Tip Bersalin dan Berpantang, Tip Kesihatan

Aset wanita

woman

Wanita dijadikan Allah dengan pelbagai keistimewaan. Paling istimewa Allah jadikan rahim untuk wanita melahirkan anak. Kurniaan yang besar. Ianya dinamakan rahim iaitu nama Allah “Penyayang” sesuai dengan sifat penyayang wanita yang mengandung dan melahirkan anak. Dan istimewa, wanita sebagai peneman sang suami.

Rahim berkait dengan kesihatan wanita. Rahim yang sihat, menyerlahkan kecantikan luaran wanita juga. Rahim yang tidak sihat sering menimbulkan masalah kepada wanita. Timbul masalah sakit puan dan sakit-sakit lain. Apabila tidak sihat, seri muka hilang dan kelihatan berusia.

Kerana penting rahim kepada wanita, sejak turun temurun kesihatan rahim diberi penjagaan rapi. Terutama ibu dalam pantang. Berlaku perubahan pada rahim dan saluran faraj yang memerlukan penjagaan rapi. Ibu-ibu dalam pantang menjaganya berdasarkan pengalaman turun temurun. Selepas habis pantang, penjagaan diteruskan.

Hasilnya badan masih sihat secara semulajadi hingga ke usia tua. Masih mampu melakukan kerja-kerja berat.

Arus moden sedikit demi sedikit melupuskan amalan tradisi ini. Banyak amalan ditinggalkan. Kesannya di usia muda sudah alami kepenatan dan lesu, malah alami lemah tenaga batin tidak mampu melayan suami. Ada suami yang menegur namun tidak diendahkan.

Andai berlaku diluar dugaan tidak boleh disalahkan sepenuhnya suami. Pokok pangkalnya kita perlu sayang dan jaga asset kita. Andai kita sendiri tidak sayangkan diri kita, mana mungkin orang menyayangi diri kita.

Bila nak mula penjagaan? Sudah terlepas beberapa kali pantang. Mulakan sekarang. Jangan tunggu sehingga sakit. Masih belum terlewat.

Herba apa yang perlu diamal? Kini banyak terdapat dipasaran. Perlu berhati-hati. Ada juga yang menangguk di air keruh. Menggunakan campuran herba dan barangan terlarang untuk mengaut keuntungan.

Produk NR telah 20 tahun lebih berada dipasaran dan mampu bertahan. Ini membuktikan keberkesanannya. Ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan adalah ramuan asli dan melalui peringkat pengilangan yang mematuhi peraturan.

Dapatkan cara amalan yang betul. Kenapa timbul masalah dan herba disalahkan. Ini kerana cara amalan yang salah. Hanya mengikut-ikut tanpa pertanyaan lanjut dari pengamal sebenar. Ada herba yang tidak sesuai untuk masa tertentu atau masalah tertentu. Jika terus diamalkan akan sebabkan masalah.

Andai kereta dihantar servis beberapa bulan sekali. Inikan badan anda yang tidak ternilai. Sudah pasti perlu sentiasa di’servis’.

Kegembiraan bermula dengan kesihatan yang baik.

 

Keperluan barang dalam pantang, sila layari www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *