Tip Kesihatan, Tip Pemakanan

Selamat menyambut Maal Hijrah 1436

Maa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Esok umat Islam akan menyambut tahun baru Hijriah 1436. Tahun permulaan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Hijrah yang membawa perubahan besar kepada umat Islam.

Kini penghijrahan ini membawa pelbagai maksud untuk diteladani. Hijrah berlaku kepada seseorang yang ingin memperbaiki diri dan menjadi lebih baik. Bentuk penghijrahan samada hijrah sikap, hijrah amalan, hijrah pergaulan atau hijrah kesihatan. Andai perubahan yang memberi maksud ke arah kebaikan yang memerlukan komitmen yang tinggi, inilah hijrah pada manusia berkenaan.

Apakah yang ingin anda hijrah? Seseorang yang rasai dirinya tiada kekurangan akan kekal begitu. Baginya tiada perubahan perlu dilakukannya. Tidak perlu lakukan hijrah.

Namun seseorang yang merasai masih banyak ketidaksempurnaan akan berusaha memperbaiki diri. Dalam usaha memperbaiki diri, perlukan pengorbanan. Meninggalkan sesuatu kebiasaan amat sukar, komitmen yang hebat diperlukan.

Sesuai dengan blog ini, ingin saya sentuh tentang kesihatan. Adakah anda mengambil berat tubuh badan anda yang diamanahkan oleh Allah s.w.t ini? Mungkin terlupa tubuh badan ini juga milik Allah yang harus dijaga. Andai tidak sempurna penjagaannya, jum hijrah menjaga tubuh badan ini.  Tanamkan semangat, jaga badan dengan memberi makanan yang sesuai dan sihat buat badan. Ikut piramid pemakanan. Kurangkan makanan tidak berkhasiat seperti makanan segera atau berperasa. Minum secukupnya serta kurangkan ais dan minuman berperisa atau berkarbonat

Anda telah mampu menjaga pemakanan namun belum berdisplin untuk bersenam. Bersenam juga penting dan jangan ditinggalkan. Ini juga masa untuk hijrah, lakukan penambahan dalam penjagaan badan. Cari masa yang sesuai dan displinkan lakukannya.

Selain itu, jangan lupa amalan kerohanian yang mampu menguatkan tubuh badan. Memperbanyakkan solat sunat dan berzikir selain ibadah wajib. Mungkin tidak mampu dilakukan semuanya serentak. Berikan masa dan ruang. Perlahan-lahan lakukannya.

Senaraikan juga apakah yang perlu diperbaiki dan tetapkan inilah masanya untuk berhijrah. Moga mendapat kerberkatan di dunia dan akhirat.

 

1 thought on “Selamat menyambut Maal Hijrah 1436

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *