Tip Bersalin dan Berpantang

Panduan pantang bersalin secara pembedahan

Bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih lama berbanding bersalin normal.  Mudah ketika bersalin, tidak alami kesakitan tetapi tempuh penyembuhannya lebih lama. Salah penjagaan, padah lebih buruk

Mungkin ada yang sangka, tidak perlu menjaga seperti bersalin normal kerana tidak melalui faraj, tidak berlaku pengembangan pintu rahim. Tetapi hakikatnya luka lebih teruk kerana pembedahan akan membuka lapisan-lapisan di perut. Lapisan ini mengambil masa untuk bercantum dan sembuh sepenuhnya. Sedangkan luka normal akan sembuh segera.

Kebiasaannya bersalin secara pembedahan, badan lebih lemah.  Terasa bisa dan senggal badan. Angin mudah terkumpul di dalam badan. Kerana itu, amalan minum air herba boleh dimulakan selepas dibenarkan. Herba ini membantu menyegarkan badan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Ini penting untuk mengelak berlaku bentan. Herba ini mempercepatkan proses pemulihan.

Ramai menyangka tidak perlu menitik beratkan penjagaan bahagian sulit. Darah nifas tetap keluar, jadi penjagaan masih perlu dilakukan. Gunakan rebusan air herba untuk membilas.

Bolehkah berurut dan bertuam? Ya. Urutan dilakukan secara lembut dan pelahan. Lakukan di bahagian belakang badan, tangan, bahu, hulu hati, paha, betis dan tapak kaki.

Ibu bersalin secara pembedahan masih boleh berlulur. Berlulur akan membuang angin dalam badan dan menyegarkan badan.

Berbengkung dengan ikatan yang ringan atau menggunakan bengkung strap on. Sapu minyak di perut, pinggul,  pinggang dan peha. Namun jangan di sapu di tempat luka. Minyak ini akan menyebabkan tempat luka bernanah dan lebih lama untuk sembuh.

Jangan ambil mudah jika bersalin secara pembedahan. Pengalaman seorang pelanggan saya yang mengabaikan penjagaan kerana ragu-ragu dan tidak pasti cara jagaan, menyebabkan dia menjadi meroyan. Keadaanya agak kritikal, mendengar titisan hujan saja sudah rasa ngilu.

Badan kita nak pakai lama, jadi jagalah badan kita.  Sayangi badan kita, siapa lagi yang akan menjaganya andai bukan kita sendiri.

 

Perlukan bengkung, sila klik di sini

1 thought on “Panduan pantang bersalin secara pembedahan

  1. Terima kasih. Panduan yang amat berguna. Orang perempuan memang kena berpantang betul-betul, kalau tak nanti badan jadi tua sebelum masanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *