Tip Kehamilan / Mengandung, Tip Pemakanan

Makanan trimester pertama mengandung bagi ibu Darah O

Semalam baca semula buku Eat right for your baby, teringin saya share sedikit tip untuk ibu mengandung. Buku ini ditulis mengikut trimester bagi semua jenis darah. Mungkin dengan amal sedikit tip ini, memudahkan berpuasa.

Tip untuk trimester pertama mengandung bagi ibu darah O, trimester yang ramainya alami loya dan muntah. Untuk atasi atau kurangkan pedih ulu hati dan morning sickness boleh cuba tip di bawah.

– makan pelahan-lahan dan kunyah sehingga hancur
– elak makanan berasid seperti oren, asam jawa dan strawberi
– elak kopi , coklat, gula-gula
– elak gandum dan tenusu
– selepas makan jangan terus baring
– jika ingin ambil barang, jangan bongkok tetapi bengkok lutut.
– jangan minum semasa makan
– elak bau atau melihat makanan yang tidak memualkan
– boleh lakukan senaman ringkas yang sesuai

Trimester pertama mengandung agak mencabar, moga dengan tip ini mengurangkan masalah biasa dialami oleh ibu mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *