Tip Bayi & Anak-anak

Bulan September, bulan dugaan

Agak lama tidak menulis di blog saya. Pelbagai peristiwa hebat berlaku sepanjang Sep yang benar-benar menduga kesabaran saya. Syukur semuanya kini beransur pulih.

Apa terjadi melingkungi keluarga dan perniagaan saya. Anak istimewa saya alami masalah untuk ke sekolah. Dia mula tertekan dengan keadaan di sekolah. Hampir 3 minggu dia tidakĀ  ke sekolah. Saya risau dia kena tindakan displin. Beberapa kali saya pergi ke sekolah dan hubungi guru-gurunya.

Memarahi anak saya ini tidak menyelesaikan masalah. Jalan terbaik adalah berbincang dengan guru-gurunya agar lebih faham keadaannya. Saya juga ambil tindakan beri tumpuan kepadanya, mengajarnya dan memberi semangat kepadanya. Syukur masalah mula selesai apabila guru-gurunya mengambil tindakan mengikut caranya yang tidak suka dimarah-marah. Terima kasih kepada guru-gurunya kerana mengubah pendekatan dan menyebabkan dia ingin ke sekolah semula.

Selain itu saya cuba dapatkan bantuan untuk meningkatkan pelajarannya. Syukur saya dipermudahkan. Allah menemukan saya dengan seseorang yang alami masalah yang sama. Dapat bertukar pendapat.

Dalam masa yang sama, saya alami masalah pekerja. Seorang sakit dan bercuti panjang. Seorang pula berhenti mengejut. Dapat pula pesanan yang banyak. Masa itu juga anak sulung saya dimasukkan ke hospital kerana denggi.

Website saya juga sering alami masalah. Ketika ini dalam keadaan penuh dugaan, agak sukar untuk beri tumpuan kepada masalah ini.

Saya hanya mampu bertenang dan bersabar. Marah pada keadaan tidak akan selesaikan masalah. Saya selesaikan satu persatu masalah saya. Beri tumpuan pada satu persatu masalah saya mengikut keutamaan.

Semua saya pandang secara positif. Saya dapat memahami anak istimewa saya dengan lebih mendalam. Saya dapat melihat kelemahan-kelemahan yang berlaku di ruangan pekerja saya dan membetulkannya. Saya juga dapat membuat keputusan drastik keluar dari masalah website saya yang telah beberapa bulan bermasalah.

Syukur atas apa yang terjadi!

PENGUMUMAN

Website kini adalah www.mamandamia.my. Sempena dengan pembukaan web baru, terdapat promosi istimewa sehingga 31 Okt 2013 ini.

Untuk sebarang pertanyaan melalui email boleh gunakan sales@mamandamia.my atau hubungi 03-61433094

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *