Berita & pengumuman, Tip Bersalin dan Berpantang, Tip Kehamilan / Mengandung

Home birth vs Hospital

homebirth

Kebelakangan ini isu home birth iaitu bersalin di rumah hangat diperkatakan. Home birth cuba dipopularkan sebagai satu pilihan untuk ibu bersalin.

Ibu saya bersalin 4 kali di rumah dan sekali iaitu anak bongsu di hospital. Saya dilahirkan di rumah. Bersalin adalah proses semulajadi. Sejak Hawa, ibu-ibu telah lalui. Hospital mula terkenal di abad ke 20. Sebelum wujud hospital ramai yang bersalin di rumah.

Adakah selamat bersalin di rumah?

Bercerita mengenai ini, ayah saya punyai kisah sedih. Zamannya, tahun 50an semua ibu bersalin di rumah. Ibunya iaitu nenek saya meninggal ketika bersalin anak ketiga. Anaknya meninggal ketika dilahirkan dan arwah nenek saya meninggal beberapa hari kemudian. Ketika itu usia ayah saya 7 tahun. Masih tergiang-giang ditelinganya beberapa hari sebelum meninggal, ibunya memanggil-manggil namanya. Saya hanya kenali arwah nenek saya melalui gambar.

Terbaru saya membaca kisah seorang wanita di Australia yang memperjuangkan home birth ini dan dia mati ketika melahirkan anak keduanya di rumah. Bidan terlatih sekali pun andai terdapat masalah, perlukan peralatan canggih untuk membantu si ibu. Ini ajalnya namun jangan sampai menempa ajal yang mampu diubah.

Jika diberi pilihan adakah saya akan memilih home birth ini?

Risiko bersalin di rumah adalah rendah jika tiada masalah. Namun dalam keadaan bersalin yang sukar dijangka, agak sukar untuk menyatakan risiko bersalin adalah rendah. Tanpa dijangka, bayi terjerut dengan tali pusat. Tanpa dijangka, bayi telah berak di dalam rahim. Tanpa dijangka bayi telah tertelan air ketuban. Tanpa dijangka bayi besar dari saiz jangkaan. Tanpa pemeriksaan, bayi tidak dijangka berada dalam posisi terbalik.

Tujuan bersalin dirumah adalah kerana ingin kelahiran secara semulajadi dan mempunyai pilihan sendiri ketika bersalin. Saya membaca beberapa artikel mengenai bersalin di rumah. Kosnya tetap mahal. Terdapat keperluan untuk bersalin diperlukan. Dan paling penting adalah bidan yang menyambut kelahiran bayi benar-benar terlatih.

Adakah saya ingin menanggung risiko ini? Sudah cukup dengan kematian arwah nenek yang tidak sempat saya kenali. Bersalin dihospital, kita masih boleh membuat pilihan. Saya berpeluang bersalin secara semulajadi sepenuhnya. Tanpa drip, tanpa potongan episiotomi, tanpa jahitan dan tanpa ubat penahan sakit. Saya dapat memilih doktor perempuan sahaja ketika pemeriksaan dan bersalin. Doktor hanya menyambung bayi dan mengeluarkan uri.

Di Malaysia, selain daripada doktor, hanya anggota kesihatan yang terlatih di dalam bidang perbidanan dan berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia sahaja yang boleh mengendalikan kelahiran. Ini termaktub di dalam Act 436 Midwives Act 1966 Part V Section 14(1) yang menyatakan:

“Any person who, not being a midwife registered under this Act, practices midwifery, shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a period not exceeding one year or to both.”

Saya memilih hospital, untuk mengurangkan risiko. Saya tidak ingin menangis kerana kehilangan anak atau anak-anak saya menangis kehilangan saya hanya kerana home birth.

Perlukan bengkung, sila klik di sini

2 thoughts on “Home birth vs Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *