Tip Bayi & Anak-anak

Homeschooling

Hari ini dah masuk hari ke 5 tahun 2015. Sekolah ditunda sehingga minggu depan. Dapat tambahan cuti sekolah lah ya. Kasihan kepada mangsa banjir. Bagi yang alami banyak kerosakan, pasti ambil masa untuk pulih. Moga Allah permudahkan urusan mereka.

Semua anak saya sudah masuk ke alam persekolahan. Yang bongsu masuk usia 5 tahun. Saya ambil keputusan untuk homeschooling. Buat bisnes sendiri, jadi mudah untuk tentukan masa saya sendiri.

Anak ke 4 dulu, saya buat perkara sama. Dia dyslexic, ke tadika tidak belajar apa-apa. Tulis ABC tidak boleh apatah lagi mengenal huruf. Jadi 6 tahun, saya hentikan tadika dan ajar sendiri. Homeschooling. Ketika itu saya ajar kaedah anak dyslexia. Lupa nak masukkan kaedah Montessori.

Untuk homeschooling anak ke 5, saya beli panduan di montessoriathome.com. Mulanya agak pening juga memahaminya. Selepas diulang baca, baru saya sedari sangat mudah sebenarnya.

Bagusnya anak saya ini, dia pula tak sabar nak belajar. Saya tetapkan waktu belajarnya. Namun bila dia ingin belajar diluar waktu ditetapkan, saya tukar jadual saya.

Anak-anak ini diajar practical life, iaitu apa kita lakukan harian. Apa kita lakukan, libatkan anak-anak ini. Sambil itu mereka akan belajar. Contohnya cuci cawan dan pinggan. Sambil itu boleh minta kira berapa cawan dan pinggan yang telah dicuci.

practical lifeAktiviti membuat biskut. Uli dan terap mengikut bentuk disukai.

Anak diajar seni, muzik, menulis dan mengira. Pembelajaran akan bergantung kepada anak ini. Kita lakukan pemerhatian dan ikut keperluan mereka.

Saya setuju cara begini. Pengalaman tadika anak 1 hingga 3, saya terlalu mengikut standard. Sehingga saya stress dan anak-anak pun stress. Sedangkan kemudiannya mereka mampu catch up dengan pelajaran. Homeschooling memudahkan saya mengawal input diterima anak.

“A” dalam pelajaran bukan penentu segala. Bukan semua anak mudah untuk mendapat “A”. Apa penting membentuk “A” iaitu altitud yang betul. Kenalpasti kelebihan anak. Penuhi keperluan anak, bukan penuhi keinginan kita. Biarkan anak menentukan masa depannya. Pantau, beri tunjuk ajar dan galakan kepada anak-anak.

Macamana dengan pergaulan anak? Homeschooling, dia tiada kawan sekelas. Aktiviti ini boleh kita lakukan dengan membawa anak ke taman permainan atau tempat awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *