Tip Bayi & Anak-anak, Tip Penyusuan

Cerai susu ibu, bila masa yang sesuai?

Dalam islam ada dinyatakan dalam Al-baqarah ayat 233 digalakkan memberi susu ibu sehingga cukup 2 tahun. Jadi umur yang sesuai untuk cerai susu ibu adalah pada usia anak 2 tahun. Jika tiada halangan berikan anak susu ibu sehingga usia ini.

Namun bergantung kepada keadaan ibu. Ada keadaan tidak izinkan hanya dapat susukan tempoh tertentu sahaja. Terpaksa cerai susu ibu lebih awal. Contohnya kehamilan yang memudaratkan jika meneruskan penyusuan. Atau ada masalah kesihatan, tidak dapat meneruskan penyusuan. Jika bekerja jarak jauh dan masih berjumpa anak seminggu sekali, penyusuan masih boleh dilakukan dengan membuat perahan.

Masih belum cerai susu ibu selepas 2 tahun? Bergantung kepada individu. Ada juga yang masih meneruskannya sehingga anak itu 4,5 tahun. Lebih tempoh ini, kalau ibu rasa selesa dan tiada masalah, boleh teruskan. Andai rasa kurang selesa, tidak perlu memaksa diriĀ  hanya kerana sukar atau tidak tahu bagaimana hendak cerai susu ibu. Terutama anak yang masih ingin menyusu. Akan alami sedikit kesukaran untuk cerai susu ibu. Jangan risau, tangisan anak ketika ini adalah proses semulajadi. Selepas itu, anak akan kembali seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *