Tip Bayi & Anak-anak

Tahnik Bayi

Maksud tahnik bayi adalah memasukkan makanan manis ke mulut bayi. Mentahnik bayi juga merupakan satu sunnah nabi. Sebaiknya bayi ditahnik sebelum diberi makanan lain.

Cara mentahnik bayi sebaik-baiknya adalah dengan menggunakan kurma. Jika tiada kurma, boleh gunakan buah-buahan manis lain. Kunyah sedikit kurma sehingga lembut dan suapkan ke mulut bayi menggunakan jari telunjuk. Selepas itu berdoa untuk bayi. Ini dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika mentahnik Abdullah bin Zubair, anak kepada Asma binti Abu Bakar.

Tahnik bayi boleh dilakukan oleh bapa. Boleh juga dilakukan oleh ulama, kaum keluarga, sahabat atau jiran yang beraklak mulia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *