Tip Bersalin dan Berpantang

Bukaan serviks masa bersalin

Bukaan servik penuh masa bersalin ialah 10 cm. Bukaan serviks masa bersalin ini berlaku pada peringkat 1. Bersalin ada 3 peringkat. Mereka yang bersalin tanpa induce, akan lalui peringkat pertama ini biasa sebelum ke hospital. Ada yang tidak sedar sedang melalui beberapa jam awal. Namun selepas beberapa ketika akan mula rasa tidak selesa, atau mula dapat tanda kontraksi atau keluar darah atau pecah air ketuban. Ibu-ibu mungkin tidak pasti tanda ini. Mungkin false alarm. Jika tidak pasti segera ke hospital. Doktor akan periksa bukaan serviks dan lakukan CTG.

Jika bukaan serviks pada 3 ke 4 cm dan CTG menunjukan tanda kontraksi, lebih baik ke hospital bersalin. Ketika ini kontraksi lebih kurang setiap ½ jam. Jarak kontraksi akan semakin singkat, setiap 20 min, kemudian setiap 10 minit dan setiap 1 minit iaitu waktu untuk teran bayi. Tempoh bersalin berbeza mengikut orang. Keseluruhan masa bersalin samada dalam 2 ke 3 jam sehingga 18 ke 24 jam untuk bukaan penuh serviks. Jika lebih dari tempoh, doktor akan buat keputusan samada boleh bersalin normal atau perlu bersalin secara bedah.

Secara purata bukaan serviks masa bersalin 1 cm mengambil masa 1 jam. Jadi akan ambil masa 10 jam untuk bukaan serviks sepenuhnya. Namun jika telah kerap bersalin tempoh akan lebih cepat. Atau ubatan diambil untuk mempercepatkan bukaan serviks akan memendekan masa juga.

Untuk mereka yang bersalin anak sulung sukar untuk tentukan jangka masa bersalin ini cepat 2 ke 3 jam atau lama. Namun jika sudah pernah bersalin, boleh jangka masa.

Pengalaman saya, bukaan serviks 4 cm ke 10 ambil masa 2 ke 3 jam. Anak terakhir, saya panggil bidan kerana sudah rasa ingin bersalin. Bukaan serviks baru 7 cm dan selang beberapa minit sudah rasa hendak bersalin. Tempoh bukaan serviks hanya ambil masa beberapa minit dari 7 cm ke sepenuhnya. Jadi bidan tidak sempat panggil doktor, dah sambut bayi saya. Jangan ambil mudah sangka masih lama lagi terutama mereka yang sedang menuju ke tempat bersalin.

 

Mencari barang untuk berpantang? Sila layari www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *