Tip Bayi & Anak-anak

Hari pertama bayi

Saya masih ingat hari pertama bayi sulung  saya 13 tahun dahulu, selepas bersalin bayi saya terus di bawa pergi. Hanya sempat tengok apa jantinanya. Ketika bersalin anak bongsu saya berbeza situasinya, bayi saya terus diletakkan di dada saya sejurus selepas bersalin.Tidak perlu mandi dahulu. Ketika lahir, bayi tidak dapat kawal suhu badannya sendiri. Jadi kena pastikan ia dalam keadaan panas dan kering. Cara meletakkan bayi ini juga dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu juga. Ini biasanya dapat dilakukan bila bersalin normal dan tiada komplikasi.

Ketika ini penyusuan susu ibu pertama juga sudah boleh diberikan. Pastikan bayi mendapat susu ibu dalam masa 24 jam pertama ini tanpa susu formula untuk atasi masalah alahan. Namun ada bayi tidak terus menyusu ketika ini. Jangan risau.

Bayi akan dibersihkan dan dimandikan. Kemudian bayi dibedung untuk mengelak ia kesejukan. Jika bayi sejuk, bayi perlu diletakkan di pemanas bayi untuk menstabilkan suhu badannya.

Pada hari pertama bayi, ada beberapa ujian dijalankan ke atas bayi untuk  memastikan tahap kesihatan bayi. Pemeriksaan ini adalah merupakan rutin untuk semua bayi. Ia merangkumi dari hujung kepala ke hujung kaki, mata, mulut, hidung, kulit, pemeriksaan dalaman seperti jantung, spina dan paru-paru, tindakan reflex bayi seperti menghisap dan mengcengkam,

Jika ada ujian yang tidak dijalankan, boleh minta lakukan ujian tersebut dengan bayaran tambahan untuk ujian ini. Contohnya ada hospital tidak melakukan ujian pendengaran. Mungkin ujian ini perlu dilakukan di tempat lain. Jadi sebelum bersalin, boleh semak dengan pihak hospital tentang pemeriksaan yang dijalankan untuk memudahkan urusan.

Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh doktor pediatrik atau bidan yang terlatih. Hari pertama bayi ini penting untuk memastikan bayi mendapat rawatan sewajarnya jika terdapat sebarang masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *