Tip Bayi & Anak-anak

Bermain merangsang minda anak

kreatif1 kreatif2 kreatif3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ini anak bongsu saya, Dafinah. Umur 4 tahun.

Tiba-tiba tadi Dafinah tanya, “kotak tu nak pakai lagi tak mama?”

Lebihan kotak saya guna untuk bungkus order pagi tadi.

Saya teruskan dengan kerja di depan komputer.

Saya mula perasan Dafinah sedang membuat sesuatu di lantai. Saya perhatikan dan tidak bertanya. Hanya ambil beberapa gambar dia.

Bila siap, saya bertanya, “Itu untuk apa?”

Dia ambil bola sambil beritahu “tempat letak bola.”

Oooo 🙂

Masa kanak-kanak banyak dihabiskan untuk bermain. Bermain ini adalah suatu yang baik buat anak-anak. Bermain merangsang minda anak. Aktiviti yang dilakukan memerlukan koordinasi fizikal dan skil motor.

Ketika bermain, anak akan berimaginasi dan berfikir secara kreatif. Biarkan anak bermain tanpa gangguan. Anak akan berimaginasi. Jika dilarang, ini akan mengganggu imaginasi anak.

Selain itu, anak-anak akan mengenali benda-benda disekitarnya. Pernah tak anak anda bermain dengan pinggan mangkuk di rak-rak. Mengambil periuk dan mengetuk-ngetuk dengan sudu atau senduk. Apabila mengelurkan bunyi dia berhenti seketika dan menyambungnya semula. Esok anak akan main lagi.

Atau anak anda menarik baju-baju yang telah disusun di dalam almari. Mereka akan menarik sehelai demi sehelai. Aktiviti ‘mengemas’ anak. 🙂

Ini permainan buat mereka. Anda boleh bantu anak mengenali barang sekeliling dengan memperkenalkan barang berkenaan.

Bermain dengan anak juga akan mengeratkan ikatan antara ibu ayah dan anak. Anak akan belajar cara berkomunikasi. Ini juga akan merangsang minda anak.

Anak-anak cukup terhibur bermain walaupun sekadar  bermain enjit-enjit semut. Permainan mudah tetapi mempunyai aktiviti pergerakan mengikut turutan yang perlu difahami anak.

Bermain dengan anak juga memberi kebaikan untuk ibu dan ayah.Terasa tenang dan gembira melihat kegembiraan anak dan buat seketika berada di dunia kanak-kanak yang penuh imaginasi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *