Tip Bersalin dan Berpantang

Tanda bersalin

Apakah tanda bersalin?

Terdapat empat tanda bersalin iaitu kontraksi, turun darah dan keluar air ketuban. Sebelum itu anda sudah mula alami Braxton Hick, iaitu tanda kontraksi palsu. Ianya semakin kerap frekuensi tetapi tidak tetap. Lendiran daripada vaginal semakin meningkat dan perasaan keibuan anda dapat merasai perlu membuat persiapan dan rasa saat bersalin semakin hampir.

Tanda bersalin – Kontraksi

Kontraksi adalah jangka masa antara otot-otot rahim tegang dan kembali tenang. Otot rahim adalah otot yang paling besar dalam badan wanita. Agak sukar untuk tentukan bila kontraksi sebenar akan berlaku. Rasanya seperti alami kejang atau tegangan atau sakit di belakang yang dibawa ke hadapan. Perut mengeras, jika ditekan akan rasa keras. Tujuan kontraksi ini adalah untuk mengeluarkan bayi dengan cara menegang dan menipis bahagian atas rahim sementara servik dan bahagian bawah rahim meregang dan tenang.

contraction

Kontraksi berlaku dalam sela waktu yang memberi masa untuk ibu dan bayi berehat. Untuk mengira sela waktunya, kontraksi dikira bermula saat datang rasa tegang dan perut mengeras, kemudian tenang dan kemudian datang semula kesakitan. Sela datang semula kesakitan ini adalah jangka untuk kiraan sela berlaku kontraksi

Kontraksi yang berlaku semakin kerap menunjukan tanda akan bersalin. Jika tanda itu hilang, itu hanya tanda palsu.

Tanda kemungkinan kontraksi yang betul.

  • Mungkin pada permulaan tidak tetap kemudian semakin tetap
  • Semakin kuat dan lama kontraksi
  • Bila berbaring rasa sakit itu tidak hilang
  • Mula rasa sakit di belakang kemudian sakit di depan

Jika terdapat tanda-tanda di atas, segera buat pemeriksaan untuk kepastian samada ini tanda bersalin atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *