Tip Bayi & Anak-anak

Pagar tangga halang anak main tangga

Berbual-bual dengan seorang pelanggan saya, seorang nenek. Anak dan cucunya tinggal sekali.

Dia bercerita cucunya sudah mula merangkak dan memanjat tangga di rumah.

Saya tanya, tidak beli pagar tangga untuk halang tangga ke?

Dia sengaja tidak beli. Kalau halang bagaimana anak itu hendak belajar. Tetapi jangan dibiarkan sendirian. Sentiasa bersama-sama dengan anak. Kalau halang, anak tu tetap nak naik. Proses belajar.

Kalau nak masak atau buat kerja pula bagaimana? Dia jawab, dia letak kerusi halang tangga.

Masa anak sulung, rumah saya rumah setingkat. Masa anak no 3 dan 4 dah duduk rumah 2 tingkat. Saya beli pagar tangga sebab susah nak kawal, anak beza 1 tahun. Saya baru mula perniagaan online masa tu.

Anak no 5 saya ambil keputusan tidak pasang pagar tangga tapi penat lah sebab sentiasa kena ikut dia turun naik tangga dan perhatikan dia.

Namun lebih mudah sebab minat dia hanya seketika tidak seperti anak yang saya letak penghalang.

Apa-apa pun keselamatan anak-anak di rumah amat penting. Keputusan untuk guna pagar tangga penghalang bergantung kepada naluri keibuan kita. Jika yakin mampu jaga, tidak perlu pagar tangga ini. Jika tidak yakin, gunakan kemudahan yang ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *