Tip Bayi & Anak-anak

Mitos masyarakat melayu

Dalam masyarakat kita, sering kita kaitkan sesuatu terjadi kerana penyebab tertentu. Mitos masyarakat melayu ini ada kala ia penting diambil tahu, ada kala ia perkara normal, ada ada kala menyebabkan akidah terpesong.

  • Rambut gugur selepas bersalin, kita kaitkan dengan bayi yang sembur air liur. Sebenarnya rambut gugur kerana perkara itu semulajadi berlaku kerana berlaku perubahan hormon. Dan air liur bayi itu menunjukan bayi kita normal. Jika tiada air liur, perlu risau.
  • Anak mempunyai masalah perangai yang agak luar biasa, kita kaitkan anak itu anak kedua atau anak itu anak lahir hujung tahun. Jadi sememangnya begitu perangainya. Sedangkan mungkin anak ada masalah yang kita perlu bantu. – amal minum soya ketika mengandung, kulit anak akan menjadi putih. Ini tiada kaitan. Kulit anak dipengaruhi oleh gen ibu dan ayah. Amalan pemakanan ibu mengandung perlu mengikut keperluan dan pelbagaikan jenis makanan. Sekiranya terlebih ambil soya boleh menyebabkan alahan pula pada anak.
  • beri bayi perempuan makanan manis seperti gula agar besar nanti manis paras rupa. Mana mungkin hanya dengan dengan gula rupa anak menjadi manis.
  • tanam uri bayi dengan sesuatu sebagai peneman. Contohnya tanam bersama-sama pen dengan harapan anak menjadi pandai bila besar. Anak itu membesar atas didikan ibu ayah bukan kerana peneman urinya.
  • Menyapu kepala bayi dengan darah haiwan yang diaqiqahkan, meletakkan Al-Quran dikepala bayi, gula atau apa-apa sahaja di kepala bayi ketika melakukan aqiqah dengan harapan tertentu. Ini adat yang merupakan bidaah.

Berhati-hati dengan mitos masyarakat melayu ini terutama yang memesongkan akidah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *