Berita & pengumuman

Harga kemerdekaan dibayar dengan darah

 merdeka

 

 

Saya kira ramai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Gaza dalam peperangan terbaru menentang Zionis yang menjajah negara mereka. Syukur Alhamdulillah, mereka mencapai kemenangan.

Sejak bermulanya peperangan kali ini, setiap saat saya mengikuti perkembangannya. Sedih melihat anak-anak kecil yang comel terkorban. Orang-orang awam yang tidak berdosa dibunuh.

Begitulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemerdekaan. Di bayar dengan darah.

Alhamdulillah negara kita bakal menyambut hari kemerdekaan ke 57 Ahad ini. Saya masih ingat ibu sering cerita kisah dia menentang penjajah. Ibunya, nenek saya adalah antara yang memperjuangkan kemerdekaan.

Mendengar kisah nenek dan beberapa nenek dan datuk saudara yang berkorban samada harta atau tenaga. Mereka penuh bersemangat berjuang.

Ibu dan nenek turut berada di stadium merkeka ketika laungan kemerdekaan. Saat yang sangat mengembirakan dan dipenuhi semangat yang membara.

Namun kini erti kemerdekaan semakin dilupai. Seperti terjajah semula. Minda terjajah dengan budaya dan adat asing.

Tanamkan semangat kemerdekaan dengan membina negara yang berdaulat dan maju. Dan dalam masa sama jaga ahklak dan moral, kerana individu yang terjajah akan membentuk negara ‘terjajah’.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *