Tip Penyusuan

Bagaimana hendak tambah susu?

Selalu mendapat pertanyaan, bagaimana hendak tambah susu. Bila saya tanya beberapa soalan, saya dapati sebenarnya bukan tidak cukup susu. Hanya salah faham susu tidak cukup.

Ramai yang bandingkan susu ibu dengan susu formula.

Pertama –  susu formula boleh disukat dan kita mengetahui berapa jumlah yang telah diambil, jadi rasa yakin susu mencukupi

Kedua – bayi kenyang dan tidur lama selepas menyusu susu formula, menyebabkan yakin bayi mendapat susu yang cukup.

Kedua ini sebenarnya antara penyebab utama, ibu hilang keyakinan pada susu sendiri. Akibatnya ibu sering bertanya cara untuk tambah susu. Fikiran menjadi runsing dan mula memikirkan untuk menambah susu formula. Di tambah pula mendapat nasihat salah dan kerisauan ahli keluarga, memburukkan lagi keadaan.

Pertama, susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi. Kolostrum dihasilkan sedikit sesuai dengan keperluan perut bayi ketika ini. Hanya perlukan 4 sudu kecil susu sahaja.

Kedua mengapa bayi kerap menyusu dan tidak tidur lama seperti susu formula. Ini kerana susu ibu mudah hadam dan menyebabkan bayi perlu kerap diberi susu. Susu formula sukar hadam jadi berada lama dalam perut bayi. Ini juga menjadi punca kembung perut kesan susu sukar dihadam.

Paling penting, jangan tambah susu formula. Sekiranya mula menambah susu formula, ini penyebab susu ibu akan makin berkurang. Susu tidak bertambah mengikut keperluan bayi kerana sudah diberi susu formula. Pengeluaran susu bergantung kepada kadar bayi menyusu. Jika waktu penyusuan telah diganti dengan susu formula, susu tidak distimulasikan ketika itu.

Cara untuk tambah susu ibu adalah dengan memberi kerap dan jangan menambah susu formula atau air suam. Yakini susu anda cukup untuk bayi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *