Tip Kehamilan / Mengandung, Tip Kesihatan

Puasa ibu mengandung atau menyusu susu ibu.

Bulan Ramadan datang kembali. Bulan penuh keberkatan. Bulan perut dapat berehat di siang hari. Amalkan berbuka dengan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jangan membalas dendam dengan makan sepuasnya. Terpaksa bekerja keras pula perut 2 kali ganda biasa. 🙂

Ibu mengandung atau menyusu susu ibu, atas rasa kasih sayang pada bayi mungkin timbul kerisauan samada memberi kesan buruk atau tidak kepada bayi . Puasa ibu mengandung atau menyusu badan masih boleh berpuasa seperti biasa. Tidak memudaratkan jika anda menjaga amalan pemakanan sepanjang bulan Ramadan ini.

Tip pemakanan ketika puasa ibu mengandung atau menyusu susu ibu:

–          Makan kurma dapat memberi tenga segera. Amal makan kurma ketika berbuka dan bersahur.

–          Berbuka puasa di awal waktu, jangan lewatkan.

–          Minum air berkhasiat seperti jus buah-buahan atau air soya. Dapat bekalkan air dan khasiat dari buah-buahan itu.

–          Dapatkan makanan seimbang yang mempunyai karbohiderat, protein, mineral dan vitamin. Iaitu contohnya makan nasi, ikan, sayur dan buah. Kalau makan makanan tidak lengkap contohnya mee sup ayam yang tiada sayur. Ambil tambahan sayur dan buah sebagai pelengkap.

–          Makan waktu moreh. Minum air secukupnya sepanjang malam, 3 ke 5 gelas mengikut keperluan badan. Ambil dalam beberapa kali dalam sela masa tertentu. Jangan minum serentak 3 gelas.

–           Lewatkan waktu bersahur di akhir waktu.

–          Jika perlu, boleh ambil pil tambahan seperti multivitamin.

Tip-tip ini diamalkan serba sedikit dapat membantu menjalankan ibadah puasa. Yakini puasa ini mudah dan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *