Tip Bayi & Anak-anak, Tip Penyusuan

Perbezaan anak susu ibu dan susu formula

2 hari lepas berbual dengan adik saya tentang anak-anak kami. Anak sulung dia masuk hospital sebab sukar bernafas 2 minggu lepas. Mudah dapat penyakit. Anak-anak lain tidak macam itu. Bayi dia, baru 10 bulan lebih kuat berbanding kakaknya. Sama juga dengan anak sulung saya dan adik-adiknya.

Inilah perbezaan anak menyusu susu ibu dengan susu formula. Anak sulung saya juga masa kecil kerap keluar masuk hospital. Menyusu susu ibu hanya beberapa minggu. Pelbagai penyakit, asma, jangkitan kencing, telinga. Aha nurse kat hospital pun kenal kami. 🙂

Masuk sekolah, minggu pertama pasti kena asma sebab sekolah berhabuk. Hanya selepas darjah 5 berkurangan masalah ini. Ada satu ketika sangat teruk keadaannya, tercunggap-cunggap cuba bernafas. Cemas mengingatkan semula keadaan itu.

Alhamdulillah adik-adiknya tidak alami masalah abang-abangnya. Sihat dan jarang sakit. Nampak perbezaan ketara kerana adik2nya menyusu susu ibu. Damia masa kecil, susah makan ubat. Masuk ubat, dia muntah semula. Biasanya sembuh hanya dengan dia kerap minum air. Alhamdulillah hospital sudah tidak menjadi rumah kedua kami.

Puncanya dahulu, saya kurang ilmu. Berlaku salah sangka tentang penyusuan susu ibu. InsyaAllah kita sebenarnya mampu memberi susu ibu kepada bayi kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *