Tip Kesihatan

Betul ke Miss Universe, Thai 1965 awek muda tanpa rawatan

Beberapa hari ini menjadi viral gambar Miss Thailand pada usia 67 tetapi awek muda.  Ramai yang menyatakan dia buat rawatan anti-aging atau suntikan

Kenapa cerita ini menjadi pilihan untuk saya tulis di sini? Apa kaitan dengan blog saya ini ya….

Bila membaca kisahnya, saya rasa seperti boleh dipercayai. Mengapa? Kenal Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy? Saya berpeluang mendalami ilmu penjagaan ibu dalam pantang secara persendirian dengan beliau selama 7 hari bulan Apr lepas.

Sambil menurunkan ilmu-ilmu beliau, beliau menceritakan pengalamannya bagaimana menjaga kesihatan dan kecantikan. Sepanjang bersama-sama beliau saya perhatikan kulit mukanya. Masih anjal dan tegang. Tampak awek muda.

Seperti memahami saya, sambil bercerita, beliau menunjukan kulit-kulit tangan dan kakinya yang masih anjal sebagai bukti apa yang diusahakan sejak muda itu. Usia sama seperti Miss Thai, iaitu 67 tahun. Muka beliau tidak seperti 67 tahun, masih tegang dan kulit masih cantik. Begitu juga kulit kaki dan tangan, tidak berkedut seperti orang tua. Masih tegang. Kulit muka mungkin boleh disuntik untuk kelihatan tegang, tetapi andai keseluruhan masih anjal, saya percaya itu kesan amalan sejak muda.

Apakah amalan untuk tampak awek muda?

Menurutnya sejak muda telah menjaga dalaman dengan amalkan herba  dan ulam-ulaman. Penjagaan luaran turut dititik beratkan. Rajin mengamalkan bertangas, berlulur dan tidak ketinggalan bersenam. Selain itu amalkan juga berzikir.

Ini dibuktikan dengan pendedahan doktor yang merawatnya. Selepas kematian ibunya (tidak silap saya berlaku pada tahun 2010 atau mungkin awal lagi), beliau sangat sedih dan menjadi lemah. Anak-anaknya yang risau keadaannya membawa berjumpa doktor. Berjalan pun rasa tidak berdaya. Doktor membuat pemeriksaan rapi.

Beliau terkejut apabila doktor maklumkan organ dalamannya dalam keadaan baik. Tidak seusia dengan usianya. Seperti organ orang muda. Agak lucu ketika itu, apabila mendengar kata-kata doktor,  beliau terus rasa sihat dan kuat.

Badannya mungkin kelihatan berisi. Keturunan arab badan besar, jadi faktor genetik sukar diubah. Namun jika kelihatan terlalu kurus, menampakan tua juga. Sebaiknya bersederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

Berbalik kepada Miss Thai, saya percaya dengan penjagaan dan amalan yang betul, tidak memerlukan rawatan moden atau suntikan untuk kelihatan awek muda.

NR

 

Gambar ini diambil pada tahun 2009. Saya bersama datin dan 3 anak perempuannya. Beberapa hari sebelumnya saya berjemur di pantai. Muka menjadi gelap, tenggelam di keserian mereka yang lebih berusia dari saya. Saya paling muda dalam gambar ini. Ketika ini ada majlis penganugerahan jualan tertingggi NR dan saya salah seorang yang mendapat anugerah. Masih teringat melihat anak-anak datin yang berada di hadapan. Mereka seperti anak patung, kelihatan cantik tidak seperti di usia 40 an.

Amalan tradisional melayu yang betul diamalkan berterusan, hasilnya diraih ketika tua. Hasilnya, awek muda dan tidak dimamah usia. Di usia muda, di kala kulit masih anjal, tiada perbezaan ketara antara mereka yang amal atau tidak. Namun di saat kulit mula hilang keanjalan, kesan penjagaan mula kelihatan. Begitu juga dengan kesihatan, mereka yang tidak menjaganya mudah mendapat pelbagai penyakit.

Tampak menyukarkan dengan pelbagai amalan ini. Namun suatu hari apabila membuat perbandingan dengan mereka yang seusia, pasti bersyukur melakukan penjagaan ini. Tidak perlu membazir duit atau membahayakan diri dengan rawatan moden yang memberi kesan sampingan. Mengambil ubatan dadah yang mempunyai kesan sampingan. Lebih mengecewakan, wang dah keluar, tiada hasil seperti diharapkan.

Belum terlewat untuk mengamalkan amalan ini. Ini adalah amalan melayu yang semulajadi dan memberi manfaat. Kini telah mula cuba diamalkan di barat. Sayang sekali, kita di sini semakin meminggirkannya dengan alasan tidak moden.

Datin juga memberitahu, dia mengeluarkan NR untuk membantu orang ramai. Produk ini mungkin mahal dari beberapa produk lain. Ini kerana ia menggunakan bahan yang asli dan kualiti dijaga. Andai anda boleh membuat sendiri bahan-bahannya dan tahu mengamalkan herba, mulakan pengamalan dari sekarang. Andai tidak tahu, dapatkan saja produk yang telah tersedia ini.

Walau apapun, kecantikan dan kesihatan yang baik datang daripada Allah s.w.t. Amalan dilakuan hanya jambatan yang mengiyakan pemberian Allah s.w.t. Yakin dengan Allah yang memberinya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *