Tip Kehamilan / Mengandung, Tip Pemakanan

Tip hilang loya masa mengandung

Halia

Ibu mengandung sering alami kembung, pedih hulu hati, loya dan muntah. Biasa terjadi semasa trimester pertama iaitu sehingga ke 4 bulan. Ada juga yang berlanjutan sehingga ke akhir mengandung.

Ini menyebabkan hilang selera untuk makan. Badan menjadi lemah dan tidak bermaya. Lebih memburukkan keadaan, andai emosi ibu terganggu. Ibu risau kesan amalan pemakanan yang tidak sihat ini akan membawa kesan buruk kepada bayi.

Ketika alami kembung, pedih hulu hati, loya atau muntah, elak makanan berminyak, pedas, hanyir atau berempah. Makanan ini akan memburukkan keadaan. Makanan ini akan menambahkan rasa yang dialami.

Ada juga ibu yang semasa mengandung alah dengan mkanan atau minuman tertentu. Contohnya susu lembu. Ada kala ibu tidak sedar perkara ini. Sangkanya susu tidak memberi kesan atas apa dialaminya. Amal makan atau minum 1 jenis makanan ketika makan. Andai selepas makan muntah atau loya, kemungkinan makanan tersebut menjadi penyebabnya. Elak makanan tersebut dan perhatikan kesannya

Makan nasi yang lembut dengan kuah rebusan. Contohnya kuah ikan singgang atau sup ayam.

Selain itu cuba amal minum air halia ini untuk hilangkan rasa kurang selesa itu.

4 in halia muda

2 helai daun pandan

Sedikit gula kabung atau gula Melaka

  • Potong nipis-nipis halia. Rebus. Masukkan daun pandan dan gula. Minum suam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *