Tip Bersalin dan Berpantang, Tip Kesihatan

Baby blues

Ibu yang baru bersalin mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ibu memerlukan rehat yang mencukupi untuk pulih semula. Perubahan hormon akan mempengaruhi emosinya. Perubahan ini mungkin memberi kesan kecil dan  mungkin memberi kesan yang besar mempengaruhi ibu. Perasaan ini mungkin hanya akan hilang selepas beberapa minggu.

Ibu akan mengalami tekanan perasaaan, berlaku perubahan besar dalam hidupnya untuk menguruskan bayi. Dia akan rasa tanggungjawab bertambah dan perlu menguruskan pelbagai perkara. Perkara ini biasa terjadi kepada ibu yang baru melahirkan anak. Peranan orang sekeliling terutama suami amat penting untuk membantu ibu ini.

Sekiranya emosi ibu masih tidak stabil, ibu mungkin mengalami apa dipanggil baby blues. Jika alami perasaan baby blues , akan mengambil masa lebih lama untuk hilang, mungkin sehingga dua bulan. Ini boleh terjadi sekiranya ibu yang alami tekanan tidak mendapat sokongan pihak suami dan orang sekelilingnya. Ibu akan jadi seorang pemarah, sedih dan tertekan. Ini semua membuatkan keadaan semakin teruk. Tekanan ini mungkin hilang dan datang semula.

Bagi mengelak masalah baby blues , dapatkan rehat yang cukup dan makan dengan betul. Pemakanan penting untuk cepat sembuh dan kembali cergas. Elak pemakanan yang tidak sihat seperti makanan diproses. Makanan ini hanya menburukkan keadaan. Kerana itu amalan berpantang ketika bersalin perlu diikuti. Elak makan makanan yang tidak sesuai dengan badan ketika dalam pantang.

Peranan suami untuk membantu isteri, sentiasa ambil berat terhadap isteri. Sekiranya isteri ingin mengadu sesuatu, dengar luahannya. Jangan menjatuhkan semangatnya dengan memberi pendapat yang negatif. Hiburkan hatinya. Fikirkan kesusahan isteri alami lebih sukar daripada apa yang suami lalui. Sekiranya perlu, bawa isteri berjalan-jalan untuk menenangkan perasaaannya. Beri kata-kata perangsang.

Sekiranya nampak kesan baby blues yang teruk kepada ibu, perlu ambil tindakan berjumpa dengan doktor. Suami atau orang keliling perlu kenalpasti keadaan ini. Jika berlaku salah faham keadaan ini, akan memburukkan keadaan. Bantuan doktor diperlukan untuk atasi masalah ini. Masalah ini tidak mungkin dapat boleh diatasi sendiri.

Perlukan bengkung, sila klik di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *