Berita & pengumuman

Selamat hari raya…

Begitu lama tidak menulis blog ini. InsyaAllah akan kembali menulis seperti dulu-dulu.

Banyak perkara berlaku dalam tahun ini. Pahit dan manis. Saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.  Apa sahaja yang berlaku, saya bersyukur dan redha.

Selepas mempertimbangkan beberapa perkara, saya telah mengambil keputusan menutup kedai di Kota Damansara dan meneruskan di rumah sahaja. Buat masa sekarang saya teruskan produk-produk yang utama saja. Ramai pelanggan setia yang terkejut. 6 tahun saya beroperasi di situ.

Alhamdulillah saya mengambil keputusan yang betul.

Tahun ini juga tahun kegembiraan buat saya. Anak dyslexia saya sudah mula menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak. Dia sudah boleh membaca dengan lancar. Walau agak lewat, darjah 2 tapi itu perkembangan yang paling besar buat saya.

Paling gembira, dia masih ingat saat saya mengajarnya sendiri. Ketika hentikan daripada tadika, agak risau, betulkah keputusan saya. Saya gunakan naluri keibuan saya dan yakin saya mampu lakukan. Masih teringat saat kesedihan saya. Sering menitiskan mata mengenang anak istimewa saya itu.

Sebelum ini saya kurang masa dan serahkan kerja-kerja saya kepada pekerja saya. Alhamdulillah ada pembantu. Namun ini menyebabkan saya kurang beri tumpuan, banyak tumpu pada keluarga.

Sekarang ini, masa yang sesuai untuk melihat semula sekeliling saya. Update semula blog, facebook dan website.

Banyak yang saya pelajari terutama pengurusan masa, sistem dan ragam manusia. Belajar buat kek, sesuatu yang saya sangka sampai bila-bila saya tak mampu buat. Kek bantat le, tak jadi 🙂 Saya dapati tiada perkara mustahil. Yang menentukan mustahil atau tidak terletak di fikiran kita.

Saya yakin masa depan saya akan lebih baik dari masa lepas. Hari ini saya perlu terus melangkah walaupun dalam keadaan bertatih semula.

Syukur atas segala nikmat yang Allah berikan ini

Harapnya belum terlewat untuk mengucapkan

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *