Sediakan makanan bayi sendiri

Selepas usia enam bulan, bayi mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Makanan bayi ini boleh disediakan sendiri. Menyediakan makanan bayi adalah mudah dan dengan memasak sendiri, makanan bayi terjamin bersih. Anda boleh mengawal kandungan makanan dan cara menyediakannya. Kosnya juga lebih murah.

Untuk memudahkan penyediaan makanan bayi ini, anda memerlukan beberapa peralatan. Untuk bayi berusia enam bulan, bayi mula diperkenalkan dengan bubur. Slow cooker amat berguna dan sangat mudah menggunakannya. Ia mengambil masa beberapa jam untuk masak dan anda boleh laraskan masa. Bubur menjadi sangat lembut dan hanya gunakan tapis untuk memastikan ia benar-benar hancur.

Jika anda bekerja, sebelum tidur, anda boleh masak gunakan slow cooker dan esok pagi sudah tersedia. Kali pertama mencubanya, lakukan siang hari ketika anda tidak bekerja untuk mengetahui tempoh sebenar dan cara mengawal slow cooker serta jumlah air yang perlu.

Selain itu, jika anda mula campur ayam atau makanan yang keras, boleh gunakan pemproses makanan untuk hancurkan makanan bayi. Ada pemproses khas untuk bayi dijual di pasaran. Makanan yang telah dimasak, hancurkan dahulu dengan pemproses makanan. Sebelum usia setahun, bayi belum bersedia menerima makanan yang keras, jadi perlu pastikan makanan hancur sebelum diberi pada bayi.

Untuk memanaskan makanan bayi, boleh gunakan cara double boiler iaitu, memanaskan air dan mangkuk berisi makanan diletak di dalam air panas itu. Ada juga peralatan yang dijual untuk memanaskan makanan ini secara otomatik. Kacau sebelum beri kepada bayi agar kepanasannya sama rata.

Makanan bayi boleh dicampur dengan susu ibu atau susu formula terutama jika terlalu pekat. Makanan bayi tidak perlu diletak sebarang perasa seperti garam atau gula. Makanan bayi ini boleh disejukbeku untuk simpanan. Gunakan bekas yang kecil dan mudah diambil mengikut sukatan yang diperlukan sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>