Tip Bersalin dan Berpantang

Tuam atau tungku

Bertuam dilakukan dua minggu pertama selepas bersalin. Ketika ini tidak perlu bertungku. Dua minggu pertama rahim tidak boleh ditekan sama seperti berurut. Lakukan tuaman secara lembut. Tujuan tuaman adalah untuk mengeluarkan darah bantal(ketul) dan angin toksin. Bertuam dapat mengecutkan rahim. Selain itu juga, ia dapat melembutkan urat yang tegang. Jika dilakukan rawatan berurut tanpa bertuam boleh menyebabkan berlaku kejutan pada urat. Ini akan menyebabkan terjadi demam urat iaitu badan terasa seram sejuk, sendi dan otot terasa sakit. Badan jadi lemah dan tidak bermaya.

Sapu minyak pada badan. Tuam badan dengan batu sungai atau batu tanah yang telah dipanaskan. Alas batu ini dengan daun mengkudu hutan dan letakan campuran herba untuk bertuam. Balut batu ini dengan kain yang sesuai. Lakukan secara lembut, tidak perlu ditekan.

Tuam sering disalah tafsir sama seperti tungku.Perbezaan tuam dan tungku, tuam dilakukan lebih lembut. Selepas bersalin amalan yang betul adalah melakukan tuaman dahulu, kemudian baru dilakukan bertungku.

Tungku besi dan tungku moden boleh didapati di www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *