kesalahan diri sendiri dan perbaiki. anak akan melihat semua ini dan mengikutinya.

Bila kita telah meninggal, apa yang kita hendak anak kita bayangkan kita. Mak yang suka tengok tv, mak yang suka marah, mak yang banyak bersujud, mak yang banyak baca quran.

Kita nak anak jadi isteri solehah, kita perlu tunjuk contoh. Beri contoh yang baik.Cara kita melayan suami kita, ayah mereka. Seorang suami soleh, melayan isteri dengan baik sebagai contoh buat anak lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *