Tip Bayi & Anak-anak

Elak tangisan, pastikan keselamatan anak di rumah

Saya kira ramai yang sudah beberapa kali mendengar kejadian anak-anak mati lemas di dalam baldi di bilik air di rumahnya, anak lemas di kolam ikan rumahnya atau anak melecur terkena air panas. Saya pernah ingat juga satu kisah anak mati terjeruk kain langsir di rumah. Keselamatan anak di rumah amat penting, namun ramai yang abaikan keselamatan anak di rumah walau telah mendengar pelbagai cerita dan berita.

Kemalangan adalah penyebab utama kematian kanak-kanak. Kebanyakan kematian ini mudah untuk dielak. Semuanya dapat dielak dengan mementingkan keselamatan anak terutama di rumah. Semakin banyak kita cuai, semakin berkemungkinan tinggi anak akan alami kecelakaan atau kematian akibat kemalangan.

Bagi memastikan keselamatan bayi di rumah, langkah berikut perlu diambil sebelum membawa bayi balik ke rumah.

  • Jika menggunakan pemanas air, tetapkan suhu air panas agar tidak terlalu panas dan menyebabkan bayi  melecur kulitnya.
  • Pastikan rumah anda bebas perokok dan asap rook. Jika anda atau pasangan anda perokok, masanya untuk berhenti.
  • Memastikan barangan terpakai yang digunakan adalah masih selamat. Periksa dahulu sebelum gunakannya.
  • Mempelajari cara menggunakan produk bayi dengan betul dan mengikut peringkat umur dicadangkan. Kesilapan penggunaan produk juga amat merbahya.
  • Memastikan barangan yang dipasang adalah selamat. Katil bayi perlu dipasang dengan betul. Sebaiknya jangan letak terlalu banyak barangan seperti bantal, selimut dan mainan di katil bayi.
  • Memastikan rumah bebas dari risiko keracunan
  • Memasang pengera asap dan pengesan carbon monoxide
  • Belajar CPR iaitu bantuan kecemasan. Adakala anak tercekik kita dengan mudah boleh mengeluarkannya, namun kerana tidak tahu menyebabkan kelewatan mendapat rawatan dan anak tidak boleh diselamatkan.

 

Bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di rumah, langkah berikut perlu diambil. Semua ini perlu dibuat apabila bayi mula berusia 5  ke 6 bulan ke atas.

  • Memasang pagar di tangga, atas dan bawah bagi mengelak anak main di tangga.
  • Memasang pagar ditempat yang anda tidak ingin anak-anak mudah masuk terutama tempat yang merbahaya.
  • Meletakan penutup tombol pada pintu jika anda tidak mahu anak anda membuka pintu, ini termasuk pintu bilik air atau pintu yang menyebabkan anak-anak anda mudah keluar rumah
  • Pasang menyendal atau kunci pada kabinet dan laci.
  • Memasang pelekat keselamatan pada peti sejuk, oven atau pencuci pinggan
  • Meletakan penutup pada soket eletkrik
  • Potong tali tingkap yang menggunakan bilah (blind) atau gunakan tali yang lebih selamat.
  • Letakan perabut atau peralatan besar ke dinding jadi anak-anak tidak dapat memanjant dan menyebabkan perabut atau peralatan terbalik.
  • Sentiasa pastikan lantai tiada barang kecil atau mainan yang menyebabkan bayi mudah tercekik. Guli, bola, belon yang pecah, magnet kecil dan serpihan mainan mungkin dikutip oleh bayi dan memasukkan kedalam mulutnya ketika sedang merangkak atau berjalan. Anak-anak ini mudah melihat barangan sebegini.
  • Simpan barangan yang beracun ditempat selamat dan tidak dapat diambil kanak-kanak.
  • Rangka perancangan jika berlaku kebakaran. Apa yang perlu dibuat.
  • Buat pagar keliling kolam renang atau kolam hiasan kita. Pastikan pagar ini pagar yang kukuh bukan mudah diangkat atau dialih.

Langkah berjaga-jaga ini mampu mengelak tangisan kita.