Tip Bersalin dan Berpantang

Barat amal pantang bersalin melayu

pantang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkenalkan ini Valerie Lynn, penulis buku The Mommy Plan berasal dari Amerika Syarikat. Saya kenal Valerie 4 tahun lalu. Ketika itu dia di Malaysia ikut suaminya bekerja dan sudah berada di Malaysia 10 tahun. Semasa berhubung di telefon saya sangka dia rakyat Malaysia, dan saya tahu bukan seorang Melayu. Kami buat temujanji untuk berjumpa.

Bila datang saya terkejut rupanya “Mek Saleh”.  Dia menunjukkan minat beberapa produk tradisional yang saya jual. Banyak soalan diajukan. Dan mengejutkan, dia juga arif tentang beberapa amalan masyarakat melayu terutama amalan pantang bersalin.

Pada hari itu dia buat pertanyaan lanjut tentang bengkung kerana dia berminat untuk membuat bengkungnya sendiri. Kemudian dia membeli set tangas. Badannya ketika itu gempal. Jadi saya tempah alas khas yang lebih besar untuk diletakkan di atas tangas. Dalam hati, wah! pandai juga mek saleh ni nak guna tangas. Dia bukan pantang bersalin tetapi untuk amalan harian.

Dia pulang ke Amerika Syarikat 2 tahun lepas. Gambar ini gambar terbaru iaitu bulan Jul lepas. Beratnya turun 21kg. Pertama kali berjumpa semula, saya terkejut melihat perubahannya. Berbeza ketika badannya masih gempal. Cantik pula. Terpegun seketika melihat wajahnya. Semasa gempal, rupanya tampak tua. Saya kira umurnya dalam 30 an.

Rupanya dia pulang ke tempat asalnya untuk kenalkan amalan pantang bersalin melayu. Menurutnya keadaan amat sukar, ramai tidak sanggup keluarkan duit untuk penjagaan pantang. Dia sangat percaya amalan melayu punyai kebaikan. Kerana itu dia sanggup bersusah payah memperkenalkannya. Dia meletakkan tempoh 2 ke 3 tahun untuk berjaya.

Dia datang ke Malaysia untuk merialisasikan cita-citanya. Datang membeli bengkung saya. Turun naik ke jabatan kerajaan uruskan perniagaan berpantang ini. Buat MOU dengan penceramah amalan melayu untuk buat ‘talk’ di Amerika.

Kagum dengan kesungguhannya. Saya percaya dia yakin dia akan berjaya kerana dia amalkan dan kesannya amat memuaskan. Dia yakin amalan melayu ini berpotensi besar untuk berjaya dan terkenal. Kerana itu dia sangat bersungguh-sungguh dalam usahanya. Dia sudah nampak hasilnya. Ini website dia. http://postpregnancywellness.com/

Sayangnya, orang melayu sendiri tidak percaya. Malah ada anggap amalan pantang bersalin ini karut dan ketinggalan. Sayang sekali jangan suatu hari nanti, amalan ini lebih terkenal di luar negara bukan di Malaysia sendiri.

Amalan pantang bersalin melayu ini mempunyai kebaikan, namun mungkin ramai salah sangka kerana mendapat maklumat atau ilmu yang salah. Mungkin juga ada yang alami masalah kerana amalan yang salah. Ia menjadi buruk kerana ada segelintir yang mengambil kesempatan. Mengaku pengamal perbidanan melayu tetapi tiada ilmu langsung.

Ini sering terjadi terutama ketika melakukan urutan. Urutan dalam pantang berbeza dengan urutan biasa. Ramai pelanggan yang tidak mengetahuinya akan tertipu. Ini memberi pandangan buruk tentang amalan perbidanan melayu, tidak memberi kesan baik. Lebih teruk ada yang mengalami masalah pula. Sedangkan mereka telah ditipu.

NR adalah produk kesihatan dalam pantang yang telah lama berada di pasaran. Bagi mereka yang tidak arif tentang produk, boleh amalkan produk yang telah tersedia ini. Pengasasnya Datin Sharifah Anisah sendiri telah 40 tahun lebih berada dalam bidan perbidanan melayu ini. Dan NR ini sendiri telah 20 tahun berada di pasaran. Pusat rawatan NR terdapat di Taman Tun untuk urutan pantang, biasa, bertangas dan pelbagai rawatan melayu. Ingin dapatkan NR sila klik di sini

Jum amalkan perbidanan melayu yang mempunyai kebaikan ini. Pasti ramai inginkan badan yang langsing, sihat, bertenaga dan awet muda. Saya sendiri seorang akauntan bertukar ke bidang yang lari dari bidang asal saya. Saya jatuh hati dengan cara amalan tradisional turun temurun yang memberi kesan baik kepada saya dengan ilmu yang betul. Semakin seronok pula dengan bidang baru ini. Dan amalan ini bukan terhenti selepas pantang bersalin, namun boleh diteruskan sehingga bila-bila. Ramai tidak mengetahuinya.

Kini hampir 8 tahun saya dengan amalan tradisional ini. Dengan izin Allah menyelesaikan masalah pelanggan-pelanggan yang tidak boleh diselesaikan dengan perubatan moden termasuk diri saya. Sembuh ovarian cysts dengan amalan tradisional. Alhamdulillah tidak perlu jalani pembedahan.

Sayang andai amalan ini ditinggalkan dan luput begitu sahaja. Jangan sehingga menjadi ‘mahal’ kerana dijual diluar negara dan diberi paten kepada negara luar pula.

Perlukan bengkung, sila klik di sini

 

 

1 thought on “Barat amal pantang bersalin melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *