Tip Pemakanan

Makanan serasi

Kenapa ada makanan serasi dengan seseorang, namun tidak serasi dengan kita. Jika menurut Peter Adamo dalam bukunya “Eat right for your blood”, pemakanan adalah mengikut darah. Untuk ibu hamil dan menyusu boleh dapatkan buku Eat Right for Your Baby.

Jenis darah mempengaruhi apa jenis makanan yang sesuai. Jika makanan serasi, tidak timbul masalah. Jika jenis darah tidak sesuai dengan makanan, akan menyebabkan alahan atau timbul masalah.

Contohnya darah O mempunyai tahap asid yang tinggi dalam perut. Jika dipermulaan mengandung untuk mengurangkan masalah pedih ulu hati, muntah dan morning sickness jadi kena elak makanan berasid. Ummm makanan biasa diambil untuk hilang loya, rupanya memburukkan keadaan.

Banyak makanan dilarang makan kerana ada individu yang makan alami alahan sedangkan ada individu lain tiada masalah. Jadi semua orang tidak boleh makan. Atau ada makanan selesaikan masalah rupanya penyebab masalah pula pada kita. Mungkin dengan mencuba makanan ikut jenis darah ini dapat membantu mencari makanan serasi dengan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *