Tip Bayi & Anak-anak

Anak istimewa

Semalam saya sekeluarga ke taman permainan. Ada seorang anak kecil ini, saya nampak dia tampar seorang anak kecil sebaya dia. Mula memberi tumpuan pada dia. Setiap budak di situ dia akan tolak atau buat sesuatu. Jarang berlaku begini. Saya simpan sebarang komen dan tidak membuat sebarang penyataan dalam hati saya.

Tiba-tiba dengar ibunya datang dan bertanya, ambil aiskrim siapa. Saya pandang dia tengah makan aiskrim. Lembut ibunya bertanya. Makin tertarik pula saya. Kalau saya, suara dah mula tinggi. Saya senyum pada ibunya.

Ketika ini saya mula perasan anak ini anak istimewa seperti down sindrom. Ibunya bertanya budak-budak di situ aiskrim siapa anak dia ambil. Bila dah jumpa dia suruh tunggu untuk ganti.

Bila balik, dalam kereta bercerita tentang anak ini. Rupanya anak no 4 saya pun kena tolak juga.

Cabaran menjaga anak istimewa. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Masyarakat perlu beri sokongan dan cuba memahami keadaan anak-anak begini. Kadang-kadang masyarakat kurang mengerti suka melabel ibu bapa tidak tahu menjaga anak. Lebih teruk ada yang meminta anak begini dikurung dan tidak dibenarkan keluar rumah.

Timbul kesyukuran dalam hati. Mungkin Allah tunjuk sebab saya sedang bersedih bagaimana nak atasi masalah anak istimewa saya.

Secara zahir dia nampak normal. Namun perangai sangat keanak-anakan. Darjah 1 masih meragam seperti anak kecil. Kadang malu bila di khalayak ramai mendengar kata-katanya seperti mama tak guna, memanggil seseorang yang badan sangat gempa orang gemuk dan pernah dia memanggilnya nenek saudaranya orang gila. Apa boleh buat, saya maklum masalah anak saya dan minta maaf.

Betapa besarnya masalah kita, ada lagi yang lebih hebat dugaan. Redha dan bersabar. Ganjarannya pasti besar untuk mereka yang bersabar. Moga berilah kesabaran itu kepada diri hambaMu yang lemah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *