Tip Penyusuan

Berat bayi susu ibu vs susu formula

Dalam usia setahun, ibu dan ayah sering memantau perkembangan anak-anak mereka. Setiap perubahan diperhatikan terutama berat bayi. Bayi yang mendapat susu ibu secara ekslusif menjadi kerisauan kepada para ibu dan ayah apabila selepas 3 atau 6 bulan, berat bayi mula menurun apabila dibandingkan dengan carta pembesaran bayi.

Kadang ada orang menyapa berapa bulan bayi kita dan menyangka kurang dari usia sebenar. Tentu terasa rungsing dengan penyataan begini. Benarkah bayi kita kurang berat?

Berat bayi menyusu susu ibu akan menurun tidak seperti perkembangan dalam carta tumbesaran bayi. Pada asalnya berat bayi adalah selaras dengan carta, namun kemudian berat lebih rendah daripada dalam carta. Ini akan menimbulkan kerisauan adakah susu tidak mencukupi.

Ini kerana sebenarnya carta yang sering digunakan adalah untuk anak yang menyusu susu formula. Carta ini tidak sama untuk anak yang menyusu susu ibu. Keadaan sebenar, bayi yang menyusu susu ibu secara semulajadi pertambahan berat tidak sebanyak seperti bayi menyusu susu formula.

Susu ibu berubah mengikut pembesaran anak dan keperluan sebenar anak. Jadi selepas beberapa bulan kandungan kalori dan khasiat berubah mengikut usia bayi. Berbeza dengan susu formula. Terdapat carta baru untuk bayi yang menyusu susu ibu. Jika mengikut carta ini, bayi menyusu susu formula akan kelihatan lebih berat. Namun untuk bayi menyusu susu ibu, berat adalah mengikut selaras perkembangan sebenar.

Carta ini masih kurang digunakan. Jika membuat perbandingan berat bayi, bertanya dengan doktor, samada carta itu adakah carta untuk bayi menyusu susu formula atau susu ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *